Salam..
Hurmmm.. hari ini Cikgu Tie nak sangat menikmati hari yang indah. Maklumlah, tido seawal jam 10 malam dan bangun dengan segarnya! hehehe.. TQ kepada individu yang membenarkan CT tido awal. ahakksss..jgn marah k. Al-maklumlah, kadang2 tenaga kita digunakan sehabisnya masa bekerja. So, kat rumah lah kita merehatkan diri.
Situasi kat sekolah hari ni memang boleh catat dalam "Hari ini dalam Sejarah" sekolah CT sebab seramai 41 orang guru tiada di sekolah. Mereka semua perlu menghadirkan diri dalam aktiviti2 rasmi seperti taklimat menanda kertas exam PMR, Ekspidisi Berbasikal anjuran sekolah, Perjumpaan Guru2 Pendidikan Agama Islam daerah Pekan, Seminar Kecemerlangan SPM, Kursus Kejurulatihan Sepak Takraw, Kursus BTN, Cuti Bersalin, Cuti Sakit dan Cuti menunaikan Haji.Walau bagaimanapun, P&P perlu berjalan seperti biasa. So, rasa-rasanya macam mana nak menanggani masalah seperti ini??
Mujurlah hari ni mood CT agak baik sajer. Melihat nama2 guru yang penuh di Papan "Pergerakan Guru" yang begitu ramai, CT hanya mampu tersenyum. Cikgu2 yang ada plak tak boleh nak komen banyak. Sah-sah diaorang akan dapat "TIKET" iaitu merujuk kepada Slip Relief tu. Majoriti daripada mereka siap booking kelas untuk masuk dan relief. Hahahaha.. CT plak cam jadi penjual Goreng Pisang. Laris sangat. Tapi tak habis terjual lah. Tambahan plak, pelajar2 Tingkatan 4 dan 6Bawah sedang menduduki Peperiksaan Akhir Tahun.
Yang paling menariknya, adalah jumlah pengunjung hari ni dah mencecah 1000 orang. teringat pagi2 tadi, bila tgk "visitor counter" tu tunjuk 1001 visitor..CT leh jerit..YESSSS... hahaha.. terkejut rakan2 ku.. tahniah pada nuanza yang berjaya mendatangkan dirinya pagi tadi. hehehe.
Waktu nak pergi meeting Kem Pemantapan Sahsiah Murid kul 2.30 petang tadi, ada cikgu bagitau pasal makcik yang selalu memberi masalah ngan CT buat hal lagi. Uhhhh.. memang susah nak paham betul makcik ni. Dia nak senang dia jer..senang orang lain, dia tak pernah pikir. Teruk betul kan. Semoga bila CT tua nanti, CT x berperangai cam dia tu.hehehehe..
K lah.. Love & Faith : Cikgu Tie
0 comments:
Post a Comment