Tuesday, July 31, 2012

Soalan Peperiksaan Ogos

Salam..
Sesungguhnya pada jam 1 :18 minit pagi ini, aku amat mengantuk sangat-sangat. Tapi memandangkan Setiausaha Peperiksaan dah sibuk2 nak mengejar soalan dari aku, so nak tak nak terpaksalah aku siapkan sedaya mungkin. Notis naik, kena hantar soalan pada 1 Ogos. Sekarang masih bulan Julai. (Ngeh3) Oh anda yang meminta, ketahuilah bahawa sangat-sangat penat nak mengejar kerja-kerja lain yang semuanya dah ada dateline. Tambahan pula, makmal komputer pun masih berselerak lagi. Huhuhu.. sedih juga menjadi cikgu ni. Tapi bersyukurlah wahai hati.

Bagi meyiapkan soalan peperiksaan, aku lebih suka kalau dapat taip sendiri. Tak suka dengan hasil kerja (buat soalan) yang difotostat dari buku, potong, tampal. Then hantar fotostat. Walaupun cara itu adalah yang paling senang, tapi.. kalau aku buat, aku rasa amat2 kecewa pada diri sendiri. huhuhu..

Sambil-sambil menyiapkan soalan peperiksaan ini, aku mendengar dan memilih lagu nasyid untuk team nasyid aku. Dua persembahan lagi sebelum raya menjelma, iaitu pada hari sambutan Nuzul Quran peringkat sekolah dan Sambutan Awal Syawal. Mujurlah team Nasyid tahun ni semua lelaki. senang nak handle dan mudah untuk diajar. Tetapi, incik Bos nak team nasyid perempuan plak. Mana nak cari erk? :(

Oh ya, berita baik untuk hari ni, aku dah tak jadi guru RIMUP. Akhirnya, terlepas juga jawatan tu dari aku sejak tahun 2007 yang lalu aku handle. Bagilah orang-orang muda plak uruskan. Huk..huk..huk.. Aku pun dah tua ni.

~ Selamat terus beribadah di bulan yang mulia ini~
Love & Faith : Cikgu Tie

2 comments:

Miss PIJAOSIX said...

selamat berpuase cikgu...hehee

RozectLyantie said...

Selamat berpuasa juga Miss Pijaosix.. hehe.. jgn ponteng k