Monday, January 2, 2012

Cerita 'New Year' aku

Salam
1) Masih belum terlambat untuk wish Happy New Year rasa2nya kan? Apa Azam kita di tahun baru ni? Hurmmm... Azam yang tahun2 sudah, kita teruskan lagi kot. (x dicapai lagi)

2) Bermula 31 Disember, Demam lah plak. Mujur sempat meneman anakku, Azizul pergi repair laptop dia di 101 dekat Megamall tu. Masa tu masih kuat. Sekarang ni tak kuat dah. Suara pun hampir hilang.

3) Aku sambut New Year atas katil jelah. Lepas pekena ubat, terus terlelap dan tak kisah apa yang berlaku. Mujur gak tak keluar sambut new year di dataran Pekan. Hujan lebat rupanya
.
4) Aku dapat banyak2 ucapan "happy New Year" tapi takde satu pun dari pakwe muda ku. Hilang kemana erk?

5) Dalam banyak2 sambutan New Year, aku paling jeles pada siapa2 yang pergi selebrate bersama Ustaz Azhar Idrus dan Zizang tu. Hampir 80 ribu pengunjung tu. Tapi ada gak kata 70 ribu. Mana2 jelah kan. Tunggu Ustaz Azhar datang Kuantan lagi lah, kan? Boleh aku and the gang..join lagi dan lagi.

6) Huhuhu.. suara dah takde ni. Demam tak sembuh2. Tapi hari ni, aku kena bantu untuk pendaftaran Kemasukan Pelajar Tingkatan 1. Aisehhh..penat giler. (Padahal tak pergi lagi..teruk betul aku ni)

P/s : Nanti aku sambung lagi k
Read more »