Monday, March 21, 2011

Puasa internet dan bercuti sakan..but miss u "Adik Comeyy"

Salam
    Sudah lama tidak melihat komputer dan menjelajah alam maya. Huhuhu..rupa2 nya aku leh hidup tanpa internet. Walaupun pada mulanya agaaaaakkkk sengsara. Alkisahnya, aku tertinggal my broadband di bumi Pekan. Kesannya, aku memang tak leh tengok blog kesayangan ni, facebook, takleh nak chat..apatah lagi menengok info2 dan berita terkini dunia. Hari pertama dan kedua, agak cuak jugak. Masuk hari ketiga dan seterusnya... aku dah stabil. Seronok rupanya dok berpoya2 tanpa internet. Aku tak lah jadi anti sosial dan berkurung dalam bilik. Banyak lagi kerja2 berfaedah yang ada kat kampung tu...dan boleh mengeluarkan peluh.


     Bercuti kali ni, (12/03 hingga 20/3) memang best. Sebabnya satu ape kerja yang berkaitan sekolah pun aku tak buat. Dok melangut jer. Dan yang paling mengarut aku tak baca apa2 buku pun melainkan surat khabar. Memang giller dahsyatnya hidup aku. Hahahaha... rupanya aku leh hidup tanpa buku2. Satu perkara luar biasa yang aku lakukan sepanjang cuti seminggu ni! tahniah kat aku..hahahaha. Mahu tak best..
tambah plak dua2 handphone aku tutup. Tak nak ada gangguan luar kononnya. Aku nak cari ketenangan dan kedamaian skit lah. Sambil2 dok berkejar ngan anak2 sedara jer. Memang meriah cuti sekolah kali ni sebab ada budak2 kecik kat rumah..tp kadang2 pening gak kalau ada yang dok menangis jer.   

    Apa2 pun, hari ni dah start kerja. Awal2 pagi selepas punch card kul 7:09 pagi tadi, encik GPK dah memanggilku. Dah ada kerja nak kena settle segera ni. Memang aku menurut perintah jelah. Dah lama sangat otak ni tak bekerja. Bimbang berkarat plak! Hehehe jom bekerja!

P/s: melihat orang yang aku tak suka pakai baju putih. Meluat giler.. tambah plak dok tawaf tepi meja aku. memang serabut. Hurmmmm mana "Adik Comey" aku ya? yang merangkap "Baju Putih" aku??? dah lama tak dengar cerita. Semoga sukses dan sihat selalu ya!

----Love & Faith: Cikgu Tie---