Wednesday, December 8, 2010

Bila cuti sekolah...

Salam..
Rasa cam tak tahu nak tulis aper.. tapi sebenarnya banyak sangat nak menaip kat blog kesayanganku ini. Rasa2nya, aku nak buat report/ laporan aktiviti ape yang aku lakukan sejak dua menjak ni jelah. Hehe

29 November 2010 (Isnin)
Saje aku pilih tarikh ni sebab pada jam antara 8.00 pagi hingga 12.30 t/hari, anak2 didik ku sedang bertarung menjawab soalan Mathematics Paper 1 & Paper 2 SPM. Rupa2nya..teramat indah perasaan seorang guru menanti dan menghantar 'rombongan' anak didik masuk dewan exam. Walaupun sudah tiga tahun mengajar kelas peperiksaan, inilah kali pertama aku berpeluang menjadi pengiring anak2 didik. hurmmmm...sesungguhnya perasaan bahagia itu sukar di ungkapkan. Tambahan pula, menanti pelajar2 keluar dewan dan melihat mereka senyum. Terasa hilang semua penat! Apa2 pun dalam masa menunggu, sempat juga aku menyiapkan kertas kerja..memohon perbelanjaan makanan untuk anak2 asrama sewaktu hujung minggu. Pengetua pun dah luluskan. Alhamdulillah...

30 November 2010 (Selasa)
Sebenarnya, ada agenda pada hari ni..tapi terbatal di saat akhir. Sebelum balik ke kampung, sempat gak singgah kedai tayar untuk buat rotation & allignment. Sewaktu menunggu, Puan Penyelia Asrama mintak aku beri taklimat kat anak2 di Asrama.Tapi aku terpaksa tolak. Fikiran tak tenang. Rasa serabut sangat masa tu. Aku memohon warden lain bagi taklimat. Yang terlintas di fikiran, hanyalah nak keluar segera dari bandar Pekan. Apatah lagi bila anak buah kesayangan dah mula berada di rumah neneknya..(rumahku lah tu). Walaupun hujan sepanjang jalan, Alhamdulillah...Aku selamat juga sampai ke kampung halaman tercinta.

1 Disember 2010 (Rabu)

Kembali menjadi mak supir. Menghantar adik ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Hehehe..tapi pada sebelah petangnya, kami sekeluarga melakukan aktiviti rasmi keluarga apabila dah berkumpul. Hehe.. mandi manda kat Pantai Kemasik. Tapi kali ni bukan lah mandi dalam erti kata sebenar. Faham2 jelah pada musim tengkujuh camni. Aktiviti mandi-manda tak digalakkkan. Tapi hanya sempat bermain ombak ajer. Kira ok lah tu. Anak2 buah semua happy jer. "rindu kat pantai" katanya! Sewaktu di pantai..jiwa seakan tenang kembali. Tiada lagi rasa serabut. Mungkin gembira melihat telatah anak2 buah.

2 Disember 2010(Khamis)
Arghhhh... penatlah nak melayan Abangku yang sorang jer ni. Tak habis2 mengajak ke Taman Tamadun Islam. Mengenangkan Kakak Ipar jer... aku turutkan. Kalau ikutkan, memang terasa sangat malasnya. Tapi..kalau dok umah pun, bukan leh buat ape2 pun kan? So, bergeraklah kami ke Kuala Terengganu. Agaknya kali terakhir CT ke Kuala Terengganu ialah pada Majlis Perkahwinan bekas juruteknik sekolah. pada May tahun lepas. Hurmmm.. lama juga lah tu.  Destinasi pertama, ke Masjid Kristal. Hujan memang lebat. Tapi, sempatlah snap beberapa keping gambar. Then, Kita orang ke Pasar Payang. Sempat gak melihat keindahan sekitar pemandangan Monsun Cup. hehhehe..Kat Pasar Payang, memang takde niat pun nak beli apa2. Tup2..orang pertama yang membeli..akulah! Hehe..tetiba rasa nak beli Batik. Bukan aper..nampak cam design terbaru jer. Apa lagi..capai dan bayar je lah. Then.. ke Pantai Batu Burok. Just tengok dari dalam kereta jer. Hujan... tak dapat lah nak turun. Solat kat Masjid Terapung. Wahhhh.. Rindunya kat masjid ini. Sempat juga bergambar sekeping dua. Then, kita orang terus pulang. Tapi..Sampai jer kat Kedai depan Courts Mammoth.. singgah kejap...mencari tudung idaman my kakak ipar. Masih tak jumpa. Memaksa kami terus ke Paka. Then, kat situ,, "Tudung Farida" yang menjadi impiannya berjaya di beli. Aku? Just beli sehelai shawl je..hehehe..

3 Disember 2010 (Jumaat)
Ke Kuantan untuk menghabiskan duit lagi. Hehe..tapi kali ni..untuk buat sedikit modify kat my car. Tempat pertama yang di tuju..Ke Kedai tayar. Al-maklumlah.. masa buat Allignment tempoh hari, dikatakan tayar kete aku tak bulat. Dua kali dah aku dengar ayat ni. So... Aku amik keputusan, Tukar Rim dan tayar sekaligus. Then... seterusnya ke kedai bodykit berhampiran Kuantan Parade. Untuk Spoiler, Seat cover dan Skirt. Hanya spoiler jer yang dah pasang. Yang lain tu kena tempah. So, sehari dalam minggu ni atau minggu depan, Ke Kuantan lagi lah aku. Selesai segala urusan kereta. Singgah ECM untuk makan steambot kat Johnny's. Then, ke Teluk Cempedak. Satu2nya Pantai yang penuh kenangan dan kedamaian. Hurmmm..

4 Disember 2010 (Sabtu)

Terasa malas sangat nak bangun tido. Penat ajer badan. Tapi memandangkan telah membuat janji dengan kawan2..digagahi jua. Hari ni.. pemanduan perlu diteruskan ke majlis perkahwinan rakan masa Form 6 dulu di Minda Talong. First time dalam hidup aku untuk pergi ke sana. Keluar je dari rumah, terus buat panggilan kepada my friend..Ishak. Setelah kata sepakat di buat. Aku Call Mama.. juga kawanku! Supaya dia bersiap2 kerana sekejap lagi aku akan sampai ke Paka. Then.. ke Sura Tengah. Now aku, Gjang dan Mama dan sebuah kereta. Apa lagi.. kecohlah bercerita itu dan ini. Selesai membeli hadiah untuk pengantin..Kami meneruskan perjalanan. Apabila berada di Simpang Tepus..hati mula terusik. Huhuhu..kenangan..segeralah berlalu! Then.. menikmati sepenuhnya panorama kampung Minda Talong. Keaslian dan keindahan bumi nan hijau memang mengasyikkan. Walaupun tiada "network coverage" ia tetap memukau. Berehat seketika di rumah Jue. Menunggu ketibaan Ishak dan kawan2. Bila dah berkumpul...memang kecoh. Tanpa membuang masa..kami ke rumah pengantin. Selesai makan, sempatlah bertemu Pengantin lelaki..kawan kami..Yusri! Apa yang paling aku ingat..tarikh lahir Yusri sama dengan aku. 24 Julai. Seterusnya, kami ke Pizza Hut's Dungun. Gjan nak belanja. Walaupun Ishak dah kena bergegas ke Kuala Terengganu kerana perlu meyediakan Report "Monsun Cup" nya. Hurmmmm..terasa kaku kaki ini memijakkan kaki sekitar bandar Dungun. Terasa berada di bumi asing buat seketika. Dalam otak...kembali mengingati..bila kali terakhir aku ke bandar ini?? Dungun memang dah banyak berubah! Ohhh... kenangan dan bayangan... segeralah berlalu dari fikiran ini..Sebelum balik, sempat membeli beberapa buah buku di Pustaka Seri Intan. Kenangan hari ini.. amat bermakna sebab dapat jumpa kawan2 lama. Mungkin akan ketemu lagi hujung minggu ini.

5 Disember 2010. Ahad
Hanya melepak di rumah bersama 2 anak buah yang ditinggalkan oleh abangku. Diaorang nak bercuti di sini. Tapi..aku dah siapkan tugasan sekolah kat diaorang. Jangan mimpi lah kalau diaorang hanya leh main dan menonton TV sepanjang masa. hehehe... Sekitar pukul 4.. dapat panggilan dari Adik Comey. Hurmmm...setelah sekian lama tak berhubung.. ada sesuatu yang ada di hati dan benak ini. Apa ya??

6 Disember 2010 (Isnin)
Tugas sebagai mak supir! Cuma bezanya bersama kelendan2 kecik dua orang tu. hahaha..sungguh terhibur! Kembali membaca novel. hehe

7 Disember 2010 (Selasa)
Seawal pagi.. iaitu sekitar jam 3.05 pagi..aku dah berada di Paka. Menunggu kepulangan adik dari UPSI. Sewaktu perjalanan pergi.. terlihat sesuatu yang aku cukup pantang! U.L.A.R. Aduhhhh...sejuk kaki nak memandu.. seram dan seriau serta geli. Kesudahannya.. tidur sementara menunggu subuhku diganggu mimpi2 tentang haiwan itu. Mujurlah aku tak demam. Sungguh allergic aku pada haiwan itu? Hari ni... aku fobia nak memandu!


P/s: Lain kali sambung lagi..

----Love & Faith:Cikgu Tie----




2 comments:

touya said...

kos ubah suai keta tu semua kena berapa ?

RozectLyantie said...

dalam RM3k jer.. buat yg termampu jer..hehe