Salam semua..
Dah lama Cikgu Tie tak dapat memberi tumpuan lebih pada blog "Lie of Cikgu Tie" ni. Ada kalanya sempat menjeling ajer. Walaupun sebenarnya hampir setiap hari Cikgu Tie "ada" di alam internet ni. Memang rindu sangat2 nak blogwalking sambil membaca post2 blogger-blogger. Mungkin lepas ini impian akan menjadi kenyataan.. al-maklumlah.. rasa macam dah kurang input utk Cikgu Tie share dengan pelajar2.
Sebenarnya Cikgu Tie baru sahaja selesai mengisi data responden untuk Portal ICT KPM. Dan ini bukanlah kali pertama Cikgu Tie key-inn data yang diperlukan. Ia melibatkan 62 orang responden dari setiap sekolah. dan bagi kutipan data kali ini, ia telah mula di buka untuk pengisian bermula jam 10 pagi 19 Julai yang lalu dan bakal berakhir pada 30 Ogos yang dah tak berapa lama lagi dah tu. Tapi malangnya Cikgu Tie baru jer siap semua tu. walaupun tarikh luput tak habis lagi tau
Yang sebenarnya,Cikgu Tie yang bersalah kerana terlalu berlengah2 dalam menyiapkan tugasan kali ini. Walaupun PKG dah awal2 bagi briefing kat semua Penyelaras Bestari / Penyelaras ICT setiap sekolah sebelum puasa pun lagi. Tapi rasanya semua guru yang bertanggungjawab menyiapkan tugasan ini pun tahu bahawa pengisian data SSQS (System Smart School Qualification Standard) ini agak sukar berbanding SPPICTS (Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah). Hal ini kerana SSQS perlu melibatkan kerjasama seramai 62 orang yang lain.
Bila dah melibatkan ramai orang maka banyaklah prosedurnya. Dari mencetak borang responden, memilih "mangsa" untuk mengisi data dan pengisian semula data secara online oleh Cikgu Tie sorang2. Tapi Alhamdulillah, tahun ni paling best sebab ada seorang guru di sekolah Cikgu Tie sanggup menolong mengisi data responden dan memudahkan kerja Cikgu Tie. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal lah jawabnya. Terima Kasih banyak2 ya Cikgu. Jasamu Dikenang!
Walau apapun... Alhamdulillah semuanya sempurna. Kerja Cikgu Tie berjaya diselesaikan pada waktunya. Minta maaf banyak2 kepada PKG Pekan (Encik Rozman) kerana terpaksa Telefon Cikgu Tie untuk mengingatkan tentang due date pengisian data. hehehe..
Moral of the Story: Jangan tangguhkan kerja! macam selalu nasihat pelajar2 k
Sekian... Love & Faith: Cikgu Tie
2 comments:
saya pernah buat kerja ni
memang sedikit sukar bila kerja melibatkan orang lain
sekarang tugasan ini telah diserehkan kepada cikgu lain, saya hanya tumpukan kepada EMiS dan Peperiksaan sahaja
Tehr:
Memang sukar kan kalau melibatkan org...
tapi berkat kesabaran.. Alhamdulillah, semuanya settle..
tp.. EMiS pun pening jugak.. plus exam!
Chaiyok2 Tehr
Post a Comment