Friday, December 24, 2010

Al-Baqarah (Ayat 102)

Salam semua. Pepagi lagi Cikgu Tie bersemangat untuk membuka Kitab Tafsir : THE MIRACLE (15 in 1) yang dah 5 bulan dibeli. Sejak beli, hanya dok tengok gitu2 je. Tapi hari ni, betul2 mengkaji dan memahami. Kenapa tiba2 nak kaji ayat 102 Al-Baqarah ni? Jawapannya...sebab ada seseorang yang membacakan ayat tersebut sewaktu dalam mimpi Cikgu Tie malam tadi. Sebabnya? Entah lah.. Maybe selalu sangat Cikgu Tie mendengar MP3 Ruqyah Syariah kot. Apa2 pun, jom menghayati ayat ini..


Read more »

Monday, December 20, 2010

Apabila "pakar" gagal membantu..

Salam..
Huhuhu...Dalam kekalutan menyiapkan Jadual Waktu 2011, tetiba laptop buat hal. Arghhhhh.. Stress sangat2 rasanya. Apa nak buat ya? Tiba2 laptop Hang... tak boleh nak buat ape2. Bila direstart, Masih tak berubah! So, segeralah aku mendapatkan bantuan-bantuan dari pakar. 

  • Pakar 1: Orang pertama yang aku nak buat rujukan sebab dia orang pertama yang terlintas di kepala. Tapi apakan daya... mesej berbunyi "yup, meeting" yang aku dapat. huhuhu..
  • Pakar 2: Technician sekolahku.. Mr Joe. Gagal dihubungi!.huhuhu
  • Pakar 3: Mr Adam.. mesej tak berbalas-balas.Aduhhh...
So, aku pun merenung lah laptop tu sorg2. Dengan harapan semuanya akan kembali pulih.. Dalam hati, dah sebak je.. air mata dah memang nak keluar. Huhuhu..Al-maklumlah... backup untuk jadual xde langsung. Yang lain tu tak penting sangat dah rasanya. Beberapa lama kemudian, (setelah dibiarkan) Maka laptopku nampak kembali normal. Macam normal lah maksudku! Alhamdulillah. Tapi TouchPad gagal berfungsi. Alamak.. Dalam dok stress macam tu, otak memang gagal membantu. So, fikir punya fikir barulah terlintas untuk menggunakan "en.mouse".. Huhuhuhu..lambatnya otakku berfungsi. Alhamdulillah.. sehingga sekarang...laptopku sudah boleh digunakan. 

Bila berjaya menyelesaikan masalah laptop aku ni, baru aku terfikir.. kenapalah aku susah2 nak menyusahkan orang bila laptop aku bermasalah tadi. Padahal kat sekolah, kalau tiada technician, akulah orang yang dicari untuk sebarang masalah berkaitan komputer..hehehe .. mungkin sebab aku adalah "Penyelaras Bestari ICT" di sekolah atau sebab aku adalah pemegang "Ijazah Sarjana Muda IT". Hehehehe..agaknya mungkin sebab laptop aku kurang memberi masalah. Rasanya last sekali laptop aku bermasalah adalah Skrin laptop pecah 2 tahun sudah. Selain tu memang takde. Oh ya! untuk tahun 2010 ni, laptopku terpaksa di format sebab virus dari Yahoo Messenger. Itu jer..hehehe.. janji semuanya sudah kembali normal kan? Tanpa meyusahkan orang lain plak tu..wahhhh..bangganya aku!


P/s : Mesti belajar berdikari k. Jangan manja2.. huhuhu

----Love & Faith : Cikgu Tie ----
Read more »

Sunday, December 19, 2010

The Malay Chronicles: Bloodlines a.k.a. Hikayat Merong Mahawangsa dari KRU Production

Salam..
       Huhuhu.. Cuti sekolah dah semakin menuju ke penamat. Cepat atau lambat.. 25 Disember 2010 nanti aku dah kena bertolak ke bumi Pekan. Ingatkan Mesyuarat Awal akan belangsung pada 27hb, rupanya pada 26hb. Mujur tak salah tarikh. Thank you pada kawan2 yang beri makluman.. Hehehe..nampak sangat tak Pay attention masa Mesyuarat Akhir baru2 ni..

     Al kisahnya… bukan Cuti sekolah yang menjadi masalah, tetapi kerja2 yang masih tak siap yang menjadi masalah. Jadual Waktu 2011 masih tak siap. Paling tak tahan, selalu sangat ada perubahan. Pening nak kena fikir. Huhuhuhu..inilah nasib badan.

     Dalam dok pening2 ditambah plak ngan rasa serabut yang entah dari mana munculnya, jiwa aku semakin kacau. Daripada dok melayan jiwa yang lara.. baik aku menjelajah dunia siber.. Tup2..terjumpalah Trailer filem baik dari “pakwe” lama aku En Yusry Abdul Halim a.k.a Yusry KRU. Filem epik Hikayat Merong Mahawangsa.


  
Read more »

Jeritan Batinku - Azlan & The Typewritter ( liriklagu.biz )



Dengar Oh! Jeritan batinku Memekik-mekik Memanggil-manggil Namamu selalu Sehari kurasa sebulan Hatiku tiada tertahan Ku pandang kiri Ku pandang kanan Di kau tiada... Risau Batinku menangis risau Makin kau jauh Makin hatiku bertambah kacau Mengapa kita berpisah Tak sanggup menahan asmara Oh! Dengarlah Jeritan batinku

p/s: Mood tak leh buat kerja.. sebab dok teringat kat seseorang yang hanya akan muncul bila dia "free" ajer.. Uwaaaa... uhhh.. kenapa dengan aku ni??? ahhhh...jom layan lagu ni.. Best sangat2 dengar lagu2 nyanyian en Azlan ni. Aku minat ngan suara dia... mantappppppppp!

Love & Faith : Cikgu Tie..
Read more »

Tuesday, December 14, 2010

Jangan Ganggu lah..

Salam..
Jangan salah faham k.. aku x cakap pada semua orang supaya jangan ganggu aku. Rakan2 blogger leh ganggu aku bila2 masa jer. Aku amat senang di ganggu oleh korang semua. Kecuali seorang makhluk Allah yang sering menggangu line "maxis" aku. Masa cuti2 cam ni, aku memang suka sangat2 off line "celcom".. hehehe..kecuali line celcom broadband jer yg aku suka nak onn. 

     Sebabnya "celcom" adalah line rasmi aku. Majoriti kenalan dan rakan sekerja hanya tahu line celcom aku. Hanya insan2 terpilih jer yang tahu dan dapat no 'maxis' aku tu. Kecuali sorang makhluk Allah tu yang berjaya mendapatkan no telefon 'maxis' aku dari insan yang tak bertanggungjawab. Eeeeeiiii...geram tul! 

      Dah lah kita ni dok pening nak siapkan Jadual Waktu Sekolah utk Sesi 2011. Ada plak yang jenis nak menyemak.... kalau yang jenis cute cam "adik comeyy" tu tak per lah jugak. Geram jer nak balas mesej dia tu supaya dia tak perlu menggangu gugat hidup aku lagi. Tapi...berani kah aku???.. Kalau lah dia tu baca bloq aku ni..nak ajer aku cakap kat dia.."Tak payah lah buat2 salah miss call atau tersalah hantar mesej...dan tak perlu lah bercerita pasal Ibn Taimiyah..Ibn Qayimal..kitab hikam atau mazhab2 lain atau wahabi ke hapa...sebabnya..aku tahu..aku gak yang kena cari sendiri..." Eeeeeiiii..serabut tul ngan orang yang terlalu suka berlagak alim... baru tahu sikit... dah nak menunjuk2. Aku tahu lah ilmu aku ni tak seberapa.. tapi sekurang2nya... aku cuba gak amal apa yang aku belajar... bukannya cam dia yang selalu nak mencari salah orang!...

p/s: Aku yang sedang pening!

Love & Faith: Cikgu Tie..
Read more »

Monday, December 13, 2010

Adessss..

Salam...
   Tajuk kali ni memang pendek jer..Adesss..huhuhu.. Mood memang blurr dan ting tong jer pagi ni. Semuanya sebabkan mimpi. Yup.. mimpi memang mainan tido. Tapi mimpi tu jugaklah yang membuat hati dan otak ni dah terjun ke laut. Memang hampehh tull lah.. Dalam ramai2 orang dalam dunia ni..kenapa lah "dia" gak yang muncul dalam mimpi aku. Dah lah dari dulu lagi aku selalu teguhkan hati dan bina tembok yang tinggi2 supaya aku tak ingatkan dia dan tak nak dibayangi dia..walaupun dalam mimpi. Tapi nak buat cam mana.. Semuanya di luar kawalan. Kalau leh kawal.. hari2 mimpi Fahrin Ahmad pun ok! But... jgn lah muncul lagi dalam mimpi aku k. Aku doakan "dia' berbahagia bersama isteri dan anak2 dia. Aminnn... tq kerana berjaya memberi rasa 'adess' ini.

   Bila dah jiwa ting tong ni... terRajin lah plak aku membuat bloqwalking. Saper2 datang jer..aku terus teringin nak follow. Hehehe...aku tak nak kerana mimpi malam tadi.. ia menjadikan mood aku terus hilang. Aku nak berCeria ngan semua blog yang aku singgah. Semua blog memang best sangat. Tapi aku malas nak mengulas lah. Biarlah korang cari sendiri. hehehe..jahat tak? Kenapa mesti terus tenggelam dalam kenangan lama kan? Lebih baik mencari kenalan baru dan baru2 dan baru3.. hehehe.

     Hahaha... mood terus ke laut ni.. sempat lagi ber chat ngan kawan baik ku. Planning nak ke i-city shah Alam minggu depan. Hopefully ianya jadi lah. Kurang2 leh gak jadikan motivasi untuk siapkan jadual waktu 2011 dengan segera. K lah..itu jer luahan hati Seorang aku yang bergelar Cikgu Tie untuk hari ni.. sambil2 layan lagu.. Tak Mungkin kerana Sayang oleh Alyah!
Read more »

Wednesday, December 8, 2010

Bila cuti sekolah...

Salam..
Rasa cam tak tahu nak tulis aper.. tapi sebenarnya banyak sangat nak menaip kat blog kesayanganku ini. Rasa2nya, aku nak buat report/ laporan aktiviti ape yang aku lakukan sejak dua menjak ni jelah. Hehe

29 November 2010 (Isnin)
Saje aku pilih tarikh ni sebab pada jam antara 8.00 pagi hingga 12.30 t/hari, anak2 didik ku sedang bertarung menjawab soalan Mathematics Paper 1 & Paper 2 SPM. Rupa2nya..teramat indah perasaan seorang guru menanti dan menghantar 'rombongan' anak didik masuk dewan exam. Walaupun sudah tiga tahun mengajar kelas peperiksaan, inilah kali pertama aku berpeluang menjadi pengiring anak2 didik. hurmmmm...sesungguhnya perasaan bahagia itu sukar di ungkapkan. Tambahan pula, menanti pelajar2 keluar dewan dan melihat mereka senyum. Terasa hilang semua penat! Apa2 pun dalam masa menunggu, sempat juga aku menyiapkan kertas kerja..memohon perbelanjaan makanan untuk anak2 asrama sewaktu hujung minggu. Pengetua pun dah luluskan. Alhamdulillah...
Read more »

Thursday, December 2, 2010

Bila Pelajar Jatuh Cinta

Salam..
    Di saat Cikgu Tie dok menaip entry kali ni, CT sebenarnya tersenyum2 sensorang. Alkisahnya... tadi dok melayan sorang my ex-student chatt dalam fb. Dah lama tak jumpa dia ni.. CT namakan dia F jer. Awal2 intro lagi dah panggil "Sayang". Mujur lah CT ni dah terbiasa sangat ngan panggilan camtu. Tak rasa apa2 pun masa intro tu. So, sebagai cikgu dia..CT pun menegur dengan hemah sorang cikgu. Tup2 dia tanya, "Cikgu dah kawen?" Dengan jujurnya, CT ckp.. "belum, tolong carikan?"

     Then, sepantas kilat F cakap "couple ngan sy lah" hahahaha..buat lawak lah si F ni. CT pun mengorek
Read more »