Tuesday, May 24, 2011

Setiap hari Isnin aku Cuti...hurmmmm..

Salam semua...
   Akhirnya berkesempatan juga aku menconteng pemikiran dan perasaan aku pada dada blog ku ini. Alkisahnya, bukan saja tidak melihat blog, tetapi juga mana2 laman sesawang aku dah lama tak jengah. Membuka laptop hanya untuk membuat kerja. Tambahan plak, laptopku rosak. Terus malas nak mengonline-kan diri ku ini (bahasa jenis apakah ini?). Tapi, hari ni tergerak plak hatiku ini untuk menjelajah dalam sejam dua. hehehe..

           Aisehhh... apa sebenarnya aku nak tulis ya? Rasa2 macam banyak, tapi tak tahu nak start dari mana. K Lah, aku menulis yang berkaitan tajuk hari ni aje. huhhuhu...

Isnin Pertama (16 Mei 2011)- Aku terpaksa bercuti pada Hari Guru tahun ni. Takde mood langsung untuk meraikannya. Alkisahnya, my grandfather telah kembali ke Rahmatullah pada malam Ahad itu. Alhamdulillah, aku sempat lah menabur bakti2 terakhir sebelum dia melepaskan nafas terakhirnya di pangkuan aku. Yup.. memang sukar sangat nak digambarkan perasaan itu. Sedih teramat sangat bila kehilangan orang tersayang ni. Aku memang teramat rapat ngan arwah berbanding adik beradik yang lain. Pernah mak dan adik beradik aku kena marah sebab balik kampung, tapi aku tak ada sama. Huhuhu...Mana taknya, arwah sanggup hantar aku daftar UUM pada suatu masa dahulu. Siap Shopping barang2 keperluan kat Star Parade (Alor Star). Yang paling best, masa arwah nak pilih kemeja kat Reject Shop kat situ. Punyalah penat nenek aku pilihkan, tup2 dia hanya setuju ngan pilihan aku je. hehehehe...hurmmm... semua tu, tinggal kenangan je kan. Saat yang paling sedih dan sebak yang aku rasakan ialah saat nak menghantar jenazah ke kubur. Masuk jer tempat tu, air mata menitis cam taknak berhenti. Mana tidaknya, teringat suatu ketika dulu di zaman kanak2, kami selalu pergi membersihkan kawasan tersebut dan selepas itu mengutip biji2 gajus bersama2. Setiap penjuru kawasan tersebut terlalu banyak kenangan kami. Semoga rohnya dicucuri rahmat! Al-Fatihah..

Isnin Kedua (23 Mei 2011) - Aku cuti lagi sebab nak menghantar adik aku yang baru habis SPM tahun lepas Ke Matrikulasi Gambang. Penat jugak lah. Dengan Jamn giler dan ramai sangat manusia. Hampir tak tertahan aku rasa. Tapi lepas tu paling seronok lah. Sebab leh berjalan2 di East Coast Mall (Kuantan)pada hari bekerja...dan yang paling penting tak ramai manusia dah kat sini. Alhamdulillah...ada juga ruang2 untuk bernafas..

Ok Lah ya..sambung lain kali k. Sebab ada kelas plak ni. Bye2!
Read more »

Saturday, May 7, 2011

Kisah Hati (Lirik dan Video) Alyah

KLIK Disini untu lihat video Kisah Hati Alyah

uuuuu..ooooo..
Hatiku... hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Hanya menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir


Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini... di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu...Selamanya

ooooooooooooooo....
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

*Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini.. di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Read more »

Sunday, May 1, 2011

Selamat Hari Pekerja 2011

Salam..
Tanggal 1 Mei, Semua wargaDunia yang bekerja akan menarik nafas lega. Aisehh... setakat mana sangat lah leganya erk? Hahahaha..bagi aku, lega skit lah sebab esok diisytihar cuti. Ada lah masa nak mengurus diri. Hehehe... Aku sebenarnya rindu sangat2 nak post kat blog kesayangan aku ni. Tapi masa tidak mengizinkan. Tambahan plak dengan keadaan broadband yang memang &*@#% ni. Tunggu masa dan ketika jer. Pasni, aku akan terminate Celcom Broadband ni. Aku rasa, ramai lagi yang sependapat ngan aku. Sebab dia lah aku tak leh aktif berinternet.. Hehehehe..padahal, sendiri yang sibuk memanjang.

       K lah, pasni aku akan buat report ke mana aku menghilang k. Biar semua kawan2 yang singgah kat blog aku ni tahu kemana dan kenapa aku lama tak menjenguk dan membalas kunjungan korang semua. K lah, nak sambung buat kerja skit. Kerja apa? hurmmmm...lain kali aku cerita k.

Opssss..saper2 yang nak ikut aku ke Raub esok (2 Mei) jom lah. Leh lah jadi teman borak aku. huhuhuhu...penatnya! hahaha. K lah... Adios!


---- Love & Faith: Cikgu Tie -----
Read more »