Tuesday, July 20, 2010

Baru.. "Freshies" dan "Otai"

Salam..
         Pada entry kali ini, aku bukan nak mengajar tentang apa erti perkataan "freshies" ataupun "otai". Tp hanya nak berkongsi bahawa terdapat dua individu BARU yang muncul pada hari ini.. So, What's the...


       OK,  mari kita mulakan dengan Freshies dulu. Hari ni ada seorang cikgu baru yang datang melapor diri di sekolahku. Awal2 pagi lagi dah ada soseh-soseh mengatakan ada cikgu baru. Tapi awal2 lagi pula lah aku dapat tahu cikgu tersebut adalah perempuan. Alahhh.... kenapa bukan lelaki?? (gatal lah plak!)






     Tanpa perlu berfikir banyak2, aku meneruskan kerja membuat "relief" untuk guru.. Lagipun, guru baru pasti akan jumpa aku dulu punya sebelum dapat masuk kelas. Yelah, aku kan Guru Jadual.. nak masuk kelas macam mana kalau tak ada jadual kan?? Dan seperti yang dijangka... tak sampai setengah jam GPK pentadbiran dah call aku untuk discuss jadual waktu bagi guru baru..
    
       Waaa.... mula2 jumpa freshies ni, hati dah terpegun. Lawanya cikgu ni. Memang cun habis. Tak puas mata memandang. Patutlah GPK aku tu cam susah nak buat keputusan.. hehehehe..(gurau jer..gpk aku setia!)

      Aku dan kawan sekomplot buat jadual yang merangkap rakan kongsi tu pun aper lagi, mencadangkan (atau membuli?) supaya cikgu baru diberi subjek BI atas beberapa sebab
1. Opsyen dia iaitu Multimedia tak ada kat sekolahku
2. Sekolahku memang tak cukup cikgu BI sejak perpindahan Sir Daniel.

          Nak tak nak.. cikgu baru pun terima lah subjek BI. Ia adalah berita gembira dan disambut penuh kesyukuran oleh semua guru BI terutama Ketua Bidang Bahasa dan Ketua Panitianya. Buat guru baru a.k.a freshies tersebut... Selamat Bertugas


d

        Sekarang kita cerita pasal otai plak. Haa.. Yang ni lebih kepada  otai yang aku amat2 kagum lah. Walaupun  otai, dia tetap Baru untuk aku. Mesti semua tertanya2 macam mana boleh jadi macam tu kan?
Sebenarnya, individu ini adalah seseorang yang cukup  otai dalam dunia blog. Rasa2nya Geng Blogger mesti kenal lah dengan dia ni.

       Yang menjadikan dia adalah Baru bagi kategori  otai adalah disebabkan dia adalah blogger  otai yang menjadi Follower baru aku. Terasa suatu penghargaan yang amat tak terhingga buat aku yang cam baru lahir dalam dunia blog. Terima kasih kak dahlia yang merangkap mentor blog dan kawan dan rakan sekomplot jadual dan rakan berkongsi rasa dan guru data sekolah dan byk lagi... Jasamu dihargai


         Jadi, kesimpualan yang aku boleh buat pada hari ini ialah
 =


 +

p/s : Tahniah pada guru-guru yang dapat APC tahun ni

5 comments:

DaHLia said...
This comment has been removed by the author.
nurul nadea said...

uish..kejamnye korang..takut la aku kena posting nanti...BI plak tu..klo terer xpe.

memang macam ni ke cikgu2 lama buat kat cikgu baru?

RozectLyantie said...

k dahlia: ada gak ucapan cam tu eaa?? Klu berani ucap face to face lah..

nurul nadea: mana ada kejam, cikgu baru tu cam happy jer kat sekolah td. Pengalaman memberi pengetahuan.. bukan mengurangkan pengetahuan.. hehehe..jemputlah ke sekolah "cikgu Tie"

nurul nadea said...

^_^ dulu saya phobia dgn pengalaman praktikal teacher..buat itu ini semua mcm x kena..

i folow u ya..story more about school..so that i can prepare the "skool world"..hehe..

p/s : mybe posting at the end of this year..

fndrocka said...

cantik sangat ke cikgu baru tu...lepas ni boleh paksa dia jadi cikgu kelas tambahan pulak..jadi cikgu conduct sukan..jadi cikgu bla bla bla dan bla