Sunday, December 8, 2013

Belajar, Asignment dan Tajaan


Assalamualaikum semua

Hurmm… berzaman tak update blog. Sibuk bebenor Cikgu Tie skrg ni. Sekarang masih dok menyiapkan asignment untuk dihantar dalam tempoh 2 minggu sebelum tamat pengajian untuk semester ini.  Huhuhu.. tak sabar nak habiskan semester kedua ni. Oh ya, Cikgu Tie sekarang sedang sambung belajar di UPM dalam course Master Pendidikan (Pentadbiran Pendidikan). Kononnya, ingat course ni senang ler, tu pasal tak buat dalam bidang IT cam degree dulu. Rupa-rupanya, hurmmm susah lah jugak. Tapi Cikgu Tie  masih bersama-sama sorang kawan yang sama belajar masa degree dulu, Atie Fatimah dan housemateku, Jaja. Senang lah untuk kami buat assignment.
            Belajar secara separuh masa ni susah jugak sebenarnya. Kena betul-betul komited. Bekerja sambil belajar. Mujurlah Tuan Pegetua kat sekolah Cikgu Tie jenis yang menyokong guru-guru untuk sambung belajar. Dan… kita pula tak boleh lah ambik kesempatan kan. Kerja tetap kerja, hujung minggu plak attend kuliah. Tak jadi masalah besar sebenarnya. Dalam kelas kami tu, ada lagi cikgu-cikgu lain yang sambung belajar secara separuh masa macam kami. Walaupun dah kahwin dan ada anak-anak, tapi mereka boleh perform dengan bagus dan cemerlang. Kak Kelly, Kak Ain dan Encik Amir… hehe, tak kan nak panggil Abang Amir plak kan. Oh ya, ada juga Jaya dan Suresh.
              Dah nak habis sem dua, tapi baru nak share cerita kan… hehe. Sebabnya dalam dua tiga hari lepas, permohonan yuran pengajian separuh masa tajaan KPM yang Cikgu Tie buat telah diluluskan. Alhamdulillah. Ada hikmah di sebalik semuanya. Dulu punyalah sedih sebab tak dapat HLP kan. Sesungguhnya Allah dah rancang yang terbaik untuk kita semua.

p/s: Aku Bersyukur Dengan Setiap PemberianMU, Ya Allah.
Read more »

Saturday, June 29, 2013

Alhamdulillah.. Dia Tamat Belajar

Salam semua,

Alhamdulillah..... DIA dah tamat belajar hari ni. Aku hanya insan kecil yang mahu berkongsi kegembiraan ini. Walaupun Dia text Aku dari petang, Aku boleh plak tak perasan. Padahal... fikiran selalu terfikirkan dia. Dia ok ke, Dah siap ke Thesis yang dibuat. Apa keputusan kajian dia. Semua nak tahu. Tapi... segan nak bertanya apatah lagi nak text. Bimbang mengganggu konsentrasi kerja2 dia. Huhuhuh... tapi, bila Dia text Aku, Boleh pulak tak perasankan Phone. Sibuk sangat menyiapkan kostum dan maskot untuk sukan balapan dan padang yang bakal berlangsung Ahad nanti. Apa2 pun... Tahniah untuk Dia,

Pasal kerja, jangan bimbang... sama2 kita doakan kerja yang sealiran dengan kelayakan yang ada akan segera diperolehi K. Nikmatilah dulu puasa dan raya.. baru pikir untuk kerja. Tahniah Awak. I am PrOUD of You.
Read more »

Thursday, March 21, 2013

Update Status : Tentang aku jer

Salam....
Waka-waka, aku sangat berdebar-debar menunggu keputusan SPM yang akan diumumkan pada hari ini. Teramatlah gementar mengalahkan pelajar-pelajar yang akan mengambil keputusan mereka hari ini. Zaman sekarang agaknya, budak-budak tak kisah sangat pasal keputusan peperiksaan. Redha aje dengan sebarang keputusan yang mereka dapat. Agak-agaknya, tak ada rasa bersalah pun kalau result yang dapat tu teruk. Huhuhu... ini yang aku rasa jer. Tak semestinya tepat dan tak semua pelajar ambil enteng dalam hal-hal keputusan ini. Mungkin budak-budak zaman sekarang ni tak tahu menilai erti rasa susah dan tangggungjawab  sebagai seorang pelajar. Huhuhu... mujur aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Tahu menilai nikmat  kejayaan dan sakitnya kekalahan.

Oh ya, sajer nak listkan apa yang aku buat sekarang ni

  1. Masih mengajar di sekolah yang sama. Dah masuk tahun keenam di sini. Aku seronok sangat berada di sini walaupun ada masa stress sangat-sangat sebab banyak sangat kerja yang mengejar.
  2. Masih mengajar subjek Matematik SPM dan Komputer dalam pendidikan.
  3. Masih menjadi guru penasihat untuk dua jenis sukan kegemaran aku iaitu Hoki dan Bola Jaring. Cuma aku tak aktif dah dengan sukan Petanque. Tak kisah lah kan. Dua sukan ni pun dah ok.
  4. Oh ya, benda yang paling best bagi hidup aku adalah, Aku dah menjadi pelajar semula. Ambil jurusan Pentadbiran Pendidikan. In Shaa Allah, dalam tahun 2015 nanti, dapatlah Sarjana a.k.a Master. 
  5. Teramat seronok untuk bangun awal setiap hari Sabtu, drive ke KPTM dan belajar. Terasa hidup ini begitu bermakna. Tambahan pula, tajuk proposal aku telah diterima. Alhamdulillah.
  6. Oh ya, dah hampir sebulan aku menjadi pemilik Galaxy Note II. Memang best sangat. Hik3... itu pun nak cerita.
K lah, got to go now.. sampai ketemu lagi ya!

~love & faith : Cikgu Tie
Read more »

Tuesday, February 5, 2013

Surah An-Nuur Ayat 3

Assalamualaikum..
Malam-malam sjak kebelakangan ini, rutin tidur aku kembali terganggu. Sebabnya? Sebab buat masa sekarang ni, aku sedang menyiapkan jadual waktu Kedua bagi sesi persekolahan tahun 2013 ini. Dateline hanya ada 3 hari jer lagi. Pening kepala dok pikir dan bina jadual yang lebih bagus dari yang sebelumnya. 

Alhamdulillah, sepanjang tak tidur sangat ni... ada gak kawan-kawan yang sudi jadi peneman. Contohnya "adik comel" yang kembali aktif mengusik kepeningan aku terhadap kerja. Hahaha.. terima kasih ya. Cerah lah sikit mata ini nak smbung kerja. Hehehe.. Kawan2 lain, ada jugak jadi peneman. Terutamanya rakan-rakan di facebook,

Hurmm.. bak kata pepatah, berkawan biar seribu, berkasih biar satu. So, x salah kan kalau kita berkawan dengan kawan2 baru atau lama. Janji tak buat benda salah atau bertentangan denganAgama Islam. Jodoh itu pasti ada... huhuhu. Justeru, telah ditinggalkan ayat in untuk kita (Surah An-Nur) ayat ketiga yang bermaksud


"Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina
 atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin 
dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian
 itu terlarang kepada orang-orang yang beriman."
Read more »