Sunday, July 24, 2011

24 Julai 2011.. it's my birthday!

Assalamualaikum... 
Hari ni dalam sejarah, umur aku dah menginjak setahun lagi. Alhamdulillah... Semoga pertambahan umur aku ni seiring dengan pertambahan iman di dada dan sentiasa diberkati Allah. Sesungguhnya sehari demi sehari umur bertambah, maka semakin kurang jumlah hari yang pasti untuk kita di muka bumi Allah ni. Fuhhhh... tahun ini, aper lah azam untuk umur ini yang paling sesuai erk...
   huhuhuhu...anybody, x nak wish kat aku ke?  



Read more »

Tuesday, July 19, 2011

July: i am fully booked

SALAM SEMUA.. aiseh rindu sgt utk kembali menaip pd blog ni. pe citer kawan2 sEMuA CiKgu Tie. Tetiba jer rasa sangat2 bersemangat nk update blog hari ni. huuhuhuhu..dah lama bebenor tak update blog. Tak tahu nak start dari mana dulu.
    Cikgu Tie a.k.a CT bukan sengaja tidak mahu update k. InsyaAllah, kalau free tu, CT ada gak dok nengok blog ni dan dok tgk saper yang sudi dtg menjengah. Terima kasih bebanyak lah ya. Tapi mtk maaf gak lah, sbb ada antara kedatangan korang tu dah berbalas. Oh ya, minggu lepas semasa sedang berkursus kat PKG, sempat juga aku check blog ni. Terkejut sangat2 bila encik BEN ASHAARi sudi datang dan menjengok blog aku. Blogger terkenal lah katakan. Agaknya baru pertama kali dia singgah kot. Tq bebanyak ya en Ben. Hehehehe...
Apa2 pun blogger sifu aku Cikgu Dahlia pun selalu sangat datang blog aku ni. Terima kasih gak kat beliau. Banyak sgt ngajar aku tentang dunia blog, maya mahupun kehidupan dalam dunia nyata. Pasni, cikgu Dahlia dah nak smnbg master. Good Luck sis.. Doakan tahun depan CT follow ke sana k! Sebenarnya CT teramat sedih nanti...tiada teman special. Dari 4, tinggal 3 lah kami nanti.
       Huhuhu.. sepanjang kesibukan ini, baru CT alert. Rupa2nya paa hari Ahad 17/7/2011 baru2 ni adalah hari pertama CT dapat bercuti. Mana tidaknya, ada saja agenda n program yang telah diatur dan perlu dihadiri. Contohnya
  1. - Perkhemahan Kadet koreksional (hujung bulan june) slps kepulangn dari Langkawi
  2. - Semarak memperkasakan Generasi muda di Uitm Shah Alam (1-3julai)
  3. - Pentauliahan Palapes adikku di UTHM, Batu Pahat (9 Julai)
  4. - Hari kejohanan Sukan dan Balapan peringkat sekolah..(10 Julai)- teramat penat kat sini. 
  5. -12 Julai menghadiri 2 kursus dalam sehari iaitu- Kursus Penyelaras ICT di PKG dan Petangnya CT bergerak ke Residence Inn Cherating untuk Kursus Pedagogi Guru Matematik Tingkatan 4 selama 3 hari (12-14 Julai)
  6. - 16 julai, ada kelas tambahan lah plak.
  7. - And this coming wednesday, menjadi AJK Explorace untuk minggu Sains dan Matematik. Mujur ditugaskan bersama housemate c.ana dan c. jaja. Senang nak bergerak. 
  8. - SABTU (23 julai) terlibat ngan Bengkel Korukia. Yang ni macam tak ikhlas jer nak attend. tengoklah apa akan jadi. 
  9. - Dan 26-31 julai, CT akan bercuti ke konvokesyen adik kat UPSI dan bercuti di Cameron sambil2 buat family gathering. Maybe akan ke Penang n Perak gak.
Inilah namanya pekerja "yang menurut perintah". Bilalah agaknya CT leh bekerja sebagai "yang memerintah". Opsss, bukan bermakna CT nak pangkat atau kedudukan, tp cukuplah dapat menjadi pengurus dan pentadbir pada diri sendiri. Bukan sekadar mengikut telunjuk orang dan akur. Hurmmmm...agak2nya bilalah mampu buka bisness sendiri ya? hahahaha... Mujurlah di hujung bulan ni ada gak peristiwa happy utk CT. Penat seyhhhhh... asyik kerja jer. Doktor kat Klinik pun dah penat ngadap muka aku kot. Berbelas kali aku demam bulan ni.. demam kepenatan. Huhuhuhu..agaknya sbb dah tua kot. Tapi CT sentiasa ingat pesan encik Doktor, "Cikgu , cikgu tak perlu makan apa2 ubat sebenarnya...balik dan tido jer ya"!

K lah, smpi sini jer. adiosssss



Read more »