Tuesday, August 31, 2010

Lagu Malaya Tetap Merdeka (1959)




Cikgu Tie sebenarnya terjumpa ajer video ni dalam youtube. Rasanya pernah tengok cerita ni. Tp x berapa ingat. Apa2 pun, cikgu tie nak dedicate lagu ni buat semua Warga Malaysia.. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia..yang ke 53. I Love U Malaysia...
Read more »

Sunday, August 29, 2010

Akhirnya semua sempurna!

Salam semua..
         Dah lama Cikgu Tie tak dapat memberi tumpuan lebih pada blog "Lie of Cikgu Tie" ni. Ada kalanya sempat menjeling ajer. Walaupun sebenarnya hampir setiap hari Cikgu Tie "ada" di alam internet ni. Memang rindu sangat2 nak blogwalking sambil membaca post2 blogger-blogger. Mungkin lepas ini impian akan menjadi kenyataan.. al-maklumlah.. rasa macam dah kurang input utk Cikgu Tie share dengan pelajar2.

        Sebenarnya Cikgu Tie baru sahaja selesai mengisi data responden untuk Portal ICT KPM. Dan ini bukanlah kali pertama Cikgu Tie key-inn data yang diperlukan. Ia melibatkan 62 orang responden dari setiap sekolah. dan bagi kutipan data kali ini, ia telah mula di buka untuk pengisian bermula jam 10 pagi 19 Julai yang lalu dan bakal berakhir pada 30 Ogos yang dah tak berapa lama lagi dah tu. Tapi malangnya Cikgu Tie baru jer siap semua tu. walaupun tarikh luput tak habis lagi tau
                            
Read more »

Wednesday, August 18, 2010

Rabbani - Pergi Tak Kembali


Salam..
Sengaja cikgu tie pilih lagu ini untuk post pada malam ni... sebabnya sekembalinya Cikgu Tie dari solat terawih sebentar tadi cikgu tie dikejutkan dgn berita Pemergian Arwah Mak kawan baik Cikgu Tie iaitu kak Anis Rohaida.

Cikgu tie sebenarnya agak terkilan sebab tidak sempat melawat arwah. Apa2 pun.. arwah seorang ibu yang sangat baik. Maknanya inilah Puasa pertama Cikgu tie di bumi Pekan tanpa dapat merasa opor dan Puding Raja hasil tgn Hajah Cik Munah..(nama yang biasa kami panggil).

Semoga Allah mencucuri rahmatNya kepada Allahyarham... Al-fatihah.
Love & Faith.. Cikgu Tie


Read more »

muzik video LAGENDA BUDAK SETAN

Jom layanz..

Read more »

Tuesday, August 17, 2010

Belajar dari KeSiLaPaN atau Sesal dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tak Berguna

Salam 1 Malaysia
       
       Dah lama Cikgu Tie tidak aktif dalam blog. Rasanya hampir seminggu tidak menjengah. Bukan tak rindu, tetapi banyak kekangan yang memaksa Cikgu Tie untuk tidak mengaktifkan diri. Selain itu, idea pun susah nak datang untuk post sesuatu di sini.

       Memandangkan Bulan Ramadhan dah seminggu dilalui, rasanya belum terlambat untuk Cikgu Tie mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Memang seronok sangat meyambut bulan Ramadhan al-Mubarak ini. Terutama sekali waktu berTerawikh. Selepas tiga kali Ramadhan di bumi Pekan ini, tahun keempat ini barulah Cikgu Tie dapat berterawikh setiap malam di Masjid-masjid sekitar Pekan. Sebelum ini Cikgu Tie jadi Warden Asrama, mana boleh tinggalkan anak2. Maka nekad tahun ni kononnya nak pusing semua surau/ masjid mintak2 lah menjadi kenyataan. hehehe..

Read more »

Sunday, August 8, 2010

Khas buat 5 EKONOMI

Salam anak-anakku..
    Ini yg termampu mak bagi pada anak2 buat masa sekarang.. hope all of u enjoy it..

tahniah pada semua..
Love & Faith.. Cikgu tie
Read more »

Arabic Calligraphy and Lovely Pijuk


Salam 1 Malaysia...
       Alangkah beruntungnya aku pada malam tadi.. dalam asyik berblogwalking dan menjelajah seluruh pelusuk blog (yang mana aku sempat lah).. tanpa kuduga aku telah menemui satu blog yang memang hebat lah..
    
        Mungkin disebabkan aku memang jenis suka membaca, aku terbaca lah entry tuan tanah yang ada dikatakan begini...

  "anyway....ada sapa2 mo mntk wat nama dia dlm versi CONTENG2 ni.....i bebesar hati watkan...."

Read more »

Friday, August 6, 2010

Akademi Al-Quran musim ke-4

Salam semua..


          Akhirnya keputusan "Akademi Al-Quran musim ke-4" telah diumumkan sebentar tadi. Terdapat empat orang finalis berentap membacakan surah Al-Quran. Mereka terdiri daripada Adik Muhammad Ahmad Zahid (15thn), Saudara Husni bin Ali Hassan (25thn) dan dua saudara kandung iaitu Ahmad Tarmizi (25 thn) dan Yahya Ali (23 thn)..


        Rasanya ramai pendengar bacaan Al-Quran pada malam ini berteka-teki siapakah Juara "Akademi Al-Quran musim ke-4" sehinggalah keputusan rasmi dikeluarkan. Hasil keputusan juri yang arif lagi bijaksana, Juara "Akademi Al-Quran musim ke-4" jatuh kepada Ahmad Tarmizi manakala naib juara jatuh kepada adik Muhamad Ahmad Zahid.
  
          Apa-apa pun.. tahniah kepada semua finalist Akademi Al-Quran musim ke-4.

Read more »

Wednesday, August 4, 2010

Tak Pandai Untuk sekadar SINGGAH di mana2 Blog

Salam semua..
         Baru aku perasan sesuatu benda yang aku belum mahir dalam ber"blogwalking". Rupanya amat sukar untuk aku sekadar Singgah di blog yang aku masuk. Macam-macam benda yang aku dapat..tentang peribadi, pantun, cerpen, sejarah, gossip dan macam2 lagi.
        
        Dalam hati tertanya2, macam mana lah blogger boleh menyinggah banyak2 tempat dalam satu malam. Adakah diaorang sekadar singgah and click ajer. Kalau macam tu.. penat lah "tuan tanah" membuat post/entry. Bukan aper, kadang2 post blogger2 ni hebat-hebat dan tak dapat ditemui di tempat lain. Terutama yang share pengalaman sendiri.

         Apa2 pun, aku suka sangat bloqwalking dan mencari info. Sebab aku memang tak reti nak bagi info pada orang. Sekurang-kurangnya, dapat lah buat modal hilangkan ngantuk students aku dalam kelas nanti. Hehehe.. Love & Faith.. Cikgu Tie
Read more »

Tuesday, August 3, 2010

Exam dan Tekanan...

Salam semua..
        Kali ni post aku simple ajer rasanya...mungkin sebab esok pelajar-pelajar aku akan mengambil peperiksaan Pra Percubaan SPM bagi subjek yang aku ajar...Mathematics..Semoga semua pelajar aku mampu menjawab dengan cemerlangnya.
                Rasa-rasanya kali ni aku dah all out ajar para students aku. Dah lah tahun ini merupakan tahun pertama aku mengajar mathematics SPM di sekolah ni. Kalau sebelum2 ni, aku ajar Mathematics PMR ajer. Walaupun adalah sekali sekala terpaksa mengajar kelas tambahan Math Ting 5. 
Read more »