Monday, October 1, 2012

Terima kasih Hospital Pekan, dan kawan2ku sekalian

Salam,
Aisehhh.... Cikgu Tie demam lagi lah. huhuhu... Alhamdulillah, sakit ini datang sebagai peringatan dan ujian Allah. CT terima dengan redha. Moga diampunkan dosa2 kecil mahupun besar yang telah CT lakukan. Hari ni hari ketiga dah CT demam. Pagi2 selepas solat subuh dan berpakaian kerja, CT sempat singgah di Hospital Pekan (Unit Kecemasan) untuk dapatkan Injection. 

Mujurlah sampai2 je, kawanku yang baik hati Muhammad bin Abd Rahman 'handle' masalah aku. Kebetulan dia masih on shift pada masa tu. So, dapatlah disegerakan pemeriksaan dan injection yang aku nak tu dari Puan nurse yang comel dan baik. Lupa CT nak cam nametag yang dipakai, padahal... CT memang tengok sangat2 lah.

Secara jujurnya, CT amat bertema kasih dengan kecekapan dan kelembutan pegawai2 kesihatan yang ada sewaktu CT dirawat antara jam 6:43-7.04 pagi pada 1 October 2012. Jasa baik kalian, hanya mampu diucapkan dengan jutaan terima kasih.

Huhuhu... walaupun dinasihatkan mengambil MC dari kawanku Muhammad, aku terpaksa menolak. Sebabnya, ada tugasan yang perlu dilaksanakan. HUuhuhuhu... tapi, pagi2 tu, aku ponteng perhimpunan dengan jayanya dan menumpang tidur di Asrama. Tq ya Puan Penyelia. Terima kasih juga pada kawan2 yang bertugas pada minggu ni iaitu cik wawalofa dan kak rasyidah. Huhuhu, tak perasan lak bertugas minggu ni. Hanya mampu menunggu sebelum majlis bermula jer. Bila pengacara naik stage, CT pun terbang. hehe..

 Lepas tu... dari kul 9.30 pagi, hingga jam 3:30 petang, Badan ini mampu bekerja (Mengajar) dan kemudiannya memberikan LADAP FROG VLE kepada guru2 dan PPM dari Kelas Pendidikan Khas. Mujurlah slot petang, Ladap untuk guru2 Mentor ditangguhkan pada hari esok, So, dapatlah CT balik dan rehat dan tidur lagi. Kuat betul tidur kan? Tapi, terima kasih pada rakan2 guru dan PPM dari KPK.. enjoy je korang dengan LADAP tu, Cikgu2 mentor, terima kasih kerana postponed kan LADAP kita k.

K.. lah, sampai sini je dulu. Tetiba rasa cam pening2 plak. Selamat berbahagia semua ya. Senyum Sokmo k!

Read more »