Sunday, October 31, 2010

Wali - Aku Cinta Allah (live)

Di saat hati mati..jiwa kosong.. minda tidak mampu berfikir.. kembalilah kita KepadaNYA sebelum ajal datang menjemput!


Read more »

Bercuti untuk mencari Harga diri..

Salam..
        Bercuti, x semestinya lama. Janji boleh mengurangkan kepenatan kerja dan masalah seharian di tempat kerja. Adakalanya, 5 hari bekerja sudah cukup membuatkan otak kita ni penat. Jadi, CT menerima tawaran dari Ketua Kelab Kakitangan/staff sekolah untuk sama2 berlibur di hujung minggu. hehehehe..terima kasih kat Kelab tersebut yang sudi mengundang CT untuk menyertai mereka.


Read more »

Thursday, October 28, 2010

HAppy day, but...

Salam..
Hurmmm.. hari ini Cikgu Tie nak sangat menikmati hari yang indah. Maklumlah, tido seawal jam 10 malam dan bangun dengan segarnya! hehehe.. TQ kepada individu yang membenarkan CT tido awal. ahakksss..jgn marah k. Al-maklumlah, kadang2 tenaga kita digunakan sehabisnya masa bekerja. So, kat rumah lah kita merehatkan diri.
      Situasi kat sekolah hari ni memang boleh catat dalam "Hari ini dalam Sejarah" sekolah CT sebab seramai 41 orang guru tiada di sekolah. Mereka semua perlu menghadirkan diri dalam aktiviti2 rasmi seperti taklimat menanda kertas exam PMR, Ekspidisi Berbasikal anjuran sekolah, Perjumpaan Guru2 Pendidikan Agama Islam daerah Pekan, Seminar Kecemerlangan SPM, Kursus Kejurulatihan Sepak Takraw, Kursus BTN, Cuti Bersalin, Cuti Sakit dan Cuti menunaikan Haji.Walau bagaimanapun, P&P perlu berjalan seperti biasa. So, rasa-rasanya macam mana nak menanggani masalah seperti ini??
     Mujurlah hari ni mood CT agak baik sajer. Melihat nama2 guru yang penuh di Papan "Pergerakan Guru" yang begitu ramai, CT hanya mampu tersenyum. Cikgu2 yang ada plak tak boleh nak komen banyak. Sah-sah diaorang akan dapat "TIKET" iaitu merujuk kepada Slip Relief tu. Majoriti daripada mereka siap booking kelas untuk masuk dan relief. Hahahaha.. CT plak cam jadi penjual Goreng Pisang. Laris sangat. Tapi tak habis terjual lah. Tambahan plak, pelajar2 Tingkatan 4 dan 6Bawah sedang menduduki Peperiksaan Akhir Tahun.

     Yang paling menariknya, adalah jumlah pengunjung hari ni dah mencecah 1000 orang. teringat pagi2 tadi, bila tgk "visitor counter" tu tunjuk 1001 visitor..CT leh jerit..YESSSS... hahaha.. terkejut rakan2 ku.. tahniah pada nuanza yang berjaya mendatangkan dirinya pagi tadi. hehehe.

      Waktu nak pergi meeting Kem Pemantapan Sahsiah Murid kul 2.30 petang tadi, ada cikgu bagitau pasal makcik yang selalu memberi masalah ngan CT buat hal lagi. Uhhhh.. memang susah nak paham betul makcik ni. Dia nak senang dia jer..senang orang lain, dia tak pernah pikir. Teruk betul kan. Semoga bila CT tua nanti, CT x berperangai cam dia tu.hehehehe.. 

K lah.. Love & Faith : Cikgu Tie
Read more »

Tuesday, October 26, 2010

I Got iT..I'm Loving iT!

Salam..
Dikala ini CT amat2 berbahagia kerana apa yang CT cari selama ini sudah ditemui.
Alkisahnya? chewahhh..siap ada tanda soal tu.. Alkisahnya, CT sebenarnya amat meminati satu majalah. Rasanya kepuasan CT membacanya adalah No 1 berbanding Majalah PC. Masing2 ada pendapat masing2 kan. Majalah yang CT maksudkan adalah Majalah STUFF. Minat sangat dengan majalah ini.

      Nak dijadikan masalahnya, CT memang susah nak cari majalah ni. Sukar didapati atau maybe CT yang tak pandai mencari. Kadang2, kalau berjalan dan mencari di Kuantan, memang susah sangat nak jumpa. Kalau di Pekan ni plak..paham2 lah. Pernah gak CT mintak kawan2 di Kuantan tolong belikan.. ada yang cakap tak tahu majalah aper dan ada plak yang mencari tapi tak jumpa. Like i'm always doing lah tu. Last skali CT beli ialah keluaran MAY 2010. Itu pun sebab terjumpa di "The Mines" masa CT ada program "KEM HARAPAN DRB-HICOM 2010" di UPM Serdang. Tapi kali ni, CT terjumpa majalah ni di kedai yang dekat jer dengan umah CT. Dalam 2 KM jer. Iaitu di kedai MS Stationary. Aper lagi, terus grab jer lah. Masuk jer dalam kereta..terus menjerit. " Yes, I Got iT..I'm Loving iT!..muahhhhhhsss"
Read more »

Sunday, October 24, 2010

Selamat Ulangtahun Keputeraan Sultan Pahang

Salam 1Malaysia

      Dikesempatan ini, CT nak mengucapkan Tahniah dan selamat menyambut Ulangtahun Keputeraan Pada 24/10/2010 kepada  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang,Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al- Mu’adzam Shah.

    Al-kisahnya, CT baru jer meraikan sambutan keputeraan baginda dengan melihat percikan dan sinaran bunga api di Istana Sultan Abu Bakar. Berdentam-dentum jugaklah. Ramai rakyat jelata yang datang meraikannya. Apa2 pun, pengawasan abang2 polis amatlah dihargai. Traffic light pertama Pekan dari Kuantan lagi dah ada Abang Polis yang menunggu atau dengan kata lain menyambut kedatangan rakyat jelata untuk meraikan malam bersejarah ini.

      Meriah sangat2 malam ni. Mujur CT balik dari Kuantan tepat pada masanya. Sempat berada di luar pagar Istana sekitar jam 8.30 malam. Rakyat2 memang ramai sangat. Mungkin semuanya taksub dan takjub melihat keindahan lampu2 dan bunga api pada malam ini. CT rasa amat bertuah menjadi salah seorang penghuni yang menumpang di bumi Pekan yang aman damai ni. Selama 4 tahun di sini, CT bahagia sangat di tanah Diraja ini.

     Berikut CT ceritakan sikit mengenai Latar Belakang Sultan yang berjiwa rakyat ni.

HRH Sultan Haji AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH ibni al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri'ayatuddin al-Mu'adzam Shah
* Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah  bin al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin al-Mu'adzam Shah, 
  • Sultan Pahang yang ke-5 dari tahun 1974 hingga sekarang.
  • Diputerakan pada 24 Oktober 1030 di Pekan Pahang.
  • Merupakan Yang DiPertuan Agong yang Ketujuh iaitu dari tahun 1979-1984.

.Tak berani nak hurai panjang takut tersalah bahasa. Nak baca banyak dan nak tahu banyak, CT suggest korang lawat sini

Sekian saja lah ya.. Love & Faith: Cikgu Tie
Read more »

Sayang Sayang Syg Sayang Sayang.. Sayang Sayang Syg?

Salam...
Hehehe.. Cuba kira berapa kali "Sayang" yang ada kat tajuk kali ni. Ok my students,

1) "Siapa yang tak pernah ada orang yang cakap yang diaorang tu sayang kat kita?
  • - mustahil sgt2 lah tu.. dari kecil, masa baby dulu mesti mak ayah akan panggil Sayang! Walaupun Baby tu dah terberak atas kain batik mak pun, mak/ayah still boleh cakap "Sayang berak ya?!" maknanya..Busuk camner pun, mak/ayah tetap Sayang! 
2) Masa kecik2 dulu, kalau main basikal bersama abang dan kakak. Adik2 comfirm leh banyak tengok  daripada main. Abang atau Kakak mesti akan cakap cmni "Abang / kakak Sayang! sangat kat adik, nanti akak/abang akan ajar adik naik basikal tau.." dan bercerita banyak2 sambil mengayuh basikal sambil diperhatikan adik yang hanya duduk di tangga. 
  • memang kakak dan abang sayang adik lah tu. Sebab mak akan suruh diaorang untuk pergi kedai beli barang yang x cukup. Adik2 tak perlu memenatkan diri
Read more »

Travie McCoy feat. Bruno Mars - "Billionaire" [OFFICIAL MUSIC VIDEO]

Salam..
Sajer jer Cikgu Tie upload lagu ni.. Suka dengar. Rasanya ramai gak yang layan. Terutamanya insan2 yang nak jadi "Billionaire". Saper yang tak nak kaya kan??

 
Siap ngan Lirik lagi ni
Read more »

Friday, October 22, 2010

Seronokkah membuat orang lain susah?

Salam
    Hari ni Cikgu Tie (CT) just nak sharing or giving opinion jer. Sajer jer lah kan.. Satu Malaysia dah kecoh dah dengan kehilangan gadis comel Rozaliya Mat Lazim pada minggu lepas. Mana taknya, gambar siap jadi cover besar suatu akhbar. Dan yang paling best, siap technician kat sek CT beli akhbar hari tu. Apa2 pun terima kasih kat Adik Joe. Boleh gak CT membacanya!

                                                         gambar ni dari utusan online
Read more »

Monday, October 18, 2010

Sakitnya sebuah hakikat..

Salam Semua....
Cerita satu
        Hari ini, Cikgu Tie (CT) agak hangin satu badan lah... Tak tahu kat mana nak lepas, kecuali di Blog kesayangan CT ni... hurmmmm... nama pun Life of Cikgu Tie. Jadi, pada saper2 yang yang membaca luahan hati CT ini, redha jer lah.macam lah ada orang membaca kan!


      CT dah baik punyer post kat Facebook malam  tadi agar dapatlah kiranya CT berada bersama2 semua warga sekolah yang lain di tapak perhimpunan. Maybe ramai yang x suka berada di sana... tp, CT teramat rindu. Dalam tahun ni, boleh kira dengan sebelah tangan jer.. berapa kali baru CT dapat kesana. Sebabnya, kena buat relief! Tapi..impian CT mungkin tercapai kerana sepatutnya hari Isnin adalah hari pelapis Relief CT akan bertugas.. buat kali pertamanya!

Read more »

Thursday, October 14, 2010

Cikgu Tie dan Senarai calon penerima Netbook 1Malaysia

Salam..
Alhamdulillah.. di malam yg sejuk sebab hujan di bumi pekan ni, dapatlah Cikgu Tie meluangkan masa menulis dalam blog kesayangan ini. Sebenarnya Cikgu Tie pun heran.. kenapa lah kerja tu menimpa2 jer di hujung2 tahun ni... penat gak lah rasanya..

    Bermula hari Isnin minggu ni..Cikgu Tie terpaksa menyiapkan senarai nama calon penerima Netbook 1Malaysia. Sebenarnya semua nama2 pelajar tu guru2 Tingkatan dan Penyelaras Tingkatan yang perlu submit kat Cikgu Tie pada pukul 10.00pg hari Jumaat. Tapi ramai gak yang gagal menghantarnya, so tertangguh lah kerja yang perlu disegerakan.
    Dalam kesibukan mengumpul dan menyemak semua nama pelajar..seperti biasa di awal2 pagi lagi, Cikgu Tie perlu menyiapkan relief. Tp.. Time2 tu jugaklah pengetua panggil mesyuarat. Bersama semua GPK dan Ketua Bidang.. mendengar pandangan guru2 atasan tersebut. hurmmm... cakap, memang senang. Mujur GPK HEM cm perasan yang Cikgu Tie mcm mengejar waktu dan membenarkan Cikgu Tie keluar dari meeting tersebut. Mujurlah ada gak yang memahami kan.
Read more »

Thursday, October 7, 2010

Aizat Amdan - SUNGAI LUI (ORIGINAL LIRIK DI SKRIN)

Dah nak tido..tetiba dengar lagu ni di Radio Era.. so, sajer jer lah Cikgu Tie nak letak dalam blog ni.. dan biar semua tahu Cikgu Tie minat sgt melodi lagu ni..

P/s: ditujukan khas pada individu yg sedang meneroka blog Cikgu Tie di kala ini.. Mr EMR...

Read more »

Wednesday, October 6, 2010

Percubaan SPM Pahang dan Peperiksaan PMR 2010

Salam..
      Saat Cikgu Tie dok menaip post ini, ketahuilah semua wahai pembaca blog "Life of Cikgu Tie" ini bahawa Tuan Tanah ini benar2 penat. macam lah ada orang baca pun erk? Tapi takper... Blog ini hanya tempat untuk Cikgu Tie release penat jer. atau dengan kata lain, dok merepek sensorang.
      Rasanya semua cikgu di sekolah2 menengah amat penat pada waktu dan ketika ini. Sama lah juga ngan Cikgu Tie. Teramat penat dan letih dah. Tapi perlu teruskan perjuangan nan suci ini. Mana tidaknya, sebagai team kerja SPM dan PMR di setiap sekolah sedang bergelut dengan peperiksaan. Contohnya, dua minggu lepas... berlansungnya peperiksaan percubaan SPM di sekolah2 negeri Pahang. Manakala cikgu2 PMR memberikan usaha dan tenaga sepenuhnya untuk anak2 didiknya.
       So,  Cikgu Tie pun tak terkecuali untuk menyibukkan diri dalam kedua2 pertarungan. Bersama2 team PMR, Cikgu Tie berjuang bersama Jadual Anjal (yang Cikgu Tie buat utk sekolah) dan dalam masa yang sama mencuri masa pelajar2 SPM di sebelah petang untuk ulangkaji matematik sebelum mereka semua masuk exam. Lepas tu mengajar pelajar2 PMR asrama samada petang atau malam...
       Mesti ramai (bukan guru) ingatkan masa budak2 exam, cikgu2 boleh rileks...tapi x tepat sepenuhnya kan. Hurmmm...Cikgu Tie memang dah penat sangat2.. tambahan pulak baru me'release' Jadual Waktu terbaru sekolah memandangkan terdapat 6 orang cikgu baru yang baru mendaftar. Arghhhhhhhhhhhhh.... tension. Asal awal pagi jer Cikgu Tie memang jarang dapat senyum..sebabnya terpaksa menyiapkan relief bersama kawan yang paling setia.. "Cik Ermie"..thanx a lot sis..sesungguhnya hidupku Kelam tanpamu di sisi. Hahahahaha.. Oh ya.. teringat pasal Cik Ermie, teringat plak yang dia baru upload SOALAN-SOALAN PERCUBAAN SPM NEGERI PAHANG dalam blog dia. So, sesiapa yang berminat dan teringin, bolehlah pergi blog mentor blogger Cikgu Tie ni. Sambil2 tu, leh juga baca entry2 dia yang best!
     Berbalik pada cerita Cikgu Tie plak k...Nak dijadikan cerita, malam tadi umah Cikgu Tie plak black-out sampai pagi. Tak boleh tidur nyenyak. Panas dan nyamuk mengganggu..GGgrrrrrrrrrrr... pastu, kul 2.30 nanti ada LADAP plak. Tak tahulah nak balik pukul berapa. Sesungguhnya Cikgu Tie teramat menantikan hari Jumaat nanti kerana nak balik kampung sangat2 dan bercuti hujung minggu. Maklumlah, Sabtu minggu lepas ada Sekolah ganti dan hari Ahadnya plak, ada Solat Hajat Perdana.
      Ok lah, sampai sini dulu... nak kena attend meeting LADAP plak. bye2 semua...
Love & Faith..Cikgu Tie.
Read more »

Friday, October 1, 2010

Blog... tempat release kepenatan n stress..

Salam semua..
        Kehangatan bahang peperiksaan PMR semakin ketara pada saat ini. Ape tidaknya, hanya beberapa hari sahaja lagi untuk buat persiapan terakhir. Tup2.. hari Selasa minggu depan, calon2 PMR akan berjuang berhabis-habisan. Cikgu2 plak, kompeng dok berdebar dap-dup... dap-dup bila students diaorang dok jawab peperiksaan nanti.

        Sebenarnya Cikgu Tie tak mengajar pun Tingkatan 3, tp nak dijadikan cerita.. keputusan Percubaan PMR baru2 ni meletakkan subjek Matematik yang paling bawah. Begitu juga beberapa subjek lain. Jadi, pihak pentadbiran sekolah mengambil langkah drastik dengan membuat Jadual Anjal PMR. (1 PERIOD = 1 HOUR) dan subjek Matematik dapat 6 jam untuk setiap kelas. Bayangkan ajer lah!
Read more »