Sunday, October 24, 2010

Sayang Sayang Syg Sayang Sayang.. Sayang Sayang Syg?

Salam...
Hehehe.. Cuba kira berapa kali "Sayang" yang ada kat tajuk kali ni. Ok my students,

1) "Siapa yang tak pernah ada orang yang cakap yang diaorang tu sayang kat kita?
  • - mustahil sgt2 lah tu.. dari kecil, masa baby dulu mesti mak ayah akan panggil Sayang! Walaupun Baby tu dah terberak atas kain batik mak pun, mak/ayah still boleh cakap "Sayang berak ya?!" maknanya..Busuk camner pun, mak/ayah tetap Sayang! 
2) Masa kecik2 dulu, kalau main basikal bersama abang dan kakak. Adik2 comfirm leh banyak tengok  daripada main. Abang atau Kakak mesti akan cakap cmni "Abang / kakak Sayang! sangat kat adik, nanti akak/abang akan ajar adik naik basikal tau.." dan bercerita banyak2 sambil mengayuh basikal sambil diperhatikan adik yang hanya duduk di tangga. 
  • memang kakak dan abang sayang adik lah tu. Sebab mak akan suruh diaorang untuk pergi kedai beli barang yang x cukup. Adik2 tak perlu memenatkan diri

3) Bila dah sekolah, kita akan jumpa kawan2 yang ramai sangat. Tapi kawan baik mestilah yang berada dalam satu kelas dan yang paling dekat dengan rumah. Bila cikgu bagi homework dan perlu dihantar. Kawan akan datang mengadap kita bawah pokok depan rumah sambil bersama2 menyelesaikan homework tu. Pastu dia akan cakap. "kita nak kawan ngan awak sampai mati tau.. kita Sayang awak. Time kaceh sebab ajar kita.
  • memang kita kawan sampai mati. Sekali kawan, selamanya kita kawan!

4) Di Sekolah menengah, kawan2 lagi ramai. Cikgu2 pun makin garang tapi comel. Garang macam mana pun cikgu tu, diaorang mesti akan panggil kita sayang. Korang ingat tak? Cikgu2 garang tu akan panggil kita macam ni "Sayang! tolong ambil buku atas meja saya" atau " Sayang! mintak tolong kemas dewan"
  • Saper yang tak bangga bila cikgu tu sebut perkataan Sayang tu kuat2 dan kita pun terpukau untuk mematuhinya

5) Bila di sekolah menengah juga lah, kita dah pandai melawa. Nak cantik ajer dan faham2 lah untuk siapa. Mesti lah untuk "lain spesis" hehehe..  Dari hari pertama declare dan hampir saban hari mesti DIA akan cakap "saya Sayang awak".
  • Masa tu, kita tak berada di langit, tetapi tak juga berada di bumi


6)Masa dekat Universiti, berbekalkan ucapan Sayang yang sering DIA lafazkan, kita semakin kuat untuk menjejaki hari2 mendatang. Walaupun hampir setiap semester DIA akan cakap camni
" Assignment tak siap lagi lah, camner ya , boleh teman pergi library"
atau.. " Dah dekat nak exam ni, nota saya x lengkap lagi.. boleh pinjamkan?"
  • bukan setakat teman pergi library, tetapi kita yg kena search sistem OPAC untuk cari dan booking buku. Nota plak..Macam mana nak lengkap, nota semua dalam BI. DIA mana pandai BI


7) Di tahun akhir, tup-tup dapat Offer biasiswa dari Overseas. Kita hanya perlu pilih Universiti (overseas) ajer dan segera buat permohonan. Tapi ayat dia.. "Awak pergi ajer lah..DIA takper.. habiskan study di sini sorang2 dan pastu kerja" 
  •  Saper lah yang tergamak nak pergi bila DIA bagi ayat sedih macam tu. Bersama muka sardin?

8) Bila dah habis belajar, DIA dulu yang dapat posting kerja. DIA pun cakap " Jangan risaukan DIA, DIA pergi untuk masa depan kita. "DIA Sayang kita" 
  • masa DIA pergi, kita doa setiap masa supaya DIA tabah dok jauh dari kita


9) Bila kita pun dapat kerja, DIA ada melawat tempat kita dan kita melawat ke tempat DIA. Sambut merdeka sama2. Dan tidur di rumah kawan satu tempat kerja dengan dia. DIA cakap "tq Sayang kerana sudi datang melawat" dan bila kita nak balik, kawan perempuan satu tempat kerja dengan DIA tu cakap "Sayang awak. suka dapat kenal ngan awak. Jangan bimbang, saya akan jaga DIA dan takkan ada orang lain akan ambil DIA"
  • kawan DIA tu memang bagus.. sebab memang sudi jaga DIA sampai sekarang. Dan sudi kawen dan bersama kembangkan keluarganya dengan DIA


10) Tak lama lepas tu, kita dapat msg dari DIA. DIA cakap " Saya tak Sayang! awak dah
  • Sampai sekarang kita masih tak percaya. Macam mimpi jer 7 tahun itu.


11) Di sekolah, kalau cikgu tie cakap "maaflah, saya tak dapat bagi kerja rumah untuk awak sebab tak siap fotostat lagi" pelajar2 CT akan cakap "hoorayyy! Sayang Cikgu Tie
  • Orang2 tua cakap, budak2 tak menipu. Diaorang semuanya jujur.. tp..diaorang memang Sayang CT ke?

12) Time dah siap buat jadual waktu, cikgu2 yang jadual dia tu macam best jer akan cakap "Tie, terima kasih buat jadual kami, Sayang Tie"  
  • kalau x elok, mesti kena marah jer kan?!


13) Dalam facebook, bila dah jumpa kawan2 lama. Diaorang akan cakap lebih kurang camni. "tak sangka dapat jumpa dalam fb, saya Sayang awak dari dulu sampai sekarang" lepas tu guna combination key (< dan 3) untuk paparan smiley (LOVE) atau ada yang chat minta nombor telefon pastu hantar mesej "saya Sayang awak"
  • Memang facebook adalah tempat reunite semua kawan2 yang terpisah lama. Atau jadi titik tolak untuk perkenalan yang baru. Maklumlah, ada juga kawan2 yang malu nak tegur masa kat sekolah dulu dah berani nak meluahkan perasaan. 

14)  Kawan2 yang chat dengan YM plak akan bagi Buzz ala2 Kiss dalam Environment Falling Heart. dan ucap "Saya Sayang awak"
  •  Memang tabik spring pada orang yang create laman chat itu


15) Allah teramat  Sayangkan umatnya. Tidak perlu bagi ucapan tetapi kita semua tahu Allah  Sayangkan kita dengan semua kurniaan nikmat yang telah diberikan, tapi bagaimana untuk kita semua membalas kasih  Sayang Allah itu? Memang tak boleh pun kan, tapi "Jauhkan apa yang diharam, dekatkan diri padaNYA. Cikgu Tie Sayang ALLAH

Panjang berjela dah tu. k lah, 
Love & Faith (Cikgu Tie)

0 comments: