Sunday, October 31, 2010

Bercuti untuk mencari Harga diri..

Salam..
        Bercuti, x semestinya lama. Janji boleh mengurangkan kepenatan kerja dan masalah seharian di tempat kerja. Adakalanya, 5 hari bekerja sudah cukup membuatkan otak kita ni penat. Jadi, CT menerima tawaran dari Ketua Kelab Kakitangan/staff sekolah untuk sama2 berlibur di hujung minggu. hehehehe..terima kasih kat Kelab tersebut yang sudi mengundang CT untuk menyertai mereka.



      Bertolak dari sekolah pada jam 12.00 malam 29/10/2010. Tapi sebelum bertolak CT ada menerima satu panggilan yang berjaya membuka minda CT untuk berfikir...berfikir dan mencari harga diri. Terima kasih kepada si pemanggil.huhuhu.. 
  
       Setelah hampir 5 jam setengah bergerak, rombongan cik kiah kami tiba di Tasik Titiwangsa. Dan kemudian bergerak ke Masjid Negara untuk menunaikan Solat Subuh. Dah lama rasanya tak memijakkan kaki ke Masjid ini. Dah banyak berubah pun. Tambahan lagi, sekarang ni dok sibuk dengan renovation. Selesai solat, CT berdoa agar diberikan kekuatan dan ketabahan hati untuk terus berdepan dengan dugaanNYA. Hurmmm..entah bila lah lagi CT dapat bertandang lagi ke Masjid Negara. 

      Seterusnya, rombongan dibawa menjamu 'breakfast' di kedai makan berhampiran Hospital Kuala Lumpur. Pada waktu pagi yang hening ini, bumi Kuala Lumpur disirami hujan yang sederhana lebat. Mungkin hujan itu menangis seperti hati ini. Ahakss.. ala2 jiwang plaks CT ini. Tapi dalam2 hujan, sempat lagi mencuri pandang pada pekerja2 hospital. Mana tahu ada yang berkenan..hehehe..boleh terus minta no phone. Tapi..berani ke?

        Destinasi seterusnya, bergerak ke SOGO. Nak dijadikan cerita, driver bas buat lawak king lah plak. 3 Kali dok pusing area yang sama untuk berada betul2 di hadapan SOGO. Dahlah rombongan kali ini hanya Cikgu Tie, Cikgu Zana dan Cikgu Jaja jer yang bujang dan muda..aper lagi, bantai gelak lah. Pakcik2 dan makcik2 dalam bas siap marah2 lagi. Marah2 gurau jer k. Nak plak driver bas tu pun masih muda. Cuma CT jer yang x sempat ajar. Adik dia, memang pernah jadi students CT dulu.

       Masa yang diperuntukan di SOGO agak pendek. Ada antara ahli rombongan yang pergi ke Jalan TAR dan menyewa teksi ke CHOW KITT. Tapi, CT hanya memilih untuk stay di SOGO. hehehe...dapatlah sebiji handbag. Malas nak kelek banyak2. Tapi sale memang tak hengat. Kawan2 plak ada yang beli kasut dan baju. Bila dah sampai rumah ni, baru teringat..sepatutnya CT beli perfume juga. Huhuhu..kenapalah boleh terlupa. Agaknya.. mood shopping dah ke laut kot! Harap2nya, "Miracle & Hypnose" CT  mampu bertahan lagi. Hehehehe... dah kena start berjimat lah ni. Uhukss.. 
     
     Tapi, aper yang penting, CT & the geng adalah group yang paling lambat kembali ke bas. Mana taknya, menyaksikan ketibaan penyokong2 RED WARRIOR yang kemungkinan baru sampai dari kelate. Gamat seketika kawasan sekitar SOGO apabila rakan2 penyokong bersorak apabila melihat bendera negeri kelate berkibar2 megah di Kuala Lumpur. Aper yang menariknya, melihat mamat2 klate..fuhh! Hahahaha.. kawan CT senyum panjang je.. bangga dengan diri sendiri agaknya kot. Sebab darah Cik Siti Wan Kembang dok mengalir dalam darah dia.

     Selepas SOGO, kami bergerak ke IKEA plak. Masa ni, kami arahkan driver supaya hanya mendengar arahan atau petunjuk jalan dari kami. Hahahaha... tak nak sesat dan membuat tawaf lagi. Di IKEA, kitaorang dah setkan minda, tak ada apa yang nak dibeli di sini kecuali makan Meatballs yang glamour itu. ngeh.ngeh..ngeh.. CT memang suka makan. Tapi, x sampai 10 minit dalam IKEA..CT dah mula sandang the big yellow bag itu. Apa lagi, lepas satu, satu lah barang yang di isi. Selesai makan meatballs yang memang mengenyangkan itu, CT and the geng bergerak keluar mencari bas. Dan.. sekali lagi team kami menjadi team paling lambat naik bas. Huhuhu.. Bila naik jer bas, CT terus terlelap..menghilangkan kepenatan kaki dan otak ini.

      Tup-tup, bas kami sebenarnya dah sampai ke Putrajaya. Selepas penerangan ketua rombongan, CT pun turun bas menuju ke Masjid Putrajaya dengan terpisat-pisat. Yelah..nama baru bangun tido. CT hanya mengikut langkah kawan2. Sampai di perkarangan Masjid. CT and the geng rombongan di tahan. Beberapa orang diarahkan memakai jubah Pink yang disediakan kerana berpakaian seksi. Termasuk gak CT tau. Terfikir seketika.. Am I too Sexy? huhuhu... Tapi CT malas nak pikir panjang. Terus pergi grab dan pakai jubah tersebut dengan lafaz bismillah.. Sejuk jer hati bila memakainya. Terkunci mulut dari terus mengomel.
Semasa nak berwuduk, barulah perasan.. patutlah CT kena pakai jubah, sebab CT dah sinsing lengan baju sampai ke siku. Hehehe...

     Sesungguhnya kedamaian itu pemberian ALLAH. Dan sesungguhnya setiap dugaan yang diberi akan mendekatkan diri kita kepadaNYA. Terima Kasih..Alhamdulillah, kerana Allah masih sayangkan CT. Dan semoga terus dilimpahkan kasih sayangNYA. TanpaMu Ya Allah... hambamu ini tidak beerti sedikitpun.
    
       Selesai solat dan doa, timbul perasaan bangga untuk memakai jubah pink tersebut. Kawan CT dok sibuk snap gambar CT berjubah. CT pun apa lagi, sempat juga lah menghulur handphone CT untuk dia snap. Di perkarangan masjid, ramai plak yang bergambar dengan jubah pink tu. Jealous jugak lah. Mujur kawan2 rombongan ada jugak rasa2 gatal untuk bergambar dengan CT yang dah berjubah ni. Agak2nya.. bilakah tiba masanya untuk CT terus pakai jubah ya? Hurmmm...

       Dalam pukul 4.45 petang, kami bergerak pula ke Nilai 3. Apabila sampai kat sini, heran juga lah CT sebab ketua rombongan memberi masa selama hampir 4 jam untuk berpoya2 di situ termasuk makan dan solat maghrib. Apa yang seronok sangat erk tempat ini? Tapi...Pusing punya pusing, barulah CT tahu bahawa 4 jam belum cukup untuk berpoya2 di sini. Memang best sangat! CT siap beli kerusi lipat lagi. Hehehe..barang2 lain, x perlu cerita lah kan?
   
       Selesai di Nilai, kami terus pulang ke Pekan. Memang penat sangat. Dalam perjalanan, CT memang mendapat liputan sukan bola sepak secara SMS dari adik dan students. Walaupun tak tengok secara Live, tp sekurang2nya tak ketinggalan. Kesian kat Abah..penyokong kuat negeri kelahirannya (Negeri Sembilan) yang hanya mampu tersenyum di separuh masa pertama. Tak aper lah abah, Tie pun frust juga sebenarnya..huhuhu.. Tahniah buat semua penyokong kelate. Gomo Klate..memang dia Gomo lah. Tak sia2 penyokong datang dari jauh. Kelantan menang (2-1)

         Perjalanan yang panjang dalam bas membuatkan kita ada peluang untuk menilai diri tanpa gangguan kerja atau pandangan orang lain. Sesungguhnya harga diri kita hanya kita saja yang mampu meletakkan 'harga'nya. Orang lain TAK berhak! Ok lah, sampai di sini sajer. Dah pukul 4.15 pagi. Kena tidur dulu sebab pukul 8.30 pagi nanti, CT mesti berada di KEM TANGO untuk majlis penutupan 'Kem Sahsiah Peribadi Murid" Mujur my students Azizul Hakim sanggup jadi peneman esok.
  
 p/s: CT dah menepati janji pada adik comell kerana dah story mory ke mana CT pergi. Jawapan penting yang dia perlu tahu, Tido di mana-mana saja sebab tilam berada dalam bas. Hehehe.. :) maaf banyak2 ya!


  Love & Faith: Cikgu Tie...

2 comments:

DaHLia said...

ahaks...
sakan shopping sakan ni..
esok jgn lupa tayang handbag baru...kerusi lipat takpayah tayang..hehehe

RozectLyantie said...

kak dahlia:
memang i akan tayang lah..
harga 2rat lebih tu!
hahahaha...koya sehhh!