Monday, April 30, 2012

Dengan duit, kita mengenali manusia

Salam
Lama tak post atau buat sebarang entry kat sini. Tapi selalu lah juga aku datang tengok tanah blog aku ni. Yang penting, hari ni aku nak bercerita hanya mengenai duit. Mungkin sebab gaji yang dibayar bersama tunggakan bulan ni kot. hehehe... mak cik kayo bulan ni wei!

Alkisahnya, aku kenal dengn seseorang ni. Baik budaknya. Dulu, aku tak rapat pun dengan dia. Tapi bila dah rapat, and sharing almost everything. Tup2 dia leh cakap, dia suka kawan ngan aku. Aku pun ok jelah kan. Tapi, dalam berkawan tu.. aku selalu berhati2. Dari tutur bicara dan gerak bicara, aku tahu dia bukan ikhlas pun. Tapi, aku tak nak tersilap menilai. Yes, aku bayar kajian aku pada manusia ini. Seperti dijangka, dia hanya perlukan duit. Hahaha... cuma kejujuran je yang takde. Aku dah agak dari awal2 lagi. Tp, Aku ok je. Jumlah yang diperlukan tu, xde lah banyak mana pun. Aku tak kisah dan tak mengharap pun dia bayar. Cuma aku hanya kesal kerana masih ada manusia yang tidak jujur dalam berkawan. Sedih betul. Semua kata2 dia, seperti tidak memberi erti. 'speak, louder than action'. Kesian betul pada nasib dia.

Mungkin aku sedikit berduit jika dibandingkan dia. Tu pasal aku leh 'bayar' pengalaman aku sewaktu mengenali dia. Manusia ni seringkali tewas dengan duit. Walaupun bukan banyak mana pun yang dia leh dapat. Aku pun takde lah sampai bankrup. Mungkin duit tu, kalau aku x bagi dia, aku leh beli kasut atau handbag. Sayangnya, dia gagal untuk menilai kesan/akibat dari perbuatan dia tu. Sepatutnya, dia fikir lah jugak andainya suatu masa nanti dia terjumpa aku, adakah tiada perasaan malu dengan perbuatan dia.

Tapi janganlah bimbang, aku ni bukanlah jenis mulut tempayan untuk hebah semua keburukan manusia seperti ini. Biarlah ia kekal dalam lipatan sejarah hidup aku. Lagipun, aku patut berterima kasih pada dia kerana memberi ruang dan masa untuk aku lebih mendalami hati budi manusia2 seperti beliau. Hehehe..aku tak marah pun kat dia. Cuma berharap yang suatu masa nanti dia akan sedar dari sikap2 yang tak sepatutnya dia ada. Lagipun... aku tahu, dia sebenarnya budak yang amat2 baik. Janganlah hidup seperti lalang, mengikut ajer tiupan angin.. ke kiri atau ke kanan. Kita ni bukan berasal dari golongan kaya raya. Andai kita bertambah senang, kongsilah sedikit sebanyak dengan insan lain yang mungkin lebih memerlukan. Andainya kita TIADA kelebihan kewangan, beringatlah untuk sentiasa berjimat cermat dalam kehidupan seharian. Rezeki kita di hari2 mendatang tu, tak pasti lagi macam mana. Tapi tidak perlulah mengambil kesempatan dalam sebuah 'persahabatan'.

Mungkin kawan awak ni dah banyak tolong awak.
Fikir2 lah... pernah tak awak balas pertolongan kawan awak ni?
Atau pernah tak kawan awak ni berbuat jahat pada awak?
Tapi nak buat cmne kan, bila awak dah melihat kawan awak ni agak innocent/bodoh2 alah/cam tak berkira sgt, awak pun nak ambil kesempatan.
Kesiannn...
Awak lupa yang saya mungkin lebih bijak dari awak.
Paper teori untuk Kaunseling Individu, Kaunseling Kelompok dan subjek Psikologi,
aku dapat A okey.
hehe (agak mendabik dada plak.. Tak baik betul aku ni).
Tapi betul ape? Dulu aku belajar teori2 je.
Sekarang ni baru nak melihat ketepatan dan keberkesanan teori2 yang aku belajar.
HEHEHE... yang paling penting, dalam banyak2 teori..
aku pegang Teori Emotional Emotif Terapi sebab ia semudah model ABC
dan pengasasnya Albert Ellis.


Sampai sini jer dulu.. k lah. Selamat membaca ya.
Read more »