Friday, August 6, 2010

Akademi Al-Quran musim ke-4

Salam semua..


          Akhirnya keputusan "Akademi Al-Quran musim ke-4" telah diumumkan sebentar tadi. Terdapat empat orang finalis berentap membacakan surah Al-Quran. Mereka terdiri daripada Adik Muhammad Ahmad Zahid (15thn), Saudara Husni bin Ali Hassan (25thn) dan dua saudara kandung iaitu Ahmad Tarmizi (25 thn) dan Yahya Ali (23 thn)..


        Rasanya ramai pendengar bacaan Al-Quran pada malam ini berteka-teki siapakah Juara "Akademi Al-Quran musim ke-4" sehinggalah keputusan rasmi dikeluarkan. Hasil keputusan juri yang arif lagi bijaksana, Juara "Akademi Al-Quran musim ke-4" jatuh kepada Ahmad Tarmizi manakala naib juara jatuh kepada adik Muhamad Ahmad Zahid.
  
          Apa-apa pun.. tahniah kepada semua finalist Akademi Al-Quran musim ke-4.

0 comments: