Salam
Sudah lama tidak melihat komputer dan menjelajah alam maya. Huhuhu..rupa2 nya aku leh hidup tanpa internet. Walaupun pada mulanya agaaaaakkkk sengsara. Alkisahnya, aku tertinggal my broadband di bumi Pekan. Kesannya, aku memang tak leh tengok blog kesayangan ni, facebook, takleh nak chat..apatah lagi menengok info2 dan berita terkini dunia. Hari pertama dan kedua, agak cuak jugak. Masuk hari ketiga dan seterusnya... aku dah stabil. Seronok rupanya dok berpoya2 tanpa internet. Aku tak lah jadi anti sosial dan berkurung dalam bilik. Banyak lagi kerja2 berfaedah yang ada kat kampung tu...dan boleh mengeluarkan peluh.
Bercuti kali ni, (12/03 hingga 20/3) memang best. Sebabnya satu ape kerja yang berkaitan sekolah pun aku tak buat. Dok melangut jer. Dan yang paling mengarut aku tak baca apa2 buku pun melainkan surat khabar. Memang giller dahsyatnya hidup aku. Hahahaha... rupanya aku leh hidup tanpa buku2. Satu perkara luar biasa yang aku lakukan sepanjang cuti seminggu ni! tahniah kat aku..hahahaha. Mahu tak best..