Tuesday, July 31, 2012

Biarkan Ku Terus Bersujud PadaMu Ya Allah

Salam..
Macam mana puasa hari ni? Ada sihat ka? Jangan ponteng k. Huhuhu.. zaman sekarang ni, ada aje orang2 yang layak puasa, tapi tak puasa2 gak. Ada pula, masih kecil lagi tapi nekad sangat2 untuk berpuasa. Dunia yang semakin berubah, atau diri sendiri yang tidak ingin berubah?

Menjadi guru ni membolehkan kita mengenali perwatakan dan personaliti manusia. Al-maklumlah, client bagi guru bukannya seorang dua. Tapi ramai sangat2 dan guru akan berhadapan dengan seramai mungkin pelajar dalam masa sehari. Guru kena kuat. Mesti sepenuhnya bersedia emosi dan fizikal. Sebab bila masuk je kelas, pelajar2 boleh jadi macam2. Mungkin di luar kebiasaan normal dia akibat permasalahan di luar atau dalam bilik darjah. Hurmm.. itu, kalau melibatkan pelajar. Tapi...

Tapi... kalau melibatkan kerja, tak kiralah bekerja sebagai guru, atau kerja apa sekalipun.. pastinya ramai yang berperasaan dan berpikiran cam aku rasa sekarang ni. I mean..
"BOLEH TAK DALAM BULAN RAMADAN YANG MULIA NI,
JANGAN BAGI BANYAK KERJA SANGAT2?"
Hurmm..saya nak duduk rileks ikit berbanding hari biasa. Nak meluangkan masa untk lebih beribadah. Nak menikmati bulan puasa ini dengan tenang tanpa terlalu banyak mengejar dateline. Dan untuk merasai keindahan berada di bulan ini. Boleh tak? huhuhu..jawapan yang pasti.. "TAK BOLEH"

Hukhuk.. Dah namanya kerja, so kena kerja lah ya. Kawan-kawan rapat aku selalu jer cakap "Alah, kata je tak nak buat kerja.. bila kerja datang, siapkan juga" Memang tepat sekali. Nak buat camne, dah amanah orang bagi. Tapi, aku berasa jugak, aku ni asyik demam memanjang je. Sihat sekejap2 je. Mak aku pun dah bising. Dia cakap aku tak pandai jaga kesihatan. Nak jaga macam mana lagi? Hehehe.. aku sihat bila dok ngan mak je. Sebab aku hanya teman mak berborak sepanjang hari. Pastu buat kerja2 yang tidak menggunakan komputer. Dan aku boleh tido sesuka masa yang aku suka.

p/s: Aku ikhlaskan hati untuk bekerja.. (ikhlas, dapat gak pahala kan?)

~love & Faith : Cikgu Tie :)
Read more »

Soalan Peperiksaan Ogos

Salam..
Sesungguhnya pada jam 1 :18 minit pagi ini, aku amat mengantuk sangat-sangat. Tapi memandangkan Setiausaha Peperiksaan dah sibuk2 nak mengejar soalan dari aku, so nak tak nak terpaksalah aku siapkan sedaya mungkin. Notis naik, kena hantar soalan pada 1 Ogos. Sekarang masih bulan Julai. (Ngeh3) Oh anda yang meminta, ketahuilah bahawa sangat-sangat penat nak mengejar kerja-kerja lain yang semuanya dah ada dateline. Tambahan pula, makmal komputer pun masih berselerak lagi. Huhuhu.. sedih juga menjadi cikgu ni. Tapi bersyukurlah wahai hati.

Bagi meyiapkan soalan peperiksaan, aku lebih suka kalau dapat taip sendiri. Tak suka dengan hasil kerja (buat soalan) yang difotostat dari buku, potong, tampal. Then hantar fotostat. Walaupun cara itu adalah yang paling senang, tapi.. kalau aku buat, aku rasa amat2 kecewa pada diri sendiri. huhuhu..

Sambil-sambil menyiapkan soalan peperiksaan ini, aku mendengar dan memilih lagu nasyid untuk team nasyid aku. Dua persembahan lagi sebelum raya menjelma, iaitu pada hari sambutan Nuzul Quran peringkat sekolah dan Sambutan Awal Syawal. Mujurlah team Nasyid tahun ni semua lelaki. senang nak handle dan mudah untuk diajar. Tetapi, incik Bos nak team nasyid perempuan plak. Mana nak cari erk? :(

Oh ya, berita baik untuk hari ni, aku dah tak jadi guru RIMUP. Akhirnya, terlepas juga jawatan tu dari aku sejak tahun 2007 yang lalu aku handle. Bagilah orang-orang muda plak uruskan. Huk..huk..huk.. Aku pun dah tua ni.

~ Selamat terus beribadah di bulan yang mulia ini~
Love & Faith : Cikgu Tie
Read more »

Monday, July 23, 2012

Alhamdulillah, kita masih diizinkan BERPUASA

Salam semua dan salam Ramadhan

Hari ni dah masuk hari ke tiga Umat Islam berpuasa. Alhamdulillah, kita masih diberi keizinan dari Allah untuk menunaikah rukun Islam yang ketiga ini. Harap2, kita masih juga berpeluang untuk merayakan kemenangan kita di Syawal nanti.

Apa2 pun, esok hari keempat kita berpuasa dan esok (opss.. sekarang lah) adalah ulang tahun kelahiran aku yang ke three series. Huhuhuh.. dah tua dah. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat hidup. Thank you Allah. I love U Allah.

P/s:
Terima kasih gak kat abah dan ma yang berpenat lelah membesarkan aku.

Love & Faith : Cikgu Tie
Read more »

Thursday, July 19, 2012

Nasihat Ramadhan - Hijjaz

Read more »

Rabbani - Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan dengan lirik

Read more »