Cerita satu
Hari ini, Cikgu Tie (CT) agak hangin satu badan lah... Tak tahu kat mana nak lepas, kecuali di Blog kesayangan CT ni... hurmmmm... nama pun Life of Cikgu Tie. Jadi, pada saper2 yang yang membaca luahan hati CT ini, redha jer lah.
CT dah baik punyer post kat Facebook malam tadi agar dapatlah kiranya CT berada bersama2 semua warga sekolah yang lain di tapak perhimpunan. Maybe ramai yang x suka berada di sana... tp, CT teramat rindu. Dalam tahun ni, boleh kira dengan sebelah tangan jer.. berapa kali baru CT dapat kesana. Sebabnya, kena buat relief! Tapi..impian CT mungkin tercapai kerana sepatutnya hari Isnin adalah hari pelapis Relief CT akan bertugas.. buat kali pertamanya!
Tapi nak dijadikan cerita, cikgu baru tu boleh jer lupa tanggungjawab. Sekurang2nya, tanyalah sepatah dua kat CT. Aper perlu dibuat. Dahlah sepatutnya dari hari Jumaat hari tu lagi dia perlu datang ke Makmal Komputer untuk ambil Lisence Code utk ASC Timetable (perisian jadual waktu di sekolah CT). Tapi x datang2. Boleh dimaafkan lagi kalau terlupa atau apa2 jer alasan dia. Tp kalau dia buat tak tahu gak.. so terpaksalah CT menggunakan kebijaksanaan ini untuk meminta dia datang ke Makmal ini dengan hormatnya. Sesungguhnya manusia itu takde lah kejam sangat kan... walaupun rasa macam nak JERITTTTTTTTT jer dengan orang macam tu.
Cerita Kedua
Juga berlaku di pagi2 hari ini. Cikgu baru yang buat relief tu juga adalah guru yang baru saje masuk jadi warden. Tapi jangan salah anggap, dia hanya duduk jer buat teman budak2 tidur kat asrama. Kerja2 lain, dia tak buat pun lagi. Lagipun, al kisahnya.. dia dan kawan memang tak layak lagi jadi warden. Entah kenapalah dia sanggup terima tawaran pihak atasan untuk jawatan itu. CT dah tanya secara personal ngan diaorang.."kena paksa ker?" diaorang cakap... "taklah.. sukarela/ ok jer". So, nak kata aper lagi kan?
Namun yang sakitnya sebuah hakikat adalah kerana dari awal tahun 2010 lagi sepatutnya CT dah boleh bebas dari jawatan WARDEN tu. Yelah, dah 3 tahun di situ. Dan dari hujung tahun lepas (sblm pengesahan perletakan jawatan warden) CT dah dapat jawatan sebagai GURU JADUAL..dan menjalankan tugas baru tersebut. Tetapi dalam masa yang sama, nama CT masih digunakan di JPNP sebagai warden di sekolah ini. Dan itu bermakna elaun warden sebanyak RM240 masih masuk kedalam akaun CT. Opssss, jangan salah faham ya.. kesemua duit itu diserahkan kepada warden yang memangku sejak awal tahun hari tu. Walaupun CT pun masih menjalankan tugas2 warden seperti hal2 pengurusan, disiplin pelajar dan termasuk hantar budak ke hospital setiap kali budak sakit. Warden baru memang xde kereta pun lagi. Biasalah.. muda!
Nak dijadikan cerita, CT sajer2 jer menggatal ngan kerani sekolah untuk memansuhkan semua elaun warden tu dari akaun CT. Yelah.. income tax kompeng kena byk..dan yang lebih menyedihkan banyak lah potongan KWSP yang kena. So, pendapatan boleh guna pun kurang lah. Tapi Sakitnya sebuah hakikat apabila kerani memaklumkan bahawa CT kena buat perletakan jawatan sekali lagi. Kerana perletakan dulu dah direject oleh JPN. Dan yang menjadi masalah sekarang ni, bagaimana nak berhadapan dengan pengetua baru yang memang CT takut tu. Sebab kerani tu cakap, pengetua hanya percaya dan yakin ngan ke'wardenan' CT sorang jer kat sekolah tu. Hurmmmm... patutlah dia boleh tolak dan masukkan warden baru silih berganti..dan penatlah juga CT melatih warden2 baru tu.
Terasa macam bola pun ada. Atau mangsa buli.. Atau Balaci paling bawah. Sakit sangat hati ini. Agaknya betullah kata kawan lama/baru CT iaitu Adik Eto iaitu CT ni mudah kesian dengan orang dan senang ditipu..hurmmmm... serabut!
4 comments:
huhuhuh...sowi xdapat nak membantu pagi tadi...
ai ingatkan nk berucap di assembly, seb bek berlakon2 emo dgn kak anis, so dia willing to sebab nak pujuk akak..hehee
tp dalam fikiran mmg dok fikir, dah siap ke belum relief...tengok2 ade lak si X tu bersenyum2 di belakang...aku lak rasa bersalah...
hope esok dia sedar dr kealpaan dia...
STRESSS teramat sgt dapat pembantu macam tu kan kak. Amat menyayangi akak dahlia yang sering membantu ku!
oh sangat paham bagaimana siksa jiwa buat relief.
tiap2 hari garu kepala nganga depan asc substitution tu
Miss laily..
teramat seksa kan..
huhuhu...paling seksa kalau ada yg dtg merungut sbb dpt relief
Post a Comment