Friday, December 24, 2010

Al-Baqarah (Ayat 102)

Salam semua. Pepagi lagi Cikgu Tie bersemangat untuk membuka Kitab Tafsir : THE MIRACLE (15 in 1) yang dah 5 bulan dibeli. Sejak beli, hanya dok tengok gitu2 je. Tapi hari ni, betul2 mengkaji dan memahami. Kenapa tiba2 nak kaji ayat 102 Al-Baqarah ni? Jawapannya...sebab ada seseorang yang membacakan ayat tersebut sewaktu dalam mimpi Cikgu Tie malam tadi. Sebabnya? Entah lah.. Maybe selalu sangat Cikgu Tie mendengar MP3 Ruqyah Syariah kot. Apa2 pun, jom menghayati ayat ini..


Read more »

Monday, December 20, 2010

Apabila "pakar" gagal membantu..

Salam..
Huhuhu...Dalam kekalutan menyiapkan Jadual Waktu 2011, tetiba laptop buat hal. Arghhhhh.. Stress sangat2 rasanya. Apa nak buat ya? Tiba2 laptop Hang... tak boleh nak buat ape2. Bila direstart, Masih tak berubah! So, segeralah aku mendapatkan bantuan-bantuan dari pakar. 

  • Pakar 1: Orang pertama yang aku nak buat rujukan sebab dia orang pertama yang terlintas di kepala. Tapi apakan daya... mesej berbunyi "yup, meeting" yang aku dapat. huhuhu..
  • Pakar 2: Technician sekolahku.. Mr Joe. Gagal dihubungi!.huhuhu
  • Pakar 3: Mr Adam.. mesej tak berbalas-balas.Aduhhh...
So, aku pun merenung lah laptop tu sorg2. Dengan harapan semuanya akan kembali pulih.. Dalam hati, dah sebak je.. air mata dah memang nak keluar. Huhuhu..Al-maklumlah... backup untuk jadual xde langsung. Yang lain tu tak penting sangat dah rasanya. Beberapa lama kemudian, (setelah dibiarkan) Maka laptopku nampak kembali normal. Macam normal lah maksudku! Alhamdulillah. Tapi TouchPad gagal berfungsi. Alamak.. Dalam dok stress macam tu, otak memang gagal membantu. So, fikir punya fikir barulah terlintas untuk menggunakan "en.mouse".. Huhuhuhu..lambatnya otakku berfungsi. Alhamdulillah.. sehingga sekarang...laptopku sudah boleh digunakan. 

Bila berjaya menyelesaikan masalah laptop aku ni, baru aku terfikir.. kenapalah aku susah2 nak menyusahkan orang bila laptop aku bermasalah tadi. Padahal kat sekolah, kalau tiada technician, akulah orang yang dicari untuk sebarang masalah berkaitan komputer..hehehe .. mungkin sebab aku adalah "Penyelaras Bestari ICT" di sekolah atau sebab aku adalah pemegang "Ijazah Sarjana Muda IT". Hehehehe..agaknya mungkin sebab laptop aku kurang memberi masalah. Rasanya last sekali laptop aku bermasalah adalah Skrin laptop pecah 2 tahun sudah. Selain tu memang takde. Oh ya! untuk tahun 2010 ni, laptopku terpaksa di format sebab virus dari Yahoo Messenger. Itu jer..hehehe.. janji semuanya sudah kembali normal kan? Tanpa meyusahkan orang lain plak tu..wahhhh..bangganya aku!


P/s : Mesti belajar berdikari k. Jangan manja2.. huhuhu

----Love & Faith : Cikgu Tie ----
Read more »

Sunday, December 19, 2010

The Malay Chronicles: Bloodlines a.k.a. Hikayat Merong Mahawangsa dari KRU Production

Salam..
       Huhuhu.. Cuti sekolah dah semakin menuju ke penamat. Cepat atau lambat.. 25 Disember 2010 nanti aku dah kena bertolak ke bumi Pekan. Ingatkan Mesyuarat Awal akan belangsung pada 27hb, rupanya pada 26hb. Mujur tak salah tarikh. Thank you pada kawan2 yang beri makluman.. Hehehe..nampak sangat tak Pay attention masa Mesyuarat Akhir baru2 ni..

     Al kisahnya… bukan Cuti sekolah yang menjadi masalah, tetapi kerja2 yang masih tak siap yang menjadi masalah. Jadual Waktu 2011 masih tak siap. Paling tak tahan, selalu sangat ada perubahan. Pening nak kena fikir. Huhuhuhu..inilah nasib badan.

     Dalam dok pening2 ditambah plak ngan rasa serabut yang entah dari mana munculnya, jiwa aku semakin kacau. Daripada dok melayan jiwa yang lara.. baik aku menjelajah dunia siber.. Tup2..terjumpalah Trailer filem baik dari “pakwe” lama aku En Yusry Abdul Halim a.k.a Yusry KRU. Filem epik Hikayat Merong Mahawangsa.


  
Read more »

Jeritan Batinku - Azlan & The Typewritter ( liriklagu.biz )



Dengar Oh! Jeritan batinku Memekik-mekik Memanggil-manggil Namamu selalu Sehari kurasa sebulan Hatiku tiada tertahan Ku pandang kiri Ku pandang kanan Di kau tiada... Risau Batinku menangis risau Makin kau jauh Makin hatiku bertambah kacau Mengapa kita berpisah Tak sanggup menahan asmara Oh! Dengarlah Jeritan batinku

p/s: Mood tak leh buat kerja.. sebab dok teringat kat seseorang yang hanya akan muncul bila dia "free" ajer.. Uwaaaa... uhhh.. kenapa dengan aku ni??? ahhhh...jom layan lagu ni.. Best sangat2 dengar lagu2 nyanyian en Azlan ni. Aku minat ngan suara dia... mantappppppppp!

Love & Faith : Cikgu Tie..
Read more »

Tuesday, December 14, 2010

Jangan Ganggu lah..

Salam..
Jangan salah faham k.. aku x cakap pada semua orang supaya jangan ganggu aku. Rakan2 blogger leh ganggu aku bila2 masa jer. Aku amat senang di ganggu oleh korang semua. Kecuali seorang makhluk Allah yang sering menggangu line "maxis" aku. Masa cuti2 cam ni, aku memang suka sangat2 off line "celcom".. hehehe..kecuali line celcom broadband jer yg aku suka nak onn. 

     Sebabnya "celcom" adalah line rasmi aku. Majoriti kenalan dan rakan sekerja hanya tahu line celcom aku. Hanya insan2 terpilih jer yang tahu dan dapat no 'maxis' aku tu. Kecuali sorang makhluk Allah tu yang berjaya mendapatkan no telefon 'maxis' aku dari insan yang tak bertanggungjawab. Eeeeeiiii...geram tul! 

      Dah lah kita ni dok pening nak siapkan Jadual Waktu Sekolah utk Sesi 2011. Ada plak yang jenis nak menyemak.... kalau yang jenis cute cam "adik comeyy" tu tak per lah jugak. Geram jer nak balas mesej dia tu supaya dia tak perlu menggangu gugat hidup aku lagi. Tapi...berani kah aku???.. Kalau lah dia tu baca bloq aku ni..nak ajer aku cakap kat dia.."Tak payah lah buat2 salah miss call atau tersalah hantar mesej...dan tak perlu lah bercerita pasal Ibn Taimiyah..Ibn Qayimal..kitab hikam atau mazhab2 lain atau wahabi ke hapa...sebabnya..aku tahu..aku gak yang kena cari sendiri..." Eeeeeiiii..serabut tul ngan orang yang terlalu suka berlagak alim... baru tahu sikit... dah nak menunjuk2. Aku tahu lah ilmu aku ni tak seberapa.. tapi sekurang2nya... aku cuba gak amal apa yang aku belajar... bukannya cam dia yang selalu nak mencari salah orang!...

p/s: Aku yang sedang pening!

Love & Faith: Cikgu Tie..
Read more »

Monday, December 13, 2010

Adessss..

Salam...
   Tajuk kali ni memang pendek jer..Adesss..huhuhu.. Mood memang blurr dan ting tong jer pagi ni. Semuanya sebabkan mimpi. Yup.. mimpi memang mainan tido. Tapi mimpi tu jugaklah yang membuat hati dan otak ni dah terjun ke laut. Memang hampehh tull lah.. Dalam ramai2 orang dalam dunia ni..kenapa lah "dia" gak yang muncul dalam mimpi aku. Dah lah dari dulu lagi aku selalu teguhkan hati dan bina tembok yang tinggi2 supaya aku tak ingatkan dia dan tak nak dibayangi dia..walaupun dalam mimpi. Tapi nak buat cam mana.. Semuanya di luar kawalan. Kalau leh kawal.. hari2 mimpi Fahrin Ahmad pun ok! But... jgn lah muncul lagi dalam mimpi aku k. Aku doakan "dia' berbahagia bersama isteri dan anak2 dia. Aminnn... tq kerana berjaya memberi rasa 'adess' ini.

   Bila dah jiwa ting tong ni... terRajin lah plak aku membuat bloqwalking. Saper2 datang jer..aku terus teringin nak follow. Hehehe...aku tak nak kerana mimpi malam tadi.. ia menjadikan mood aku terus hilang. Aku nak berCeria ngan semua blog yang aku singgah. Semua blog memang best sangat. Tapi aku malas nak mengulas lah. Biarlah korang cari sendiri. hehehe..jahat tak? Kenapa mesti terus tenggelam dalam kenangan lama kan? Lebih baik mencari kenalan baru dan baru2 dan baru3.. hehehe.

     Hahaha... mood terus ke laut ni.. sempat lagi ber chat ngan kawan baik ku. Planning nak ke i-city shah Alam minggu depan. Hopefully ianya jadi lah. Kurang2 leh gak jadikan motivasi untuk siapkan jadual waktu 2011 dengan segera. K lah..itu jer luahan hati Seorang aku yang bergelar Cikgu Tie untuk hari ni.. sambil2 layan lagu.. Tak Mungkin kerana Sayang oleh Alyah!
Read more »

Wednesday, December 8, 2010

Bila cuti sekolah...

Salam..
Rasa cam tak tahu nak tulis aper.. tapi sebenarnya banyak sangat nak menaip kat blog kesayanganku ini. Rasa2nya, aku nak buat report/ laporan aktiviti ape yang aku lakukan sejak dua menjak ni jelah. Hehe

29 November 2010 (Isnin)
Saje aku pilih tarikh ni sebab pada jam antara 8.00 pagi hingga 12.30 t/hari, anak2 didik ku sedang bertarung menjawab soalan Mathematics Paper 1 & Paper 2 SPM. Rupa2nya..teramat indah perasaan seorang guru menanti dan menghantar 'rombongan' anak didik masuk dewan exam. Walaupun sudah tiga tahun mengajar kelas peperiksaan, inilah kali pertama aku berpeluang menjadi pengiring anak2 didik. hurmmmm...sesungguhnya perasaan bahagia itu sukar di ungkapkan. Tambahan pula, menanti pelajar2 keluar dewan dan melihat mereka senyum. Terasa hilang semua penat! Apa2 pun dalam masa menunggu, sempat juga aku menyiapkan kertas kerja..memohon perbelanjaan makanan untuk anak2 asrama sewaktu hujung minggu. Pengetua pun dah luluskan. Alhamdulillah...
Read more »

Thursday, December 2, 2010

Bila Pelajar Jatuh Cinta

Salam..
    Di saat Cikgu Tie dok menaip entry kali ni, CT sebenarnya tersenyum2 sensorang. Alkisahnya... tadi dok melayan sorang my ex-student chatt dalam fb. Dah lama tak jumpa dia ni.. CT namakan dia F jer. Awal2 intro lagi dah panggil "Sayang". Mujur lah CT ni dah terbiasa sangat ngan panggilan camtu. Tak rasa apa2 pun masa intro tu. So, sebagai cikgu dia..CT pun menegur dengan hemah sorang cikgu. Tup2 dia tanya, "Cikgu dah kawen?" Dengan jujurnya, CT ckp.. "belum, tolong carikan?"

     Then, sepantas kilat F cakap "couple ngan sy lah" hahahaha..buat lawak lah si F ni. CT pun mengorek
Read more »

Monday, November 29, 2010

Marahkah aku?

     Mood malam ni agak jiwang skit. Hurmmmm...Jiwang ke geram? Sesuka hati aku lah nak mengarang apa2 jer dalam blogku ini. Kalau ada yang tak puas hati..haa.. korang create lah blog korang sendiri dan buat luahan perasaan. Janji ada tempat nak lepas perasaan. Macam aku selalu dok buat kat blog aku ni. Bukan xde teman untuk berkongsi rasa.. Tapi ada masa.. aku rasa cam tak nak menyusahkan orang dengan hal2 remeh temeh cam ni. Lagipun..perasaan manusia ni ada pasang surutnya..
Read more »

Dapat Award lagi.. dari Mamat plak!

Salam..
Hehehe..kali ni Cikgu Tie amat teruja membuat entry sebab 'nak menunjuk2' 
award yang baru dapat dari blogger bernama si Mamat. Lihatlah! 



Tapi..untuk mendapatkan award ni, kena jawab soalan "Apa pandangan terhadap blog Luahan hati: Matika"
hehehe..pandangan secara luaran.. memang chantek lah. Pastu CT pun kagum sebab banyak sangat idea
Read more »

Sunday, November 28, 2010

Dapat Hadiah Penghargaan..hoooray!

Salam..
Sesungguhnya hati ini terasa amat gumbira bila seorang rakan blogger iaitu "Cplud Miera" telah menghadiahkan badge yang amat chantek pada Cikgu Tie dan beberapa rakan blogger yang lain. Cuba tengok..apa pendapat korang?

Bila dah dapat hadiah..kena lah menjawab beberapa soalan dari beliau
Read more »

Thursday, November 25, 2010

Asrama tidak menyediakan makanan?

Salam..
Hari ni, suatu kejutan yang tak terduga Cikgu Tie terima. Alkisahnya, pepagi seawal jam 7:13 pagi CT menerima suatu panggilan dari nombor yang tak dikenali. Tapi nak dijadikan cerita, pada masa tu CT sedang menjadi supir (hantar adik pergi exam). So, tak terangkat lah handphone yang tertinggal tu. Nak-nak lagi line Celcom CT memang bersepah dah warga sekolah dan students yang tahu. CT hanya mengagak yang mana2 students CT yang call, so... tak lah CT buat panggilan balas.

     Tup-tup..jam 11.05pagi, sekali lagi CT menerima panggilan dari nombor yang sama. Penjaga salah seorang pelajar asrama yang call dan bertanyakan perihal makanan yang disediakan setiap kali hujung minggu. "dengar-dengar ceritanya, tak disediakan?" betul ke? Hurmmmm... dahsyat betul peruntukan budget tahun ni.
Read more »

Monday, November 22, 2010

Terima Kasih Awak...

Tetiba jer rasa nak share jumpaanku dalam youtube yang mana hasil kerja dari blog http://zackzukhairi.blogspot.com Memang Kagumlah dengan hasil kerja beliau. Kalau nak tengok banyak lagi koleksi dia... silalah ke link yang diberi tu k! Promote baik punyer ni!

Entahlah.. dalam banyak2 hasil kreativiti dia, aku cam terpanggil nak choose this one. Maybe kena ngan mood tengah2 malam ni kot. Buat yang memahami..haaaa..Video ni khas untuk kamooo... Maaf! bukan ego..dan bukan tak ingat.. tapi terasa cam sukar sangat untuk diluahkan.. Mungkin "diam itu lebih baik"

http://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=2293076391620015002&postID=4758564285478212301
Read more »

SPM 2010

Salam debaran dan salam kecemerlangan..
Buat semua pelajar atau dengan kata lain, Calon2 SPM dan STPM 2010, Selamat menduduki peperiksaan yang bakal bermula pada hari esok, 23 November 2010. Tapi, Cikgu tie memang cakap terus terang lah bahawa CT memang nervous giller.. mana taknya, ini lah produk pelajar SPM yang pertama untuk CT. Dan yang paling penting, pelajar2 Tingkatan 5 tahun ini merupakan first batch yang CT ajar masa mula2 posting kat sekolah sekarang. 

     Ingat lagi, masa mula2 sampai kat sekolah ni...CT diarahkan mengajar subjek BM dan BI. Memang pening sesangat. Terutamanya bahagian KOMSAS atau Literature. Mana lagi nak handle ULBS atau dengan kata lain.. Ujian lisan. Huhuhuhu...memang pengalaman yang tidak boleh dilupakan lah. Masa CT ajar bebudak yang nak ambil SPM esok ni, bebudak ni kecik sangat lagi. Muka sorang2 tu..jujur bebenar. Dan ada segelintir tu yang comot lagi. hahahaha.. tapi, sekarang tidak lagi. Semuanya dan cantik2 dan hensem2. Siap ada lagi yang datang mengukur ketinggian ngan CT. Nak buat macamana.. CT memang tak berapa Tinggi..hehehehe.

    Apa2 pun.. Selamat Menjawab peperiksaan SPM terutamanya buat pelajar2 5 Ekonomi kesayanganku. Tak lupa buat adikku, Rozelia Azila (SPM) dan Rozelia Aisya (STPM). Jawab elok2. Banyakkan selawat di kala buntu! Hehehe.. your Kak Tie sanggup jadi Supir sepanjang Exam kali ni.. All the best my dear!

-----Love & Faith: Cikgu Tie-----
Read more »

Kucing oh.. Tompel..

Salam..
 Cikgu Just nak share... kucing kesayangan keluarga CT Si Tompel dah meninggal pukul 6.25ptg pada 21 November 2010. Sedih yang teramat sangat. Pagi ni pun, ahli2 keluarga masih dok monyok dan menyebut2 tentang si Tompel. Kenapa boleh mati? huhuhu.. Dilanggar motosikal yang lalu lalang depan umah CT. Bukan salah motosikal... tapi Si Tompel yang melintas jalan tak tengok kiri atau kanan. Lagipun...mungkin dah sampai ajal dia. Apa2 pun... kenangan bersamanya tetap dikenang. Walaupun ia hanya seekor kucing. Miss U Tompel yang comeyyy..uhukkk...uhukkk..

p/s: dah lah sedih atas pemergian si Tompel..Badminton  Malaysia lawan China (Lee C W vs Lin Dan)plak kalah. huhuhu... Mujur Hoki Malaysia vs China menang (4-2). Hurmmm..

---- Love & Faith : Cikgu Tie -----
Read more »

Sunday, November 21, 2010

Rindu bila tidak bersama..

Salam..
Hehehe.. Post ala-ala gatal skit hari ni. Actually, Cikgu Tie sedang dalam mood cuti. Kali pertama nak merasa cuti panjang sejak bekerja sebagai guru tetap. Sebelum2 ni, CT kena jaga bebudak asrama nak menduduki SPM dan SPTM..atau dalam masa yang sama, CT juga "mengambil upah" menjadi pengawas peperiksaan. Apa2 pun terjadi, CT nk enjoy puas2 cuti kali ni dengan harapan berat badan tak naik. Hehehehe...

Baru jer x sampai seminggu merasai nikmat cuti, CT dah hampir tewas ni. Rasa macam bosan teramat sangat. Maybe.. becoz CT menjauhkan diri dari blog atau dunia2 internet kecuali....

Hehehehe. Punyer lah malas nak berblogwalking dan say hi n hello kat rakan2 blogger. Padahal.. renovation blog "life of Cikgu Tie" bukan siap lagi pun. Pemalas betul!
    Rupa2nya.. Hati ini rindu sangat kat students di sekolah. Tambah2 lagi students 5 Ekonomi. Maklumlah, bakal menduduki exam SPM minggu ni. Ada yang siap sms.. minta CT datang ke sekolah dan buat kelas. Padahal, Paper math minggu depan... bukan minggu ni. Yang hantar SMS, sms lah. Yang dok bagi Private messages dalam FB pun ada. Ada plak yang ajak chat bila dah tepu otak belajar. CT layan jer lah.. Bagi up mood skit. hehehe

     Tapi bila petang semalam, rasanya kerinduan ini memang agak terubat sedikit lah. Apabila terpandang call dari Azizul Hakim. Ni Students CT yang selalu senyum. Call pun sebab mintak CT balik Pekan. Dan yang tak boleh blah tu, bukan dia sorang yang bercakap ngan CT. Ramai my Students yang dok satu umah (sedang buat group discussion) berpassing h.p untuk bercakap. Memang terubat lah rindu. Ada yang mintak datang cepat lah, doakan jawab exam lah, ada yg mtk dibelikan keropok lekor lah dan macam2 lagi. Ayat yang tak boleh tahan... "Hati2 drive balik pekan... tapi cepat2 lah balik" hahaha

     Suatu benda yang CT agak terharu semalam apabila kawan2 Azizul bagitau yang semalam birthday Azizul. Happy birthday Azizul. Dan diaorang call pun sebab Azizul dapat panggilan percuma. Maknanya.. Azizul meletakkan CT dalam senarai 8pax nya?? uuuhhhh.. jarang2 ada students sanggup buat camtu. Baik letak no telefon kawan2.. kan? Apa2 pun, CT sentiasa doakan students CT dalam 5 Ekonomi terutamanya dapat menjawab dengan cemerlang dan hati yang lapang. Hehehehe.. tetiba terasa bersemangat nak kembali mengajar!

     Malam semalam plak, kedatangan adik comey memang mengejutkan. Hahahaha.. first time CT leh terkejut dan kaku time jupe orang. Memang cayalah cucu cicit pahlawan melayu terakhir ni. Tapi.. untuk yang selanjutnya.. ada bran ka adik comey? CT dah tarik diri.... hehehe.. 

      Dengan kata lain.. semalam merupakan hari melepaskan rindu ajer lah. Terubat sedikit kerinduan apabila mendengar suara2 manja my students dan adik comey. huhuhu.. Semoga Allah sentiasa memberikan kebahagiaan kepada kami especially CT lah.. hehehe.. dan harap2nya, my students utk tahun depan..sebaik my students pada tahun ini.

p/s : Pukul 4 pagi..dikejutkan dengan berita kematian ayah salah seorang guru di sekolah CT. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin..

-------Love & Faith : Cikgu Tie--------
Read more »

Saturday, November 13, 2010

ANA RAFFALI - TOLONG INGATKAN AKU (HD) witth LYRICS

Salam semua.. jom layan lagu ni..
Cikgu Tie suka.


Lirik Lagu: Tolong Ingatkan Aku
- Ana Raffali
-

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
oo..oo..ooo...

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa ditebus hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku

Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Teringatkan setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita....

---Love & Faith: Cikgu Tie---

Read more »

Friday, November 12, 2010

Happy Birthday To You ADIK COMELL..

Salam
Cikgu tie masih sibuk sekarang ni.. sempat membalas jejak jer sekejap tadi.
Tapi sebelum Cikgu tie meneruskan tugas sekejap lagi.. Cikgu tie siapkan entry baik punyer!
Sempena Birthday adik comell pada 13 November (esok) so Cikgu Tie
Post lagu ni untuk dia.. ala2 sweet jer alien ni nyanyi.. hehehe.. God bless u my dear!
Dan Semoga semua impian dan hasrat adik menjadi kenyataan. Miss u! Muahhhh...
Read more »

Jadual Cikgu Tie

Jumaat
7.15pg : di sekolah
8.30pg-12.00 t/h : Taklimat peperiksaan di sekolah berdekatan
12.30t/h : Ke sekolah, Siapkan report RIMUP
2.30ptg : Hantar bulku Rekord
3.45ptg: Harus tiba di Kuantan..(urusan rasmi k!)
6.20 ptg hingga malam: Bertugas di Sekolah untuk Perkhemahan bersepadu

Sabtu
7.30 pagi-2.00 ptg : Di sekolah berdekatan untuk peperiksaan
2.15- 4.00 ptg: Penutupan Perkhemahan
Read more »

Monday, November 8, 2010

Menghitung Hari untuk Cuti Panjang

Salam...
        Majoriti dah tahu yang sesi persekolahan untuk tahun 2010 dah semakin hampir. Kalau ikut perkiraan kasar, hanya ada 7 hari persekolahan saja lagi. Majoriti sekolah akan mula bercuti pada 17hb November 2010 atau dengan kata lain pada Hari Raya Korban yang bersamaan 10 Zulhijjah 1431 Hijrah. Uhh... memang tak sabar nak bercuti, walaupun seminggu lepas cuti dah kena bertugas untuk peperiksaan SPM dan menyiapkan jadual waktu sekolah untuk tahun 2011. Hurmmm...agak2, tingkatan berapa pula lah Cikgu Tie akan ajar untuk tahun hadapan ya? Hurmmm...yang penting, kena cuti dulu. hehehehehe

      Tapi, walaupun mood nak bercuti dah sampai, hari ni agak kusut dan serabut fikiran Cikgu Tie. Jawapannya hanya ada pada adik comell. Cikgu Tie dok confuse.. adakah Cikgu Tie berbuat salah padanya erk? Hurmmmm..  Kalau adik comell terlihat post ini, sila lah memberi jawapan ya. Rasanya dah beberapa hari dia x jengah blog Cikgu Tie ni. Mungkin betul2 busy kot. Tapi kalau ada tersalah dan tersilap, harap dimaafkan ya!

p/s: Berikan ketenangan dan kedamaian untuk CT terus bekerja!

-----Love and Faith: Cikgu Tie-----


Read more »

Friday, November 5, 2010

Blogwalking And Follow ajer...

Salam semua..
Cikgu Tie dah rasa tepu sangat2. Memang tak ader idea langsung nak buat entry. So, Untuk beberapa ketika ni, Cikgu Tie nak buat Blogwalking sahaja.. membaca entry2 kawan2 maya (blogger lah tu). Hehehehe...Sekadar menambah pengetahuan dengan karya2 blogger yang hebat2 belaka. Kalau rasa berkenan, mana tahu leh curi sikit2 idea anda semua.. Kalau di izinkan lah.:)

Dan untuk itu, rasanya...Cikgu Tie akan Follow mana2 saje blogger yang kreatif mengarang atau yang kreatif dalam blog ni.. Maklumlah... Cikgu Tie masih baru dalam dunia Bloq ni. Mintak tunjuk ajar ya! Kalau anda ingin di Folow, tinggalkan jejak k.. InsyaAllah, sampai lah Cikgu Tie nanti...

---- Love & Faith : Cikgu Tie----
Read more »

Thursday, November 4, 2010

Cuti Deepavali.. tetap balik kampung

Salam..
HUrmmmm... Tak sabar sangat menunggu waktu balik kerja hari ni. Sebabnya, nak balik kampung. Ho..ho..ho.. Balik kampung.. Hati riang! Walaupun bukan nak selebret raya Deepavali, tapi Cikgu Tie balik untuk merayakan hari cuti.. hehehehe.. Maklumlah, Satu Malaysia!

 
Gambar dr uncle google
(kolum- bahagian paling kreatif utk Diwali bagi Cikgu Tie)

Buat semua kawan ku.. Doakan keselamatan Cikgu Tie "Pergi dan Pulang" k. Maklumlah, time2 hujan sekarang ni. Mintak2 tak ader air yang menghalang di sepanjang perjalanan Cikgu Tie nanti. Dan buat sesiapa yang merayakan Deepavali.. Selamat berDeepavali ya!


 

------Love & Faith : Cikgu Tie----
Read more »

Tuesday, November 2, 2010

Ke Kiri atau Ke Kanan..langkah tetap sumbang (Mujur ada blogger.com)

Salam..
     Pepagi lagi CT dah nak mengarut. Bukan aper..sekadar meluahkan apa yang terbuku dalam hati dan bermain dalam fikiran. Nama pun "Life of Cikgu Tie". So, takkan semua nak bercerita tentang kerja sebagai seorang "CIKGU" kan..! Nak jugak bercerita sebagai seorang "TIE" hurmmmm.. Kali ni dok memikir Ke Kiri atau Ke kanan..langkah tetap sumbang.. cam gambar kat bawah ni..tengok kiri, tengok kanan..barulah melintas. Tapi masa melintas tu, betul2 ke kita selamat??
Read more »

Monday, November 1, 2010

Buat seorang teman tapi mesra!

Salam..
So Sorry.. terpaksa remove awak dari friends list 
dalam FB dan juga YM..
Sedih teramat sangat.. tp terpaksa dilakukan
Kita Tetap Kawan Baik sampai bila2
----- love & faith: Cikgu Tie-------
Read more »

Sunday, October 31, 2010

Wali - Aku Cinta Allah (live)

Di saat hati mati..jiwa kosong.. minda tidak mampu berfikir.. kembalilah kita KepadaNYA sebelum ajal datang menjemput!


Read more »

Bercuti untuk mencari Harga diri..

Salam..
        Bercuti, x semestinya lama. Janji boleh mengurangkan kepenatan kerja dan masalah seharian di tempat kerja. Adakalanya, 5 hari bekerja sudah cukup membuatkan otak kita ni penat. Jadi, CT menerima tawaran dari Ketua Kelab Kakitangan/staff sekolah untuk sama2 berlibur di hujung minggu. hehehehe..terima kasih kat Kelab tersebut yang sudi mengundang CT untuk menyertai mereka.


Read more »

Thursday, October 28, 2010

HAppy day, but...

Salam..
Hurmmm.. hari ini Cikgu Tie nak sangat menikmati hari yang indah. Maklumlah, tido seawal jam 10 malam dan bangun dengan segarnya! hehehe.. TQ kepada individu yang membenarkan CT tido awal. ahakksss..jgn marah k. Al-maklumlah, kadang2 tenaga kita digunakan sehabisnya masa bekerja. So, kat rumah lah kita merehatkan diri.
      Situasi kat sekolah hari ni memang boleh catat dalam "Hari ini dalam Sejarah" sekolah CT sebab seramai 41 orang guru tiada di sekolah. Mereka semua perlu menghadirkan diri dalam aktiviti2 rasmi seperti taklimat menanda kertas exam PMR, Ekspidisi Berbasikal anjuran sekolah, Perjumpaan Guru2 Pendidikan Agama Islam daerah Pekan, Seminar Kecemerlangan SPM, Kursus Kejurulatihan Sepak Takraw, Kursus BTN, Cuti Bersalin, Cuti Sakit dan Cuti menunaikan Haji.Walau bagaimanapun, P&P perlu berjalan seperti biasa. So, rasa-rasanya macam mana nak menanggani masalah seperti ini??
     Mujurlah hari ni mood CT agak baik sajer. Melihat nama2 guru yang penuh di Papan "Pergerakan Guru" yang begitu ramai, CT hanya mampu tersenyum. Cikgu2 yang ada plak tak boleh nak komen banyak. Sah-sah diaorang akan dapat "TIKET" iaitu merujuk kepada Slip Relief tu. Majoriti daripada mereka siap booking kelas untuk masuk dan relief. Hahahaha.. CT plak cam jadi penjual Goreng Pisang. Laris sangat. Tapi tak habis terjual lah. Tambahan plak, pelajar2 Tingkatan 4 dan 6Bawah sedang menduduki Peperiksaan Akhir Tahun.

     Yang paling menariknya, adalah jumlah pengunjung hari ni dah mencecah 1000 orang. teringat pagi2 tadi, bila tgk "visitor counter" tu tunjuk 1001 visitor..CT leh jerit..YESSSS... hahaha.. terkejut rakan2 ku.. tahniah pada nuanza yang berjaya mendatangkan dirinya pagi tadi. hehehe.

      Waktu nak pergi meeting Kem Pemantapan Sahsiah Murid kul 2.30 petang tadi, ada cikgu bagitau pasal makcik yang selalu memberi masalah ngan CT buat hal lagi. Uhhhh.. memang susah nak paham betul makcik ni. Dia nak senang dia jer..senang orang lain, dia tak pernah pikir. Teruk betul kan. Semoga bila CT tua nanti, CT x berperangai cam dia tu.hehehehe.. 

K lah.. Love & Faith : Cikgu Tie
Read more »

Tuesday, October 26, 2010

I Got iT..I'm Loving iT!

Salam..
Dikala ini CT amat2 berbahagia kerana apa yang CT cari selama ini sudah ditemui.
Alkisahnya? chewahhh..siap ada tanda soal tu.. Alkisahnya, CT sebenarnya amat meminati satu majalah. Rasanya kepuasan CT membacanya adalah No 1 berbanding Majalah PC. Masing2 ada pendapat masing2 kan. Majalah yang CT maksudkan adalah Majalah STUFF. Minat sangat dengan majalah ini.

      Nak dijadikan masalahnya, CT memang susah nak cari majalah ni. Sukar didapati atau maybe CT yang tak pandai mencari. Kadang2, kalau berjalan dan mencari di Kuantan, memang susah sangat nak jumpa. Kalau di Pekan ni plak..paham2 lah. Pernah gak CT mintak kawan2 di Kuantan tolong belikan.. ada yang cakap tak tahu majalah aper dan ada plak yang mencari tapi tak jumpa. Like i'm always doing lah tu. Last skali CT beli ialah keluaran MAY 2010. Itu pun sebab terjumpa di "The Mines" masa CT ada program "KEM HARAPAN DRB-HICOM 2010" di UPM Serdang. Tapi kali ni, CT terjumpa majalah ni di kedai yang dekat jer dengan umah CT. Dalam 2 KM jer. Iaitu di kedai MS Stationary. Aper lagi, terus grab jer lah. Masuk jer dalam kereta..terus menjerit. " Yes, I Got iT..I'm Loving iT!..muahhhhhhsss"
Read more »

Sunday, October 24, 2010

Selamat Ulangtahun Keputeraan Sultan Pahang

Salam 1Malaysia

      Dikesempatan ini, CT nak mengucapkan Tahniah dan selamat menyambut Ulangtahun Keputeraan Pada 24/10/2010 kepada  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang,Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al- Mu’adzam Shah.

    Al-kisahnya, CT baru jer meraikan sambutan keputeraan baginda dengan melihat percikan dan sinaran bunga api di Istana Sultan Abu Bakar. Berdentam-dentum jugaklah. Ramai rakyat jelata yang datang meraikannya. Apa2 pun, pengawasan abang2 polis amatlah dihargai. Traffic light pertama Pekan dari Kuantan lagi dah ada Abang Polis yang menunggu atau dengan kata lain menyambut kedatangan rakyat jelata untuk meraikan malam bersejarah ini.

      Meriah sangat2 malam ni. Mujur CT balik dari Kuantan tepat pada masanya. Sempat berada di luar pagar Istana sekitar jam 8.30 malam. Rakyat2 memang ramai sangat. Mungkin semuanya taksub dan takjub melihat keindahan lampu2 dan bunga api pada malam ini. CT rasa amat bertuah menjadi salah seorang penghuni yang menumpang di bumi Pekan yang aman damai ni. Selama 4 tahun di sini, CT bahagia sangat di tanah Diraja ini.

     Berikut CT ceritakan sikit mengenai Latar Belakang Sultan yang berjiwa rakyat ni.

HRH Sultan Haji AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH ibni al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri'ayatuddin al-Mu'adzam Shah
* Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah  bin al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin al-Mu'adzam Shah, 
  • Sultan Pahang yang ke-5 dari tahun 1974 hingga sekarang.
  • Diputerakan pada 24 Oktober 1030 di Pekan Pahang.
  • Merupakan Yang DiPertuan Agong yang Ketujuh iaitu dari tahun 1979-1984.

.Tak berani nak hurai panjang takut tersalah bahasa. Nak baca banyak dan nak tahu banyak, CT suggest korang lawat sini

Sekian saja lah ya.. Love & Faith: Cikgu Tie
Read more »

Sayang Sayang Syg Sayang Sayang.. Sayang Sayang Syg?

Salam...
Hehehe.. Cuba kira berapa kali "Sayang" yang ada kat tajuk kali ni. Ok my students,

1) "Siapa yang tak pernah ada orang yang cakap yang diaorang tu sayang kat kita?
  • - mustahil sgt2 lah tu.. dari kecil, masa baby dulu mesti mak ayah akan panggil Sayang! Walaupun Baby tu dah terberak atas kain batik mak pun, mak/ayah still boleh cakap "Sayang berak ya?!" maknanya..Busuk camner pun, mak/ayah tetap Sayang! 
2) Masa kecik2 dulu, kalau main basikal bersama abang dan kakak. Adik2 comfirm leh banyak tengok  daripada main. Abang atau Kakak mesti akan cakap cmni "Abang / kakak Sayang! sangat kat adik, nanti akak/abang akan ajar adik naik basikal tau.." dan bercerita banyak2 sambil mengayuh basikal sambil diperhatikan adik yang hanya duduk di tangga. 
  • memang kakak dan abang sayang adik lah tu. Sebab mak akan suruh diaorang untuk pergi kedai beli barang yang x cukup. Adik2 tak perlu memenatkan diri
Read more »

Travie McCoy feat. Bruno Mars - "Billionaire" [OFFICIAL MUSIC VIDEO]

Salam..
Sajer jer Cikgu Tie upload lagu ni.. Suka dengar. Rasanya ramai gak yang layan. Terutamanya insan2 yang nak jadi "Billionaire". Saper yang tak nak kaya kan??

 
Siap ngan Lirik lagi ni
Read more »

Friday, October 22, 2010

Seronokkah membuat orang lain susah?

Salam
    Hari ni Cikgu Tie (CT) just nak sharing or giving opinion jer. Sajer jer lah kan.. Satu Malaysia dah kecoh dah dengan kehilangan gadis comel Rozaliya Mat Lazim pada minggu lepas. Mana taknya, gambar siap jadi cover besar suatu akhbar. Dan yang paling best, siap technician kat sek CT beli akhbar hari tu. Apa2 pun terima kasih kat Adik Joe. Boleh gak CT membacanya!

                                                         gambar ni dari utusan online
Read more »

Monday, October 18, 2010

Sakitnya sebuah hakikat..

Salam Semua....
Cerita satu
        Hari ini, Cikgu Tie (CT) agak hangin satu badan lah... Tak tahu kat mana nak lepas, kecuali di Blog kesayangan CT ni... hurmmmm... nama pun Life of Cikgu Tie. Jadi, pada saper2 yang yang membaca luahan hati CT ini, redha jer lah.macam lah ada orang membaca kan!


      CT dah baik punyer post kat Facebook malam  tadi agar dapatlah kiranya CT berada bersama2 semua warga sekolah yang lain di tapak perhimpunan. Maybe ramai yang x suka berada di sana... tp, CT teramat rindu. Dalam tahun ni, boleh kira dengan sebelah tangan jer.. berapa kali baru CT dapat kesana. Sebabnya, kena buat relief! Tapi..impian CT mungkin tercapai kerana sepatutnya hari Isnin adalah hari pelapis Relief CT akan bertugas.. buat kali pertamanya!

Read more »

Thursday, October 14, 2010

Cikgu Tie dan Senarai calon penerima Netbook 1Malaysia

Salam..
Alhamdulillah.. di malam yg sejuk sebab hujan di bumi pekan ni, dapatlah Cikgu Tie meluangkan masa menulis dalam blog kesayangan ini. Sebenarnya Cikgu Tie pun heran.. kenapa lah kerja tu menimpa2 jer di hujung2 tahun ni... penat gak lah rasanya..

    Bermula hari Isnin minggu ni..Cikgu Tie terpaksa menyiapkan senarai nama calon penerima Netbook 1Malaysia. Sebenarnya semua nama2 pelajar tu guru2 Tingkatan dan Penyelaras Tingkatan yang perlu submit kat Cikgu Tie pada pukul 10.00pg hari Jumaat. Tapi ramai gak yang gagal menghantarnya, so tertangguh lah kerja yang perlu disegerakan.
    Dalam kesibukan mengumpul dan menyemak semua nama pelajar..seperti biasa di awal2 pagi lagi, Cikgu Tie perlu menyiapkan relief. Tp.. Time2 tu jugaklah pengetua panggil mesyuarat. Bersama semua GPK dan Ketua Bidang.. mendengar pandangan guru2 atasan tersebut. hurmmm... cakap, memang senang. Mujur GPK HEM cm perasan yang Cikgu Tie mcm mengejar waktu dan membenarkan Cikgu Tie keluar dari meeting tersebut. Mujurlah ada gak yang memahami kan.
Read more »

Thursday, October 7, 2010

Aizat Amdan - SUNGAI LUI (ORIGINAL LIRIK DI SKRIN)

Dah nak tido..tetiba dengar lagu ni di Radio Era.. so, sajer jer lah Cikgu Tie nak letak dalam blog ni.. dan biar semua tahu Cikgu Tie minat sgt melodi lagu ni..

P/s: ditujukan khas pada individu yg sedang meneroka blog Cikgu Tie di kala ini.. Mr EMR...

Read more »

Wednesday, October 6, 2010

Percubaan SPM Pahang dan Peperiksaan PMR 2010

Salam..
      Saat Cikgu Tie dok menaip post ini, ketahuilah semua wahai pembaca blog "Life of Cikgu Tie" ini bahawa Tuan Tanah ini benar2 penat. macam lah ada orang baca pun erk? Tapi takper... Blog ini hanya tempat untuk Cikgu Tie release penat jer. atau dengan kata lain, dok merepek sensorang.
      Rasanya semua cikgu di sekolah2 menengah amat penat pada waktu dan ketika ini. Sama lah juga ngan Cikgu Tie. Teramat penat dan letih dah. Tapi perlu teruskan perjuangan nan suci ini. Mana tidaknya, sebagai team kerja SPM dan PMR di setiap sekolah sedang bergelut dengan peperiksaan. Contohnya, dua minggu lepas... berlansungnya peperiksaan percubaan SPM di sekolah2 negeri Pahang. Manakala cikgu2 PMR memberikan usaha dan tenaga sepenuhnya untuk anak2 didiknya.
       So,  Cikgu Tie pun tak terkecuali untuk menyibukkan diri dalam kedua2 pertarungan. Bersama2 team PMR, Cikgu Tie berjuang bersama Jadual Anjal (yang Cikgu Tie buat utk sekolah) dan dalam masa yang sama mencuri masa pelajar2 SPM di sebelah petang untuk ulangkaji matematik sebelum mereka semua masuk exam. Lepas tu mengajar pelajar2 PMR asrama samada petang atau malam...
       Mesti ramai (bukan guru) ingatkan masa budak2 exam, cikgu2 boleh rileks...tapi x tepat sepenuhnya kan. Hurmmm...Cikgu Tie memang dah penat sangat2.. tambahan pulak baru me'release' Jadual Waktu terbaru sekolah memandangkan terdapat 6 orang cikgu baru yang baru mendaftar. Arghhhhhhhhhhhhh.... tension. Asal awal pagi jer Cikgu Tie memang jarang dapat senyum..sebabnya terpaksa menyiapkan relief bersama kawan yang paling setia.. "Cik Ermie"..thanx a lot sis..sesungguhnya hidupku Kelam tanpamu di sisi. Hahahahaha.. Oh ya.. teringat pasal Cik Ermie, teringat plak yang dia baru upload SOALAN-SOALAN PERCUBAAN SPM NEGERI PAHANG dalam blog dia. So, sesiapa yang berminat dan teringin, bolehlah pergi blog mentor blogger Cikgu Tie ni. Sambil2 tu, leh juga baca entry2 dia yang best!
     Berbalik pada cerita Cikgu Tie plak k...Nak dijadikan cerita, malam tadi umah Cikgu Tie plak black-out sampai pagi. Tak boleh tidur nyenyak. Panas dan nyamuk mengganggu..GGgrrrrrrrrrrr... pastu, kul 2.30 nanti ada LADAP plak. Tak tahulah nak balik pukul berapa. Sesungguhnya Cikgu Tie teramat menantikan hari Jumaat nanti kerana nak balik kampung sangat2 dan bercuti hujung minggu. Maklumlah, Sabtu minggu lepas ada Sekolah ganti dan hari Ahadnya plak, ada Solat Hajat Perdana.
      Ok lah, sampai sini dulu... nak kena attend meeting LADAP plak. bye2 semua...
Love & Faith..Cikgu Tie.
Read more »

Friday, October 1, 2010

Blog... tempat release kepenatan n stress..

Salam semua..
        Kehangatan bahang peperiksaan PMR semakin ketara pada saat ini. Ape tidaknya, hanya beberapa hari sahaja lagi untuk buat persiapan terakhir. Tup2.. hari Selasa minggu depan, calon2 PMR akan berjuang berhabis-habisan. Cikgu2 plak, kompeng dok berdebar dap-dup... dap-dup bila students diaorang dok jawab peperiksaan nanti.

        Sebenarnya Cikgu Tie tak mengajar pun Tingkatan 3, tp nak dijadikan cerita.. keputusan Percubaan PMR baru2 ni meletakkan subjek Matematik yang paling bawah. Begitu juga beberapa subjek lain. Jadi, pihak pentadbiran sekolah mengambil langkah drastik dengan membuat Jadual Anjal PMR. (1 PERIOD = 1 HOUR) dan subjek Matematik dapat 6 jam untuk setiap kelas. Bayangkan ajer lah!
Read more »

Tuesday, September 7, 2010

Watermark menggunakan IrfanView dan Photoshop

Salam semua..
      Ok, pagi2 hari Selasa ni, Cikgu Tie berminat sangat nak share cara2 membuat Watermark. Bukan aper.. untuk keselamatan orang yang selalu berinternet macam Cikgu Tie dan semua. Mula2 sekali, pastikan anda semua "ada" perisian Irfan View. Perisian ni biasanya jadi feberet blogger cam Cikgu Tie. Lepas tu, kalau nak guna Photoshop, mesti ada perisian tu juga.

Read more »

Monday, September 6, 2010

Watermark menggunakan IrfanView dan Photoshop

Salam semua..
     Dah lama Cikgu Tie x berblog. Sibuk sangat ker.. rasa macam xde lah sibuk sangat..hehehe. Tp sibuk ngan adik beradik yang balik beraya sebelum hari raya agaknya. Hurmmm.. maklumlah, tuntutan kerja dan mengikut giliran mertua. Cikgu Tie yang x kawen2 lagi ni x yah pikir banyak!
  
   Ok, dalam kecanggihan internet sekarang ni.. hak cipta, hak milik dan hak peribadi senang sangat diceroboh. Terutama sekali rakan2 yang mempunyai blog ataupun akaun Facebook. Gambar2 dapat di "save" dgn 1) tekan Right Click dan pilih Save image as.. selepas itu disebarkan atau ada yang menyamar menggunakan gambar org lain. Biasanya artis lah yang biasa dieksploitasi.

     Ok, untuk semua yang ada perisian Irfanview, Cikgu Tie akan memasukkan  cara meletakkan watermark dalam beberapa ketika nanti... sebab nak buat persedian "printscreen" user interface terlebih dahulu.. sabar ya!
Read more »

Tuesday, August 31, 2010

Lagu Malaya Tetap Merdeka (1959)




Cikgu Tie sebenarnya terjumpa ajer video ni dalam youtube. Rasanya pernah tengok cerita ni. Tp x berapa ingat. Apa2 pun, cikgu tie nak dedicate lagu ni buat semua Warga Malaysia.. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia..yang ke 53. I Love U Malaysia...
Read more »

Sunday, August 29, 2010

Akhirnya semua sempurna!

Salam semua..
         Dah lama Cikgu Tie tak dapat memberi tumpuan lebih pada blog "Lie of Cikgu Tie" ni. Ada kalanya sempat menjeling ajer. Walaupun sebenarnya hampir setiap hari Cikgu Tie "ada" di alam internet ni. Memang rindu sangat2 nak blogwalking sambil membaca post2 blogger-blogger. Mungkin lepas ini impian akan menjadi kenyataan.. al-maklumlah.. rasa macam dah kurang input utk Cikgu Tie share dengan pelajar2.

        Sebenarnya Cikgu Tie baru sahaja selesai mengisi data responden untuk Portal ICT KPM. Dan ini bukanlah kali pertama Cikgu Tie key-inn data yang diperlukan. Ia melibatkan 62 orang responden dari setiap sekolah. dan bagi kutipan data kali ini, ia telah mula di buka untuk pengisian bermula jam 10 pagi 19 Julai yang lalu dan bakal berakhir pada 30 Ogos yang dah tak berapa lama lagi dah tu. Tapi malangnya Cikgu Tie baru jer siap semua tu. walaupun tarikh luput tak habis lagi tau
                            
Read more »

Wednesday, August 18, 2010

Rabbani - Pergi Tak Kembali


Salam..
Sengaja cikgu tie pilih lagu ini untuk post pada malam ni... sebabnya sekembalinya Cikgu Tie dari solat terawih sebentar tadi cikgu tie dikejutkan dgn berita Pemergian Arwah Mak kawan baik Cikgu Tie iaitu kak Anis Rohaida.

Cikgu tie sebenarnya agak terkilan sebab tidak sempat melawat arwah. Apa2 pun.. arwah seorang ibu yang sangat baik. Maknanya inilah Puasa pertama Cikgu tie di bumi Pekan tanpa dapat merasa opor dan Puding Raja hasil tgn Hajah Cik Munah..(nama yang biasa kami panggil).

Semoga Allah mencucuri rahmatNya kepada Allahyarham... Al-fatihah.
Love & Faith.. Cikgu Tie


Read more »

muzik video LAGENDA BUDAK SETAN

Jom layanz..

Read more »

Tuesday, August 17, 2010

Belajar dari KeSiLaPaN atau Sesal dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tak Berguna

Salam 1 Malaysia
       
       Dah lama Cikgu Tie tidak aktif dalam blog. Rasanya hampir seminggu tidak menjengah. Bukan tak rindu, tetapi banyak kekangan yang memaksa Cikgu Tie untuk tidak mengaktifkan diri. Selain itu, idea pun susah nak datang untuk post sesuatu di sini.

       Memandangkan Bulan Ramadhan dah seminggu dilalui, rasanya belum terlambat untuk Cikgu Tie mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Memang seronok sangat meyambut bulan Ramadhan al-Mubarak ini. Terutama sekali waktu berTerawikh. Selepas tiga kali Ramadhan di bumi Pekan ini, tahun keempat ini barulah Cikgu Tie dapat berterawikh setiap malam di Masjid-masjid sekitar Pekan. Sebelum ini Cikgu Tie jadi Warden Asrama, mana boleh tinggalkan anak2. Maka nekad tahun ni kononnya nak pusing semua surau/ masjid mintak2 lah menjadi kenyataan. hehehe..

Read more »

Sunday, August 8, 2010

Khas buat 5 EKONOMI

Salam anak-anakku..
    Ini yg termampu mak bagi pada anak2 buat masa sekarang.. hope all of u enjoy it..

tahniah pada semua..
Love & Faith.. Cikgu tie
Read more »

Arabic Calligraphy and Lovely Pijuk


Salam 1 Malaysia...
       Alangkah beruntungnya aku pada malam tadi.. dalam asyik berblogwalking dan menjelajah seluruh pelusuk blog (yang mana aku sempat lah).. tanpa kuduga aku telah menemui satu blog yang memang hebat lah..
    
        Mungkin disebabkan aku memang jenis suka membaca, aku terbaca lah entry tuan tanah yang ada dikatakan begini...

  "anyway....ada sapa2 mo mntk wat nama dia dlm versi CONTENG2 ni.....i bebesar hati watkan...."

Read more »

Friday, August 6, 2010

Akademi Al-Quran musim ke-4

Salam semua..


          Akhirnya keputusan "Akademi Al-Quran musim ke-4" telah diumumkan sebentar tadi. Terdapat empat orang finalis berentap membacakan surah Al-Quran. Mereka terdiri daripada Adik Muhammad Ahmad Zahid (15thn), Saudara Husni bin Ali Hassan (25thn) dan dua saudara kandung iaitu Ahmad Tarmizi (25 thn) dan Yahya Ali (23 thn)..


        Rasanya ramai pendengar bacaan Al-Quran pada malam ini berteka-teki siapakah Juara "Akademi Al-Quran musim ke-4" sehinggalah keputusan rasmi dikeluarkan. Hasil keputusan juri yang arif lagi bijaksana, Juara "Akademi Al-Quran musim ke-4" jatuh kepada Ahmad Tarmizi manakala naib juara jatuh kepada adik Muhamad Ahmad Zahid.
  
          Apa-apa pun.. tahniah kepada semua finalist Akademi Al-Quran musim ke-4.

Read more »

Wednesday, August 4, 2010

Tak Pandai Untuk sekadar SINGGAH di mana2 Blog

Salam semua..
         Baru aku perasan sesuatu benda yang aku belum mahir dalam ber"blogwalking". Rupanya amat sukar untuk aku sekadar Singgah di blog yang aku masuk. Macam-macam benda yang aku dapat..tentang peribadi, pantun, cerpen, sejarah, gossip dan macam2 lagi.
        
        Dalam hati tertanya2, macam mana lah blogger boleh menyinggah banyak2 tempat dalam satu malam. Adakah diaorang sekadar singgah and click ajer. Kalau macam tu.. penat lah "tuan tanah" membuat post/entry. Bukan aper, kadang2 post blogger2 ni hebat-hebat dan tak dapat ditemui di tempat lain. Terutama yang share pengalaman sendiri.

         Apa2 pun, aku suka sangat bloqwalking dan mencari info. Sebab aku memang tak reti nak bagi info pada orang. Sekurang-kurangnya, dapat lah buat modal hilangkan ngantuk students aku dalam kelas nanti. Hehehe.. Love & Faith.. Cikgu Tie
Read more »

Tuesday, August 3, 2010

Exam dan Tekanan...

Salam semua..
        Kali ni post aku simple ajer rasanya...mungkin sebab esok pelajar-pelajar aku akan mengambil peperiksaan Pra Percubaan SPM bagi subjek yang aku ajar...Mathematics..Semoga semua pelajar aku mampu menjawab dengan cemerlangnya.
                Rasa-rasanya kali ni aku dah all out ajar para students aku. Dah lah tahun ini merupakan tahun pertama aku mengajar mathematics SPM di sekolah ni. Kalau sebelum2 ni, aku ajar Mathematics PMR ajer. Walaupun adalah sekali sekala terpaksa mengajar kelas tambahan Math Ting 5. 
Read more »

Tuesday, July 20, 2010

Baru.. "Freshies" dan "Otai"

Salam..
         Pada entry kali ini, aku bukan nak mengajar tentang apa erti perkataan "freshies" ataupun "otai". Tp hanya nak berkongsi bahawa terdapat dua individu BARU yang muncul pada hari ini.. So, What's the...


       OK,  mari kita mulakan dengan Freshies dulu. Hari ni ada seorang cikgu baru yang datang melapor diri di sekolahku. Awal2 pagi lagi dah ada soseh-soseh mengatakan ada cikgu baru. Tapi awal2 lagi pula lah aku dapat tahu cikgu tersebut adalah perempuan. Alahhh.... kenapa bukan lelaki?? (gatal lah plak!)




Read more »

Sunday, July 18, 2010

Syoknya BlogWalking..

Salam semua...
Aku masih baru dalam dunia blog ni.. Tapi antara nak cuba dan mencari kenalan, aku buat blogwalking. Yelah, takkan aku nak tunggu orang lain datang kot. Umpamanya aku ni baru masuk kampung Blogger lah. Mesti perkenal diri dulu kan.

Antara percaya atau tidak, aku tertarik dengan kebanyakan blog yang aku terjah! Terutamanya yang memberikan info dan maklumat..baik punyer! Maklumlah, cikgu mesti sentiasa update info dalam kepala ni. Paling best sbb aku akan lepak lama2 kat satu2 blog untuk mencari apa kekuatan blog tersebut.. Disamping mendapatkan ilham sekali!

Bagi aku, blogwalking tak beerti untuk cari kawan i follow u, u follow me semata2. Tapi mencari blog yang boleh memberi impak pada pemikiran dan menambah pengetahuan. Walaupun hanya dari sekeping gambar atau sebaris perkataan. Hurmm.. blog mana nak pergi selepas ini ya??
Read more »

Saturday, July 17, 2010

Terima Kasih AsC Timetable


Tahun 2010 merupakan tahun yang memberi cabaran baru bagi aku kerana memegang jawatan sebagai seorang guru jadual waktu. Bertambah sukar lagi kerana sekolah memberikan aku suatu perisian baru yang mana tidak pernah digunakan oleh Guru Jadual sebelumnya.
Asc Timetable adalah suatu perisian asing bagi aku suatu suatu masa dulu. Berhempas pulas aku mengadap demo dan melihat manual, tak faham juga. Tapi sekarang tidak sesukar dulu, kerana aku telah memahami Fungsi AsC Timetable sepenuhnya. Jika ada masalah, aku segera melihat website http://www.asctimetables.com yang banyak membantu aku. Ada plak kawan satu UUM dulu bernama Yanie yang tolong ajar sbb dia guna perisian yang sama. 10q friend!

Selain itu, terima kasih kepada kawan komplot aku yang sering ada waktu aku menyiapkan sesuatu jadual iaitu kak Ermie dahliajournal.blogspot.com. Sesungguhnya design jadual yang dia cipta memang superb!
Read more »