Kali ni post aku simple ajer rasanya...mungkin sebab esok pelajar-pelajar aku akan mengambil peperiksaan Pra Percubaan SPM bagi subjek yang aku ajar...Mathematics..Semoga semua pelajar aku mampu menjawab dengan cemerlangnya.
Rasa-rasanya kali ni aku dah all out ajar para students aku. Dah lah tahun ini merupakan tahun pertama aku mengajar mathematics SPM di sekolah ni. Kalau sebelum2 ni, aku ajar Mathematics PMR ajer. Walaupun adalah sekali sekala terpaksa mengajar kelas tambahan Math Ting 5.
Tahun ini memang agak mencabar lah.. mujur pernah juga mengajar students form 5 masa aku GSTT dulu. Inilah namanya belajar melalui pengalaman. Kalau dulu aku ajar asal dapat duit jer, sekarang aku mengajar demi anak bangsa dan kepuasan diri dengan niat hanya kerana Allah s.w.t. Tapi mujur juga aku dapat kelas tengah2 (5 Ekonomi)Tak ader lah seksa sangat nak berjuang. Walaupun asalnya aku dapat satu lagi kelas iaitu kelas paling corot (5 Seni). Tapi kelas 5 Seni terpaksa digugurkan dari jadual aku. Aku pun tak tahu kenapa. Kelas 5 Seni majoriti students yang aku pernah ajar masa diaorang ambil PMR. Senang aku nak baca kelebihan dan kelemahan diaorang. Memang frust bila pihak pentadbiran tarik kelas tu dari aku.
Al-kisahnya, masa aku mula2 dapat kelas ni iaitu 5 Ekonomi aku rasa syok sangat lah. Maklumlah setiap tahun dapat kelas corot ajer. hehehe..(tp kelas corot pun, ada juga yang dapat A dlm PMR ya!) Oh ya.. berbalik pada pelajar tingkatan 5 Ekonomi tadi.. sebenarnya Ikhlas cakap lah, aku gugup giler masa first time masuk kelas ni. Aku bayangkan semua mereka akan memandang rendah pada aku yang rendah ni sebab aku rasa diaorang semua terror math. Nak dijadikan cerita, rupa2 nya.. hanya dua orang sahaja yang lulus math masa exam akhir tahun Form 4. Alamak... rupa2nya teknik mengajar kelas corot masih kena guna juga lah.
Majoriti pelajar kelas ni aku tak kenal sangat. Terpaksalah aku check kad 001 dan data SMM diaorang untuk aku kaji sikap dan kelebihan dan kelemahan diaorang. Contohnya family's background dan profile murid. Lama kelamaan, aku semakin kenal mereka ni. Betullah kata pepatah, "tak kenal maka tak cinta"
Aku dah mengamalkan semua teori dan kaedah pedagogi nak tarik diaorang belajar math. teringat lagi pada minggu pertama diaorang ada program motivasi dengan kaunselor. Dengan selamba badak jer diaorang cakap Math adalah subjek paling susah dan paling tak suka. Huhhhh.. mencabar iman betul.. tapi tak boleh salahkan diaorang. Itu pendapat dia.
Agak sukar juga lah pada mulanya untuk tarik minat diaorang semua ni. Nak dijadikan cerita, Ujian Mac berlangsung dengan memasukkan beberapa silibus tingkatan 5 sahaja. Alhamdulillah.. ada yang dapat A lagi tu dan hanya beberapa orang sahaja yang gagal. Masa ni aku tengok gelombang semangat mulai muncul dalam diri mereka.. so aku push kan sebijak mungkin agar semangat itu tak hilang.
Namun nak dijadikan cerita, ujian pertengahan tahun baru2 ni.. hanya 18 orang sahaja yang lulus daripada 38 orang calon. Aku marking agak "kedekut" skit dan dalam sepuluh orang yang markah antara 37-39 tu aku buat tak tahu ajer walaupun ketua panitia cakap cari markah lagi agar boleh tolong luluskan. Tapi kenapa aku sampai nak tolong?? Betul tak? diaorang yang patut tolong diri sendiri. Belajar kasi lebih skit.
Dalam keghairahan nak exam paper aku esok, aku sebenarnya bimbang dengan sorang pelajar ni. Dalam masa terdekat ni aku terasa nak marah sangat dengan dia. Rasa2nya hati aku terguris paling dalam kot. Sehinggakan aku nak tengok muka dia pun tak boleh. Hangin yang teramat sangat. Padahal dia ni antara pelajar baik dalam kelas 5 Ekonomi. Hopefully dia boleh jawab dengan tenang pada hari esok..dan Aku cuba menghilangkan rasa sakit nak marah aku ni. Maklumlah, kalau cikgu tak redha ilmu, tak ke mana juga pelajar tu.
Apa-apa pun.. Good Luck untuk semua pelajar kesayangan aku untuk exam ni. Cikgu Tie tak sabar nak tengok keputusan peperiksaan ini esok. Semoga semuanya dapat menjawab dengan tenang dan tepat... InsyaAllah..
0 comments:
Post a Comment