Saturday, February 26, 2011

Berwaspada sebelum bercakap!

Salam..
Kisah berlaku di suatu pagi yang indah.. berikut perbualannya...

Encik P : CT.. awak pandai subjek ekonomi ya?
CT : Ohhh..pandai. Saya pernah belajar masa Form 6 dulu. (hehehe..Perasan pandai!)
Encik P : Iye ke? Awak dapat berapa result ekonomi masa STPM tu?
CT  : Ehh... dapat A lah..(Agak berlagaknya!)
Encik P : Awak dapat A? Prinsipal A? betul ke?
CT :Yelah..betul. Memang dapat A lah (Berkatanya dengan bangga!)
Encik P : Memang dapat Prinsipal A erk?
CT : Iyer lah.. Encik P nak tengok sijil ke? hehehe (Tanpa sebarang perasaan rendah diri pun.ishh3)
Encik P  : Takpe2.. bukan apa, result Ekonomi STPM baru2 ni agak kurang memuaskan. Cik Z ada bagitau yang awak boleh mengajar ekonomi. Awak boleh lah ya?
CT : hah?? (Alamak! ada kerja tambahan disebalik pertanyaan..huhuhu..nyesal!)

Petunjuk:

Read more »

Tuesday, February 22, 2011

Keputusan STPM 2010 (siri 2)

Salam...
Amboi..siap ada siri 2 lagi. Hehehe..bukan apa, bagi membezakan dengan entry sebelum ni. Ok, kat sini Cikgu Tie nak share keputusan STPM kat sekolah Cikgu Tie jer. Alhamdulillah, keputusan STPM kali ni memang bagus. Iaitu mendapat kelulusan 100% dan berjaya mendapat tempat pertama bagi sekolah2 lain di daerah Pekan ni. Sekalung tahniah buat pelajar2 dan guru2 Tingkatan 6 2010 di sekolah Cikgu Tie

Sampai sini jer... Tak boleh nak mengarang panjang, Sebab banyak kerja sejak dua menjak ni. Huhhuhuhu... oh ya, Tahniah jugak kat anak Ayah Pin (kerajaan Langit) yang berjaya mendapat 4 Prinsipal A. Hurmmmm.. Sesungguhnya kejayaan dan kegagalan diri kita, hanya diri kita yang berhak menentukannnya! Yang lain, serahkan pada Allah S.W.T.

---Love & Faith : Cikgu Tie ----
Read more »

Monday, February 21, 2011

Keputusan STPM 2010

Assalamualaikum..
      Hari ni, 21 Februari 2011 akan menjadi detik2 yang amat mendebarkan bagi semua calon STPM 2010 sebab result mereka akan diketahui pada hari ini. Agak2 nya, malam ni... memang tak boleh tidur lena lah baik guru yang mengajar apatah lagi calon2 tersebut. Opsss..sekejap, masih boleh guna gelaran calon2 STPM ke? Sebab diaorang dah siap menduduki pun exam tersebut. Tapi..nak bg gelaran apa erk? Hurmmm..kena tanya guru BM esok ni...

     Bagi guru2 kat sekolah Cikgu Tie, semuanya pakat dok berdebar jugaklah. Tambahan pulak, rombongan dari PPD bersama pengetua2 sekolah terlibat akan berada di sekolah Cikgu Tie seawal jam 8.30 pagi bagi
Read more »

Thursday, February 17, 2011

new style... new colour.. new me!

Salam..
Sungguh berbangga dengan prestasi hari ini.
Kerana mampu menukar rupa blog ini 
dalam masa yang singkat
Dan..kali ini warna biru plak..
Warna kedamaian ni.. warna semangat
Biru dan putih..
such a very nice combination for me
saper2 yang x gemar..sila pergi ke blog lain k!
Ahaakkkssss!

p/s: Jom menghadiri meeting PIBG dan bersedia utk blk lmbt hari ini huhuhuhu


---Love & Faith: Cikgu Tie----
Read more »

Mesti pikir dan bertindak untuk masa depan!

Salam..
Adakala... kita ni selalu ajer ada masalah. Penat dengan apa kita buat dan stress sangat2 dengan tekanan demi tekanan. Itulah lumrah hidup... baru syok hidup ni. Hidup tanpa cabaran..ada makna ke? Hehehehe..apa-apa pun yang berlaku, hidup mesti diteruskan. Setiap ujian yang datang, menjadikan kita lebih matang dalam menilai atau mentafsir alam sekeliling. bukan nak mengajar subjek "alam dan manusia" yang pernah Cikgu Tie belajar masa kat sekolah rendah dulu2 k! 
Read more »

Monday, February 14, 2011

Kurus semangat.. lemah dan pening2 lalat!

Salam..
       Tahun 2011 ni memang struggle giller lah aku rasa. Ujian bertimpa2. Kalau hati tak sabar, memang boleh kusut jadinya. Mana letaknya ngan masalah peribadi dan mana plak letaknya masalah kerja. Terbeban betul. Tapi... apakan daya? Peribadi sentiasa terkebelakang bila kerja datang menjengah. Terbaru, kena siapkan proposal keceriaan dan pengemaskinian data dan upgrade status ICT sekolah. Apatah lagi, perlu mencapai sekolah Bestari dalam agenda KPM dan negara nak mencapai Pembestarian Sekolah pada tahun 2020 yang berbaki 9 tahun ajer lagi. Tapi.. kena capai sekolah 5 Bintang pada  hujung tahun ni jugak Hurmmmm.... Mujurlah sekarang ni status sekolah aku ni dah 4 bintang, dan hanya sedikit usaha ajer untuk mencapai status 5 bintang. Tapi...betul ke sikit???
Read more »

Thursday, February 10, 2011

Kerja dan kerja..seronoknya

Salam..
Sambil2 dok merehatkan minda sebelum tido ni, tetiba plak teringin untuk mencatit sedikit sebanyak apa yang aku dah lakukan seminggu dua ni. hehehe... macam diari peribadi plak my blog ni. Ok.. buat pengetahuan semua, sebelum cuti Tahun Baru Cina baru2 ni, sekolah aku menerima 3 orang lagi cikgu baru... aisehhh..maknanya terpaksa generate jadual baru lagi lah. (leh rujuk post2 sebelum ni) So, siang malam lah aku menghambakan diri untuk meyiapkannya. Siap print berkali2 untuk buat pemurnian supaya xde jadual "kejam" diterima oleh mana2 pihak.
Read more »