Tahun 2010 merupakan tahun yang memberi cabaran baru bagi aku kerana memegang jawatan sebagai seorang guru jadual waktu. Bertambah sukar lagi kerana sekolah memberikan aku suatu perisian baru yang mana tidak pernah digunakan oleh Guru Jadual sebelumnya.
Asc Timetable adalah suatu perisian asing bagi aku suatu suatu masa dulu. Berhempas pulas aku mengadap demo dan melihat manual, tak faham juga. Tapi sekarang tidak sesukar dulu, kerana aku telah memahami Fungsi AsC Timetable sepenuhnya. Jika ada masalah, aku segera melihat website http://www.asctimetables.com yang banyak membantu aku. Ada plak kawan satu UUM dulu bernama Yanie yang tolong ajar sbb dia guna perisian yang sama. 10q friend!
Selain itu, terima kasih kepada kawan komplot aku yang sering ada waktu aku menyiapkan sesuatu jadual iaitu kak Ermie dahliajournal.blogspot.com. Sesungguhnya design jadual yang dia cipta memang superb!
2 comments:
Tempat saya pun guna software jugak buat jadual... Maklumalah takut class clash...
En.Wan
Memang Software banyak memberi faedah kepada pengguna.. Kalau Guru dan kelas Sikit, guna Manual pun ok!
Post a Comment