Monday, February 20, 2012

Teranianya...

Salam
Aku rasa teramat-amat teranianya. Apalah yang ada dalam pemikiran rakan-rakan setugas kita erk? Agaknya diaorang hanya nak yang terbaik untuk diaorang aje kan? Pernah tak diaorang terfikir ada orang sampai tak tidur malam, sakit kepala, sakit hati dok memikirkan cara dan penyelesaian untuk memuaskan kemahuan diaorang. Mesti diaorang tak fikir semua benda tu kan...

Kerja dah semakin menimbun. Semua nak kejar Date-Line. Tapi paling menyampah kalau kena buat kerja dua kali. Dok mengadap benda yang sama aje. Kerja lain tak gerak langsung dah. Arghhh...serabutnya! Korang pernah rasa tak macam ni?

p/s : Sampai hati diaorang kan? Huhuhuhu...

Love & Faith : Cikgu Tie
Read more »

Saturday, February 18, 2012

Pertandingan Petanque anjuran Koperasi 2012


Salam dan Selamat sejahtera semua.
Malam ni CT nak cerita pasal game Petanque yang telah kami berjuang sepanjang hari Sabtu 18 Februari 2012. Game ni, seperti biasa memang anjuran koperasi lah. CT pun kena bawa beberapa orang pelajar iaitu Nazarudin, Amar dan Zazmie. Team perempuan, cikgu lain yang bawakkan.
Sampai2 je kat Kelab Petanque Balok, ini lah acara memanaskan badan yang dibuat.


Haaa... ini Ayyad. Coach kami. Dia muda lagi..baru 8 tahun.

Dan..inilah acaranya. First game... menentang SMK Cenderawasih. (Menang)

Acara berjalan lancar. Pencapaian kami tahun ni agak baik lah juga. Team lelaki dan perempuan berjaya menjadi juara kumpulan. Tetapi tewas di suku akhir. Tak ape lah kan. Tahun depan kami usaha lagi.

Tapi ada beberapa "PERISTIWA" untuk pertandingan Petanque kali ni.
  1. Tak banyak sangat sekolah yang menyertai. Terutama dari daerah Pekan
  2. Cuaca pun tak panas sangat cam tahun lepas. Siap hujan lagi. Alhamdulillah.
  3. Aku accident! Sebelum balik, kami nak singgah kat masjid Balok yang berdekatan tu. Tup-tup ada motosikal melanggar kereta aku. Hurmmm... Nak settle kan pasal kereta, tak pasal2 kami lewat balik. Mujur kami semua selamat. Alhamdulillah..


Ok.. inilah aku. Yang menulis dengan penuh rasa sabar. Terima kasih pada kawanku Kak Diana (baju pink) yang sentiasa ada. Hehehe...





Love & Faith :Cikgu tie
Read more »