Sunday, December 8, 2013

Belajar, Asignment dan Tajaan


Assalamualaikum semua

Hurmm… berzaman tak update blog. Sibuk bebenor Cikgu Tie skrg ni. Sekarang masih dok menyiapkan asignment untuk dihantar dalam tempoh 2 minggu sebelum tamat pengajian untuk semester ini.  Huhuhu.. tak sabar nak habiskan semester kedua ni. Oh ya, Cikgu Tie sekarang sedang sambung belajar di UPM dalam course Master Pendidikan (Pentadbiran Pendidikan). Kononnya, ingat course ni senang ler, tu pasal tak buat dalam bidang IT cam degree dulu. Rupa-rupanya, hurmmm susah lah jugak. Tapi Cikgu Tie  masih bersama-sama sorang kawan yang sama belajar masa degree dulu, Atie Fatimah dan housemateku, Jaja. Senang lah untuk kami buat assignment.
            Belajar secara separuh masa ni susah jugak sebenarnya. Kena betul-betul komited. Bekerja sambil belajar. Mujurlah Tuan Pegetua kat sekolah Cikgu Tie jenis yang menyokong guru-guru untuk sambung belajar. Dan… kita pula tak boleh lah ambik kesempatan kan. Kerja tetap kerja, hujung minggu plak attend kuliah. Tak jadi masalah besar sebenarnya. Dalam kelas kami tu, ada lagi cikgu-cikgu lain yang sambung belajar secara separuh masa macam kami. Walaupun dah kahwin dan ada anak-anak, tapi mereka boleh perform dengan bagus dan cemerlang. Kak Kelly, Kak Ain dan Encik Amir… hehe, tak kan nak panggil Abang Amir plak kan. Oh ya, ada juga Jaya dan Suresh.
              Dah nak habis sem dua, tapi baru nak share cerita kan… hehe. Sebabnya dalam dua tiga hari lepas, permohonan yuran pengajian separuh masa tajaan KPM yang Cikgu Tie buat telah diluluskan. Alhamdulillah. Ada hikmah di sebalik semuanya. Dulu punyalah sedih sebab tak dapat HLP kan. Sesungguhnya Allah dah rancang yang terbaik untuk kita semua.

p/s: Aku Bersyukur Dengan Setiap PemberianMU, Ya Allah.

3 comments:

cikgunie said...

Salam
Cikgu tie wat mode coursework or research?
Blh blog sikit psl kos cikgu tie amik?
Plan nak apply hlp ni..tarikh tutup hujung bln ni.

RozectLyantie said...

Baru tengok komen cikgunie... ada seminggu jer sebelum final exam. huhuhu, sorry terlambat reply

sherlina halim said...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : melasian77cs@gmail.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
asianbet77.com

Download Disini