Tuesday, March 8, 2011

Petanque dulu, kemudian Kursus EduWeb TV

Salam..
Huuhuhuhuhu... Semakin hari semakin busy dah sekarang ni. Bila balik rumah, asal leh mandi, tukar baju dan tidur je. Tak sabar sangat nak bercuti minggu depan. Hehehe..nak ke mana ya? Apa2 pun, Ct buat report dulu untuk minggu lepas dan hari ni.

     Al-kisahnya, pada hari Sabtu (5/3/2011) bebaru ni, CT dan pasukan Petanque berjuang berhabis-habisan di trek Petanque, Balok. Dari pagi hingga ke petang kami di situ. Al-maklumlah, sebab asyik menang ajer. berlagak lah plak erk. Tapi, sekolah CT hanya mampu berjuang sampai ke suku akhir je. Kira ok lah tu. berada di kedudukan antara 8 pasukan terbaik dari 32 pasukan yang bertanding. Namun, sesuatu yang dibanggakan, pasukan lelaki sekolah CT adalah wakil tunggal untuk daerah Pekan yang mampu mara ke Suku akhir. Kira Ok lah tu erk? Tahniah buat pemain2 iaitu Mohd Ayub, Mohd Hanif  dan Mohd Hafiz. Pasukan Wanita pun, tak kurang hebat. Tahniah juga kat Anis Marjan, Anis Maizan dan Nor Fitriah. Yang paling penting, kitaorang selebret  kat "Santai". Best sangat diaorang kata!

    Ok lah, sekarang ni CT sedang berkursus di PKG Pekan.Kursus EduWeb TV. Hehehe...memang best dapat keluar dari kawasan sekolah yang ada masa cam rasa dok dalam penjara. Sekurang-kurangnya aku takde nak hadap muka seseorang tu. Disaster! Chewahhh... emosional lah plak kalau ingat tu. K lah, nak concentrate ngan kursus plak. Lain kali CT report lagi k! InsyaAllah.


----Love & Faith: Cikgu Tie---

2 comments:

DaHLia said...

disaster???
yang mana satu ni??
Antonio Banderas ke...miahahahaha

RozectLyantie said...

Antonio Banderas yang boleh bertukar jadi Pak Guard kot! Kalau kita ada dlm makmal, dia datang. Asal keluar makmal dia ada. Asal kita dok Bilik guru, selalu ulang alik kot meja kita. Serabut dah rasa! huhuhu