Tuesday, August 21, 2012

Hari raya ketiga dan SSQS lagi..

Salam..
Alkisahnya, sekarang ni dah menghampiri jam 4.00 pagi Hari Raya Ketiga. Tapi aku masih tak tido2. Sebenarnya dok meng-online data untuk pembestarian sekolah dalam http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/index.php tapi malangnya, tak siap2 jugak. Hurmmm.. apa nak jadi pun x tahu lah. Malas gak sebenarnya. Nak beraya je yang aku tahu.

Setakat ni, baru je beberapa responden yang aku key-inn. PKG plak dah hantar e-mel sama ada direct mahupun secara kiasan. Hehehe.. kiasannya seperti menghantar emel 'selamat hari raya'. Padahal, mesej tersiratnya..'sila siapkan keje anda'. Hahaha.. tak baik plak aku pikir camtu kan? Tapi tak ape lah.. sekadar mengingatkan diri aku yang sentiasa lupa ni.

Walaupun tarikh akhir online data adalah pada 9 September, tapi pada facebook PKG tu, hari-hari dok publish sekolah mana yang dah siap isi. Hurmmm.. harap2 sekolah yang dah siap tu adalah sekolah yang bilangan respondannya adalah 30 0rang je. Bukan macam sekolah aku yang kena seramai 62 orang. huhuhu...

Sebagai guru ict yang bertanggungjawab, aku akan jalankan amanah yang diberi. Tetapi, janganlah Incik PKG call untuk remind tentang due date. Huhuhu.. tak suka sangat orang kejar2 aku untuk siapkan keje. Aku rasa cam buat dosa besar dan menyusahkan orang lain akibat dari 'kelembapan' aku.

Oh ya, alkisahnya juga, aku x attend pun bengkel SSQS untuk tahun ni. Sebabnya, aku kena handle "pertandingan nasyid tingkatan 2". Hahaha.. pertandingan itu lebih penting dari SSQS a.k.a. pembestarian pendidikan ini. Nak buat macam mana kan? My incik BOS tak bagi aku keluar dan mintak orang lain tolong gantikan. Lagipun, program ni dah lama sangat planned. So, aku yang menurut perintah je lah. Walaupun, lastly..aku gak yang kena siapkan semua kerja tu cam sekarang ni. Opsss.. jangan salah paham, aku tak kisah pun buat kerja ni. Lagipun..dah bertahun2 aku buat pengisian data SSQS ni. Tak pergi bengkel pun, aku masih ingat steps nya. Kalau pergi hari tu pun, maybe aku akan boring kan.. ngeh33.

Apa yang lebih penting, aku dah jatuh cinta ngan nasyid. Yeke ni erk? Atau jatuh cinta ngan bebudak nasyid? Opss!!! Nanti aku upload gambar dan buat entry pasal bebudak nasyid yang aku uruskan ni k. memang super duper cute sangat diaorang.. Huhuhu.. rasa nak ajer cubit2 pipi diaorang tu semua. hahaha

K lah, sampai sini jer. Nanti aku cite lagi. Bye2.. adios amogos everybody

***Love & Faith ~Cikgu Tie ***

0 comments: