Tuesday, December 27, 2011

Al-Baqarah ayat 216

Salam..
Dari seawal pagi antara pukul 1-2 pagi tadi, fikiran aku berkecamuk. Hati plak rasa pelik. Entah kenapa aku pun tak pasti. Perasaan yang kuat untuk mengingati seseorang. Aisehhh.. ada lagi perangai budak2 cmni dalam diri aku. Hurmmm..sepantas kilat aku 'text' dia. Tapi, apa aku nak bagitau erk? Bodohnya rasa..Huhuhuhu... Dahlah aku ni selalu main-main dalam setiap ayat aku. Rasanya, bertambah lah sukar untuk memberitahu apa yang aku peningkan ini. Hurmmm.... berat tul.

Hurmm..apa-apa pun, semoga aku tidak membuat keputusan yang salah sekali lagi. Menurut pengertian surah Al-Baqarah ayat 216 (menurut kitab tafsiran : The Miracle 15 in 1)

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

Resah, keluh dan kesah ini aku serahkan padaMu Ya Allah. Semoga aku sentiasa dalam lindunganMu dan HidayahMu. Berikan aku PetunjukMu, Ya Allah.. I LOVE U ALLAH..


----Love & Faith : Cikgu Tie ---
Read more »

Saturday, December 24, 2011

26 Disember 2011

Salam..

Hurrmmm..tajuk entry kali ni menggunakan tarikh hari ni. Sebabnya ada peristiwa "Hari Ini Dalam Sejarah" untuk paparan dan dikongsi pada semua. Alkisahnya, Sesudah Subuh pagi tadi, Pak Bilal atau Pak Imam umumkan sesuatu dari corong/speaker Masjid. Yup, kematian salah seorang anak jiran aku. Selang 3 buah rumah je. Takziah buat keluarga arwah. Arwah ni pun masih muda lagi. Mungkin baru 21 tahun kot. Mangsa rempuhan pemandu kereta yang cuai di hadapan kedai tayar milik keluarganya di Jalan Paka-Dungun. Mujurlah sempat bertemu ngan mak dan ayahnya sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Walaupun pada mulanya dirasakan sudah meninggal dunia di tempat kejadian. Kesian! Akibat kecuaian orang lain, orang yang tak bersalah menjadi mangsa. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Berita kematian tersebut telah tersebar dengan cepatnya. Mujur pak cik Ketua Blok yang merangkap penghulu sempat bertemu dengan abahku yang baru sahaja nak keluar rumah untuk ke tempat kerja. *Sebenarnya kami satu family tak dengar dengan jelas pengumuman tu..huhu* So, abah ditugaskan membuat keranda. Sebab abah pandai bertukang. Mak plak diarahkan melihat keadaan rumah arwah kerana hanya ada anak2 kecil sahaja dirumah tersebut. Aku? Aku pergi melihat apa yang patut je lah. Huhuhu... usha market yang ada pun baikkkk gak. Ishk3.. teruknya aku. Sehinggalah semuanya okey, aku balik lah. Tak sempat tunggu jenazah sampai sebab aku kena packing barang untuk kembali ke Pekan.

Sepatutnya aku gerak kul 11.00 pagi, tapi delay skit lah. Tak kisah lah. Bukan aku naik bas, drive sendiri je. Perjalanan kali ni agak panjang sebab aku kena ke Kolej Matrikulasi Gambang dulu, barulah pergi ke Pekan. Hampir 5 jam baru sampai. Biasanya 2 jam setengah aku dah sampai. Tapi jalan jammed dan ada seseorang yang nasihatkan "jangan bawa laju2 ya". Hurmm.. seronoknya ada orang sayang kan? Huhuhu...

Sayang tu sayang jugak. Tapi malam ni, kena tidur tanpa comforter atau selimut2 tebal. Alkisahnya, semuanya aku hantar dobi. Malangnya, bulan Januari 2011 baru leh ambil. Huhuhu... tekadkan semangat di hati. Esok, aku kena beli comforter. K lah, sampai sini sahaja.


---Love & faith : Cikgu Tie---




Read more »

Thursday, December 22, 2011

Spider Tapi Bagaimana (Lirik)


Salam.. jom semua pakat layan lagu terbaru kumpulan SPIDER yang bertajuk Tapi Bagaimana. Suka ngan lagu ni. Tapi, lagu Bila Nak Saksi masih pilihan utamaku lah. Nice Song, Nice Lyrics and Nice Spider. Hehehe..

p/s: Huhuhu.. buat pakwe mudaku. Hurmmm.. boleh ke?

***Love & Faith = Cikgu Tie ***
Read more »

Tuesday, December 20, 2011

Keputusan PMR 2011


Salam

Hehehe..dag dig dug di dalam kalbu seramai 481 292 calon PMR 2011 sekarang kan? Hahaha... takpe-takpe. Semua orang dah melaluinya di bumi Malaysia ni. Hanya ada 2 tahun je lagi umur PMR ni. Lepas ni, berkuburlah exam tu. Sebab akan digantikan dengan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS). Jadi berbanggalah wahai pemegang-pemegang sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR) sekalian.

Tak perlu nak cerita panjang. Keputusan PMR 2011 akan diumumkan di Putrajaya pada 22 Disember 2011 iaitu hari Khamis. Pelajar-pelajar bolehlah mendapatkan keputusannya di sekolah masing selepas jam 10.00 pagi. Harap semuanya berjaya mendapat keputusan cemerlang. Selain itu, pelajar-pelajar juga bolehlah juga membuat semakan keputusan melalui mySMS di talian 15888 yang BAKAL diaktifkan bermula jam 10 pagi Khamis ini (22 Disember) sehingga 12 tengah malam pada 28 Disember ini. Maklumat lanjut mengenainya, boleh didapati di laman web a.k.a portal KPM

Ini cara nak guna my SMS tu

Sebelum pergi ambil result tu, pastikan anda semua berpakian kemas dan sopan sebelum memasuki pagar sekolah. Pastikan rambut anda kemas dan pendek, serta jangan sesekali memakai jeans. Hurmm... dah bagi peringatan ni. Jangan tak ikut pula.

***Love & Faith : Cikgu Tie***
Read more »

Sunday, December 18, 2011

Persediaan MBMMBI ku.

Salam
Cuti tinggal beberapa hari saje lagi. Baru je nak bercuti... tapi dah kena kembali bekerja. Alhamdulillah, minggu lepas aku dah berjaya menyiapkan jadual waktu persekolahan untuk tahun 2012 untuk sekolah aku. Bagi sekolah-sekolah besar yang ramai murid dan guru, memang agak stress lah untuk menyiapkan sesuatu kerja. Contohnya, kat sekolah aku tu..bilangan guru dah seramai 102 orang. Memang tak sama lah kesukaran membuat jadual seperti di sekolah yang bilangan gurunya hanya seramai 50-60 orang sahaja. Selain itu, bilangan kelas pun mungkin berbeza2. Aduhhh..masa bercuti pun mash ingatkan kerja-kerja sekolah kan?

Buat masa sekarang ni, aku sedang buat persediaan mengajar untuk tahun 2012. Agak sukar juga tahun depan bila aku kena study lebih sikit bila dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) akan mula dilaksanakan pada tahun depan. Kenalah membeli beberapa buku rujukan sebagai panduan untuk mengjar nanti. Perlu dilihat ayat, kata kunci dn istilah yang perlu ditekankan kepada semua pelajar. Hurmm..tak perasan pula, buku teks Matematik dalam Bahasa Melayu dah ada di sekolah ke erk? Lupa pula nak pinjam.

Sebenarnya, MBMMBI ni bukanlah suatu kejutan untuk pendidikan di Malaysia amnya dan guru2 lama khususnya. Tetapi bagi golongan muda remaja macam aku ni, susah sikit lah. Sebab masa mula2 belajar jurusan pendidikan di UUM dulu, aku dan kawan2 dah memang bersedia dan dilatih untuk mengajar subjek matematik dalam bahasa Inggeris. Kemudian disusuli dengan praktikum sehinggalah sampai tahun 2011 ni, aku mengajar menggunakan Bahasa Inggeris. Takde lah aku kata aku ni superb sangat dalam Bahasa Inggeris tu, tapi aku lebih yakin bila mengajar dan membantu pertuturan dan pembacaan aku dalam bahasa Inggeris. Hehe..

MBMMBI ni sebenarnya terhasil bila PPSMI dikatakan menjadi punca pelajar2 di Malaysia menjadi lemah dalam mata pelajaran Matematik dan Sains. Iaitu subjek teras yang paling utama. Tapi, betul ke? Atau..ia hanya sekadar dipolitikkan? Hehehe..no komen! Seingat aku, PPSMI dilaksanakan pada thun 2003. Apa akan jadi kepada pelajar yang mula2 didedahkan dengan PPSMI iaitu generasi PMR tahun 2011 atau yang bakal menduduki PMR tahun 2012 . Tup-tup, tahun depan atau 2013, diaorang terpaksa belajar subjek Matematik dan Sains dalam Bahasa Melayu. Hurmmmm..fikir-fikirkan lah! Mungkin peralihan ke Bahasa Melayu tidak sesukar peralihan dalam Bahasa Inggeris.

Sebagai seorang guru, aku hanyalah agen pelaksana dasar-dasar kerajaan. Kursus untuk guru-guru pun telah dilaksanakan. Aku pun telah menghadiri Kursus MBMMBI untuk subjek Matematik pada pertengahan Oktober baru2 ni. Banyak input berguna yang diperoleh. Tapi, mungkin semuanya samar2 bagi aku yang masih baru dalam dunia pendidikan ni. Sehinggakan nak buat ayat atau menterjemahkan istilah pun masih sukar. Hehehe..itu belum lagi Program Maxis E-Kelas yang anjuran MAXIS yang menggunakan kesemuanya dalam Bahasa Inggeris. Hehehe... Masalah ini hanya sementara sahaja kan. Lama-lama nanti, kita akan kembali terbiasa. Lagipun, aku hanya menurut perintah sahaja. Pemikiran dan otak aku tidak mungkin dapat mengatasi pemikiran pakar2 akademik di seluruh dunia. Mujurlah sekolah aku memilih Pengajaran dan Pembelajaran dalam Dwibahasa setakat ni. Alhamdulillah. Semoga aku lebih bersedia memikul tugas-tugas yang telah dan akan dipikul di hari-hari mendatang. InsyaAllah!

p/s : Orang dok sibuk ngan SBPA, Aku dok Sibuk lagi ngan MBMMBI..hehe

****Love and Faith :Cikgu Tie ****
Read more »

Thursday, December 15, 2011

Aku tak dapat Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) 2012 :(


Salam
Okey..okey.. Semakan panggilan Temuduga Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) dah keluar. Boleh disemak dari 13 Disember hingga 18 Januari 2012. Siapa2 yang nak semak keputusan panggilan temuduga tu, leh lah klik link KPM ni. Good Luck ya!

Cerita sedih..cerita sedih! Aku tak dapat pun panggilan temuduga untuk biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan 2012. So sad. Kat mana salah pun tak pasti. Yang penting, kena akui yang ianya bukan rezeki. Tahniah kat kawan-kawan yang dapat seperti Marlia, Pisha, Kak Diana dan Kak Anizah. Harap-harap berjaya lah dapat biasiswa tu. Buat kawan baik yang dah jadi idola aku, kak ermie atau lebih dikenali cikgudalia, (sengaja aku tak nak tag ni..hehe) teruskan perjuangan akak di UPSI tu. Suka tengok wajah berseri-seri dia bila sambung belajar. Aku janji, Aku akan doakan korang semua k. Hehehe... tanpa sebarang dengki.

Tapi.. setakat ni, aku still sedih dan hampa. Maybe sebab aku
akan kehilangan kawan2 baik aku dari sekolah tu. Apa-apa pun, kalau itu yang terbaik untuk korang...aku akan doakan kejayaan korang k. InsyaAllah, tahun depan aku cuba lagi. Atau mungkin buat sendiri jelah kat Shahputra, Kuantan. Program under UPM. Bak kata Wayne Rooney tersayang, Cikgu kan ada duit. Betul gak kan. Tak perlu sedih-sedih. Rezeki kan di tangan Allah Taala. Alhamdulillah, aku bersyukur dengan setiap kurniaanNYA. Amin

Siapa2 yang nak semak keputusan panggilan temuduga tu, leh lah klik gambar kat bawah ni

***Love & Faith -Cikgu Tie-***
Read more »

Monday, December 12, 2011

Cinta... Hanya Untuk Orang Miskin

Salam semua..

Sekarang ni dah jarang menconteng di ruang blog kesayangan I ini. Rindu sangat2 kat rakan2 blogger. I Promise, lepas ni I akan rerajin lagi nk menconteng di sini dan membalas jejak2 korang semua. Al-maklumlah, sekarang kan cuti panjang! ngeh..ngeh..ngeh.. *gelak jahat3* Dan lagi satu, I rasa nk guna "I" menggantikan aku atau saya... boleh kan? Hahaha..blog haku..so, suka hati haku!

Sebenarnya... i bukan xde ape nak share. Tapi otak ini tidak tahu apa yang paling sesuai untuk dikarang. Jadi.. hari ni I nak bercerita pasal "Cinta, hanya untuk orang miskin" Hurmmm... sebelum tu, elok I cerita sebab ape tajuk ni I nk tulis. Actually, my mom and me takde kerja di suatu petang yang indah (hujan plak turun renyai-renyai). So, I terus switch on TV dan cerita dipilih ialah "Barbie.. The Island Princess" Hehehe.. cerita kanak2 riang je kan. Tengok punya tengok, ayat " Cinta hanya untuk orang miskin" terkeluar dari mulut 'Permaisuri jahat' dalam cerita tu. Then, I pun apa lagi terus letak that words on my YM status! Beberapa orang rakan mempersoalkannya....

Maksud Cinta menurut wikipedia yang di google

"Cinta adalah sebuah emosi dan kasih sayang yang kuat dan ketertarikan peribadi. Dalam konteks filosofi cinta merupakan sifat baik yang mewarisi semua kebaikan, perasaan belas kasih dan kasih sayang. Pendapat lainnya, cinta adalah sebuah aksi/kegiatan aktif yang dilakukan manusia terhadap objek lain, berupa pengorbanan diri, empati, perhatian, memberikan kasih sayang, membantu, menuruti perkataan, mengikuti, patuh, dan mau melakukan apapun yang diinginkan objek tersebut"

Jom kita pikirkan bersama..
1) Cinta hanya milik orang miskin -*Inilah nilai atau harta yang paling bernilai dalam diri dan hidup orang miskin. Cinta yang diberi seIKHLAS mungkin. Tidak mengharapkan intan berlian untuk dibayar harga cintanya. Sanggup hidup bersama susah dan senang, menempuh onak dan duri bersama-sama. Kita lihat sendiri orang-orang miskin, mereka erat menjalin cinta. Walaupun jerih dan perih mengharungi kehidupan hari ke hari.

2) Orang kaya tak ada rasa CINTA ke? My mom said, "mana ada cinta dalam diri orang kaya. Contoh2 pun diberi. Hurmmm..malas lah I nak bagi contoh2 tu kat sini. Korang pikir dan selidik sendiri lah. Hehe, maklumlah...orang kaya. Karang kalau I ter-contoh namanya kat sini..tak pasal2 kena bayar saman plak. Huhuhu, baik buat beli makanan. Boleh gak kenyang.

3) Miskin atau kaya, tidak merujuk pada harta kekayaan semata-mata. Mungkin juga seseorang tu miskin hatinya dari sifat2 angkuh, bongkak, dan bermegah2 dengan kekayaan. padahal sama je tu. hehe. Tu pasal ada orang2 kaya atau dengan kata lain putera-puteri raja dalam cerita yang aku sebut (Yang miskin dari sifat2 tamak) kat atas boleh fall in love dengan orang2 yang Miskin dengan harta, Tp kaya dengan Cinta dan budi bahasa.

4) Orang yang miskin pulak tak semuanya yang 'mengutamakan cinta'. Ada jugak yang memberi cinta untuk mendapatkan Harta. Maknanya kat sini, Cinta dia boleh dijual beli. Ish3..yang ni pun banyak gak dok berlaku. Ape lah sangat pada harta dan rupa. Semuanya akan boleh hilang dalam sekelip mata je kan. Pantang nampak yang kaya, habis digoda. Tak kiralah suami orang ke, kekasih orang ke..rembat je janji hidup senang. Pelik tul manusia.

Tapi.... kita ni kat mana erk? Mungkin no 1, 2, 3 atau 4? Atau... combination antara no 1 & 3, atau 1 & 4, atau 2 &3 atau 2 & 4 atau 3 & 4? Atau..kita ada kombinasi 3 jenis, atau semuanya ada? Hurmmm..dahsyat!

Bagi I, Cinta tak perlu menjadikan harta kekayaan sebagai kayu ukur. Cinta itu hadir tanpa dipaksa. Kalau kebetulan jodoh kita tu "Kaya" dengan harta, itu adalah rezeki. Tapi biarlah dia juga kaya dengan amal soleh, berbudi pekerti dan kekayaan peribadi yang membolehkan kita tersenyum walaupun dalam susah. Menggantikan tangis menjadi senyum, memberikan semangat di kala goyah, dan.. mencipta masa depan yang indah, membuang segala kenangan yang gundah.

Hurmmm.. sememangnya I tak pandai berpuitis, apatah lagi bermadah pujangga. Tapi, I suka sangat dengan Puisi kat bawah ni. Hayatilah!



Hurmm.. yang pentingnya, di saat ini.. aku rasa bersalah sangat2 pada seseorang. Yup, dia salah seorang student aku. Dah lama juga terpisah. Yelah, bila habis sekolah, masing2 bawa diri. Masa di sekolah dulu pun, aku bukannya rapat sangat dengan dia. Tapi.. pertemuan semula ni, menjadikan kami rapat. Kadang2 hampir terlupa yang dia adalah student aku. Dah jadi macam kawan plak. Sebenarnya, memang majoriti students aku memang rapat dengan aku. Kalau diaorang cuti, memang berkampung lah kat bilik kerja aku. Macam2 cerita nak bagitau. Dan aku, seronok plak melayan. Hurmmm... tapi, yang sorang ni.. lain skit. Mungkin lain banyak kot! Yang penting, aku rasa bersalah! Tapi, ape salah aku? Hadooiii... macam mana lah nak tido kalau cmni??


Love & Faith : Cikgu Tie
Read more »

Friday, December 9, 2011

Hurmmm.. aku Stress

Salam
Hurmmm..aku 'BEKU' je rasa hari ni. Pikiran aku kosong walaupun sebenarnya banyak benda yang aku fikir...dan fikir. Malangnya takde jawapan. Sudahnya, aku tidur dan tidur. Terima kasih lah pada insan yang segan nak berterus terang..dan insan yang terlalu berterus terang. Tapi, aku bukan pengetua atau GpK. Aku tak boleh dan takde kuasa melangkaui tugas dia orang. Aku hanya menurut perintah.

Kawan2, sila lah memberi kerjasama pada aku ni. Tolonglah jangan menambahkan beban di kepala hotak aku ni. Serabut sangat rasanya. Tolonglah faham...aku pun manusia biasa gak. Tak kupunyai kuasa dan kehebatan melangkaui tahap seorang manusia. Biarkan dan berilh peluang untuk aku selesaikan tugas yang telah dimanahkan ini. TQ!

Hurmmm..aku STress!
Read more »

Thursday, December 8, 2011

Gym Class Heroes: Stereo Hearts ft. Adam Levine [OFFICIAL VIDEO] with lyrics


Source: Video dari Youtube dan lirik dari lyricsalls.blogspot.com
[Adam Levine - Chorus:]
My heart’s a stereo
It beats for your, so listen close
Hear my thoughts in every note

Make me your radio
Turn me up when you feel low
This melody was meant for you
Just sing along to my stereo

[Travie McCoy:]
If I was just another dusty record on the shelve
Will you blow me off and play me like everybody else
If I ask you to scratch my back, could you manage that
Like it read well, check it Travie, I can handle that
Furthermore, I apologize for any skipping tracks
This the last girl that play me left a couple cracks
I used to used to used to used to, now I’m over that
Cause holding grudges over love is ancient artifacts

If I could only find a note to make you understand
I sing a song and the image grab me by the hands
Keep myself inside your head, like your favorite tune
And know my heart is a stereo that only plays for you

[Chorus - Adam Levine:]
My heart’s a stereo
It beats for your, so listen close
Hear my thoughts in every note

Make me your radio
Turn me up when you feel low
This melody was meant for you
Just sing along to my stereo

Oh oh oh oh To my stereo
Oh oh oh oh So sing along to my stereo

[Travie McCoy:]
If I wasn’t old school, fifty pound boombox
Would you hold me on your shoulder, wherever you walk
Would you turn my volume up before of the cops
And crank it higher everytime they told you to stop
And all I ask is that you don’t get mad at me
When you have to purchase mad D batteries
Appreciate every mixtape your friends make
You never know we come and go like we’re on the interstate
I think finally found a note to make you understand
If you can hear it, sing along and take me by the hands
Keep myself inside your head, like your favorite tune
And know my heart is a stereo that only plays for you

[Chorus - Adam Levine:]
My heart’s a stereo
It beats for your, so listen close
Hear my thoughts in every note

Make me your radio
Turn me up when you feel low
This melody was meant for you
Just sing along to my stereo

Oh oh oh oh To my stereo
Oh oh oh oh So sing along to my stereo

[Bridge:]
I only pray you never leave me behind
Because good music can be so hard to find
I take your hand and pull it closer to mine
Thought love was dead, but now you’re changing my mind

[Chorus - Adam Levine:]
My heart’s a stereo
It beats for your, so listen close
Hear my thoughts in every note

Make me your radio
Turn me up when you feel low
This melody was meant for you
Just sing along to my stereo

Oh oh oh oh To my stereo
Oh oh oh oh So sing along to my stereo
Read more »

Saturday, December 3, 2011

Cerekarama Nur Ain


Bertarikh 3hb Disember hari ni.. malam ini dan saat ini sedang ke udara Slot Carekarama yang bertajuk Nur Ain. Minat sangat nak tengok bukan sebab ada promo besar-besaran dari pihak TV3 tetapi sebab pelakon-pelakonnya yang best. Iaitu Fahrin Ahmad (My Prince Charming) and Fasha Sandha (I minat lakonannya) dan pelakon kanak2 Eyka Farhana.

Tetapi.. baru je 10 minit dok tayang, aku dah frust. Huhuhu... Fasha Sandha peluk my Fahrin Ahmad. Aduuuhhhh! Terbakar jiwa dan raga. Serius... perasaan aku tetiba jadi lain. Hahahampeh! Bukan nak kata apa, memang dalam setiap cerita yang Fasha Sandha berlakon, mesti ada scene peluk2 ngan heroin dia. Tak kisah lah siapa dia nak peluk termasuk Johan (Botak) dalam Cinta Elysa. Hurmmm..aku tak pernah miss cerita Cinta Elysa tu k. Sebabnya... ada Fasha Sandha. Lantak lah segala kisah kontroversi dan sosial dia. Ada aku kesah? Janji aku terhibur dengan lakonan dia. Sanggup aku kosongkan jadual setiap malam Selasa walaupun students mintak diadakan kelas malam pada malam tu. Sampaikan semua students aku pun dah tahu sangat. Siap ada yang menyatakan 'kesian' bila Cinta Elysa automatik terbatal untuk Opening Perhimpunan UMNO. Aku rasa ramai lagi yang bersedih kot!

Apa-apapun, rasa terkilan ini masih menguasai... Oh my Fahrin Ahmad..Oh my Fasha Sandha. Arghhhhhh...... Masih menonton ni. Semakin lama, semakin best lak tu. Hehehe.. oh ya, gambar kat atas tu aku songlap dari facebook Fahrin Ahmad. Harap dia tak marah lah ya! Hehehe...jom terus menonton.

*************************************************************************************************
Okey..cerita dah habis. Cerita ini mengisahkan seorang anak yatim Nur Ain (Eyka Farhana) yang tinggal di Rumah Anak Yatim telah diambil menjadi anak angkat oleh Papa dan Mama angkat nya (Fahrin dan Fasha). Oh ya.. siapa nama watak Fasha dan Fahrin erk? Tak alert plak. hihi.. yang pasti 'Papa' dan 'Mama' ini agak urban dan takde langsung sinar Islam dalam kehidupan diaorang. Arak menjadi minuman rutin. Pada mula2 Nur Ain diambil, layanan memang tip top lah. Tapi bila dah lama skit, Nur Ain dah jadi macam 'orang gaji'. Siap didera lagi tu. Dahsyat! Paling menakutkan.... bila kawan Papa, si Johan (Zed Zaidi) cuba nak rogol Nur Ain. Mujurlah si Papa datang menjadi super hero. Walau apapun, Pengetua Rumah anak yatim, Puan Jamilah datang ambil semula Nur Ain apabila diberitahu oleh kawan karib Nur Ain yang Nur Ain telah didera. Tetapi kerinduan dan kasih sayang Nur Ain, Papa dan Mamanya telah menyatukan semula mereka bertiga. Saat cemas berlaku bila Nur Ain disahkan ada barah otak. Tapi, Alhamdulillah... Nur Ain selamat.

Hurmm... happy ending lah jugak. Actually, cerita ni ringkas dan biasa saje. Prop atau latar tempat takde lah banyak sangat. Banyaknya di rumah, pastu rumah anak yatim, di pejabat. Tapi mesej yang Nur Ain bagi tu sampai lah kat aku. hehehe..sempena Maal Hijrah kan. Bak kata Nur Ain, "kita akan bahagia jika kita ubah hidup kita ke arah kebaikan.."

---Love & Faith : Cikgu Tie ---

(Actually, 'Love & Faith' ni pun aku tiru dari FanPage Fahrin Ahmad)
Read more »