Saturday, August 25, 2012

Jom tidur awal..

Salam...
Ngeh3.. macam lah masih awal.. dah a.m pun sekarang ni.
Inilah tabiat waktu cuti sekolah kan..
Hurmm..
cuti dah nak habis lahhhh.......
Tapi buku novel ni belum habis baca,
Kertas jawapan students belum lagi bertanda..
Huhuhu..
boleh sambung cuti sebulan lagi tak??
Sebab aku belum puas
melayan kerja2 "Senang" cam ni lagi..


Selamat tidur semua..
Ya Allah.. jauhkan aku dari mimpi2 itu lagi.
Love u ALLAH

~love n Faith: Cikgu tie
Read more »

Friday, August 24, 2012

DOA TIDUR

Salam..
dh nk masuk kul 3.00 pagi.
Jom tido dengan bersemangatnya

Doa tido untuk malam ni,
"Ya Allah, jauhkan aku dari mimpi2 buruk
seperti mana yang telah hadir sejak kebelakangan ini."

Buat mimpi2 itu..
"Please, stay away from me"


Doa Sebelum Tidur

DOA 1

الحَمْد لِلّهِ الّذِي أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْر

Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.

DOA 2

اَلحَمْد لِلّهِ الّذِي عَافَانِيْ فِي جَسَدِي وَرَدَّ عَلَيَّ رُوْحِي وأَذِنَ لِيْ بِذِكْرِهِ

Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang memberikan nikmat kesihatan pada tubuhku dan mengembalikan kepadaku rohku dan mengizinkan aku untuk mengingatiNya

DOA 3 (Ketika Berbaring)

اللَّهُمَّ رَبِّي بِكَ وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَاغْفِرْ لَهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ

Maksudnya : Ya Allah Engkau Tuhanku, denganMu aku rebahkan sisiku, dan denganMu aku mengangkatnya, sekiranya Engkau memegang diriku maka ampunilah ia, sekiranya Engkau lepaskan ia maka peliharalah ia sebagaimana Engkau menjaga hamba-hamba Engkau yang Soleh

DOA 4

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْلَمْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ لاَ مَلْجَأَ وَلاَ مَنْجَا مِنْكَ إِلاَّ إِلَيْكَ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ

Maksudnya : Ya Allah aku hadapkan mukaku ini kepada Engkau dan aku serahkan urusanku kepada Engkau dan aku sandarkan belakangku ini kepada Engkau dengan keinginan dan kegerunanku kepada Engkau, tiada pergantunganku dan tempat bergantung kecuali kepada Engkau, aku beriman dengan kitab Engkau yang Engkau turunkan, dan Nabi Engkau yang Engkau utuskan

DOA 5

اللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَاوَاتِ وَرَبَّ الأَرْضِ وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَالإِنْجِيلِ وَالْفُرْقَانِ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ اللَّهُمَّ أَنْتَ الأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ شَيْءٌ اقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ وَأَغْنِنَا مِنْ الْفَقْرِ

Maksudnya : Ya Allah ! Tuhan langit dan bumi, Tuhan arasy yang agung, Tuhan kami, dan Tuhan setiap sesuatu, Yang membelah (Menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan) Yang menurunkan Taurat, dan Furqan (Al-Quran) , aku berlindung denganMu daripada kejahatan setiap sesuatu, Engkau Yang Berkuasa ke atasnya, Ya Allah ! Engkau Yang Pertama tiada sebelum Engkau sesuatu, dan Engkau Yang Terakhir tiada selepas Engkau sesuatu Engkaulah Yang Zahir tiada di atas Engkau sesuatu, dan Engkau Yang Batin tiada sesuatu melainkan Engkau, Langsaikanlah hutang dari kami dan berikan kami kekayaan agar bebas dari kefakiran.

DOA 6

اللَّهُمَّ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّ كُلِّ شَيْءٍ وَمَلِيكَهُ أَشْهَد أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِي وَمِنْ شَرِّ الشَّيْطَانِ وَشِرْكِهِ وَأَنْ أَقْتَرِفَ عَلَى نَفْسِي سُوءًا أَوْ أَجُرَّهُ إِلَى مُسْلِمٍ

Maksudnya : Ya Allah ! Engkau mengetahui yang ghaib dan nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan setiap sesuatu dan memilikinya, aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Engkau, aku berlindung denganMu daripada kejahatan diriku dan kejahatan syaitan dan sekutunya dan daripada usaha diriku untuk melakukan kejahatan atau lindungilah ia ke tempat yang selamat

sumber doa2 ni dari SINI

Read more »

Tuesday, August 21, 2012

Hari raya ketiga dan SSQS lagi..

Salam..
Alkisahnya, sekarang ni dah menghampiri jam 4.00 pagi Hari Raya Ketiga. Tapi aku masih tak tido2. Sebenarnya dok meng-online data untuk pembestarian sekolah dalam http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/index.php tapi malangnya, tak siap2 jugak. Hurmmm.. apa nak jadi pun x tahu lah. Malas gak sebenarnya. Nak beraya je yang aku tahu.

Setakat ni, baru je beberapa responden yang aku key-inn. PKG plak dah hantar e-mel sama ada direct mahupun secara kiasan. Hehehe.. kiasannya seperti menghantar emel 'selamat hari raya'. Padahal, mesej tersiratnya..'sila siapkan keje anda'. Hahaha.. tak baik plak aku pikir camtu kan? Tapi tak ape lah.. sekadar mengingatkan diri aku yang sentiasa lupa ni.

Walaupun tarikh akhir online data adalah pada 9 September, tapi pada facebook PKG tu, hari-hari dok publish sekolah mana yang dah siap isi. Hurmmm.. harap2 sekolah yang dah siap tu adalah sekolah yang bilangan respondannya adalah 30 0rang je. Bukan macam sekolah aku yang kena seramai 62 orang. huhuhu...

Sebagai guru ict yang bertanggungjawab, aku akan jalankan amanah yang diberi. Tetapi, janganlah Incik PKG call untuk remind tentang due date. Huhuhu.. tak suka sangat orang kejar2 aku untuk siapkan keje. Aku rasa cam buat dosa besar dan menyusahkan orang lain akibat dari 'kelembapan' aku.

Oh ya, alkisahnya juga, aku x attend pun bengkel SSQS untuk tahun ni. Sebabnya, aku kena handle "pertandingan nasyid tingkatan 2". Hahaha.. pertandingan itu lebih penting dari SSQS a.k.a. pembestarian pendidikan ini. Nak buat macam mana kan? My incik BOS tak bagi aku keluar dan mintak orang lain tolong gantikan. Lagipun, program ni dah lama sangat planned. So, aku yang menurut perintah je lah. Walaupun, lastly..aku gak yang kena siapkan semua kerja tu cam sekarang ni. Opsss.. jangan salah paham, aku tak kisah pun buat kerja ni. Lagipun..dah bertahun2 aku buat pengisian data SSQS ni. Tak pergi bengkel pun, aku masih ingat steps nya. Kalau pergi hari tu pun, maybe aku akan boring kan.. ngeh33.

Apa yang lebih penting, aku dah jatuh cinta ngan nasyid. Yeke ni erk? Atau jatuh cinta ngan bebudak nasyid? Opss!!! Nanti aku upload gambar dan buat entry pasal bebudak nasyid yang aku uruskan ni k. memang super duper cute sangat diaorang.. Huhuhu.. rasa nak ajer cubit2 pipi diaorang tu semua. hahaha

K lah, sampai sini jer. Nanti aku cite lagi. Bye2.. adios amogos everybody

***Love & Faith ~Cikgu Tie ***
Read more »

Thursday, August 16, 2012

SHORT stories - "Fresh Guacamole" - PES

Salam semua. Dah tinggal 3 hari je lagi nak raya. Sedihnya rasa hati. Sekarang plak dah dekat kul 2.00 pagi. Ngantuk, tapi x sudi nak tido (ngade2). So, aku layan sebanyak mungkin Short Stories ni kat youtube. Best sangat2 sbb ianya sangatlah kreatif. Hahaha.. teringat plak kat team nasyid aku yang suka filem2 'alih suara' tu. Terutamanya si Firdaus yang leh hafal semua skrip. Hehehe... tapi, ada ke ahli team nasyid aku yang minat short stories cam ni. Redah je lah kan. Cita rasa kita x mungkin sama dalam semua hal.

*love & Faith: Cikgu Tie~
Read more »

Friday, August 3, 2012

Maaf.. Blog LIFE of CIKGU TIE sedang di make up

Assalamualaikum..
Malam ni cam rasa nk upgrde lagi template. ni hasil guna blogskin.. nnt nk cuba do-templates. Sape2 yang x puas hati ngan semua ni.. minta maaf ya
Read more »