Tuesday, August 17, 2010

Belajar dari KeSiLaPaN atau Sesal dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tak Berguna

Salam 1 Malaysia
       
       Dah lama Cikgu Tie tidak aktif dalam blog. Rasanya hampir seminggu tidak menjengah. Bukan tak rindu, tetapi banyak kekangan yang memaksa Cikgu Tie untuk tidak mengaktifkan diri. Selain itu, idea pun susah nak datang untuk post sesuatu di sini.

       Memandangkan Bulan Ramadhan dah seminggu dilalui, rasanya belum terlambat untuk Cikgu Tie mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Memang seronok sangat meyambut bulan Ramadhan al-Mubarak ini. Terutama sekali waktu berTerawikh. Selepas tiga kali Ramadhan di bumi Pekan ini, tahun keempat ini barulah Cikgu Tie dapat berterawikh setiap malam di Masjid-masjid sekitar Pekan. Sebelum ini Cikgu Tie jadi Warden Asrama, mana boleh tinggalkan anak2. Maka nekad tahun ni kononnya nak pusing semua surau/ masjid mintak2 lah menjadi kenyataan. hehehe..


hehehe.. puasa, jangan tak puasa.


        Walaupun bulan puasa, masih ramai lagi yang tidak menghayati bulan yang mulia ini. Contohnya kejadian pembuangan bayi yang semakin meningkat. Sehingga memaksa pihak kerajaan mengambil tindakan tegas menanggani kebejatan sosial tersebut. Teringat kata2 Abah semasa pulang ke kampung minggu lepas..

 "Manusia sekarang semakin teruk dari zaman jahiliah. Dulu yang dibunuh hanya anak perempuan, tapi sekarang sudah tak pilih jantina". 
  
Kenapalah hendak dibuang bayi2 yang tidak berdosa itu walaupun "cara" yang dilakukan adalah secara haram. Cikgu Tie yang tak pernah kahwin ni pun teringin juga nak jaga bayi. Kalau ada duit banyak, rasa macam nak kumpul semua baby tersebut dah didik diaorang semua sebaik mungkin.

       Selain masalah pembuangan bayi, masalah yang biasa kita hadapi di bulan yang Mulia ini ialah ramai juga lah yang ponteng atau tidak berpuasa. Itu belum dikira lagi yang hanya berpuasa, tetapi mengumpat atau tidak solat 5 waktu seperti diwajibkan. Mungkin hanya solat hari raya je kot!   Agaknya diaorang masih tidak mendalami Rukun Islam kot. Haa.. biar Cikgu Tie listkan semuanya.



             Rukun Islam ada lima (5) perkara   :          
                                                                         




           (1) Mengucap dua kalimah syahadah            




           (2) Sembahyang lima waktu                        




           (3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan




           (4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)      


           (5) Menunaikan zakat                                

         Sedar atau tidak, semua insan di dunia ini pernah melakukan kesilapan. Contohnya seperti di atas.. buang bayi atau ponteng puasa. Andai kata tertangkap atau disabitkan bersalah, kesilapan mereka akan diingat sampai mati oleh orang2 sekeliling. Betul tak? Contoh paling senang akibat kesilapan mencuri. Andai berlaku sebarang kecurian pada waktu yang lain, sudah pasti insan2 yang pernah didapati bersalah akan menjadi suspek utama.

       Hal yang sama berlaku di sekolah Cikgu Tie pada penghujung minggu lepas. Pelajar ni pernah melakukan kesilapan di usia mudanya. Dan dia pun mengakuinya. Tahun silih berganti dan tanpa ribut atau angin sepoi bahasa, kes pelajar terbabit disebut semula. Ishh.. geram juga Cikgu Tie dengan peristiwa tersebut. Tak serik2 lagi ke budak ni?? 

       Namun kali ni, Cikgu Tie lebih cool mengendalikan kes kali ini. Mungkin Cikgu Tie dah semakin matang dan masak dengan perangai pelajar kot. Yang menjadikan Cikgu Tie terpaksa masuk campur dalam kes kali ni adalah sebab pelajar tersebut hanya nak "bercakap" dengan Cikgu Tie sahaja. So, nak tak nak Cikgu Tie mesti bertanggungjawab. Terkejut juga bila guru kaunseling telefon Cikgu Tie untuk serah pelajar tersebut. Biasanya Cikgu Tie yang serah pelajar kepada kaunseling.

       Bila diberi peluang "bercakap",  pelajar tersebut meluahkan semua yang terbuku di dalam hatinya. Cikgu Tie hanya mendengar dengan penuh penghayatan sambil berfikir. Mana tidaknya, pelajar tersebut mengatakan rentetan dari kejadian yang pernah dibuat beberapa tahun yang sudah, dia tidak habis2 dicop sebagai ******. Sewaktu dalam kelas, keluar ke bandar, naik bas dan dalam facebook pun dia masih dilabel sebgai ******. Hurmmm... mungkin Cikgu Tie terlepas pandang semua tu. Yang nampak, dia semakin berubah menjadi baik dan Sudah Belajar Dari Kesilapan. Keputusan peperiksaan pun dah semakin baik.

        Semakin mendalami jiwa pelajar tersebut Cikgu Tie mula mengerti yang pelajar tersebut merasakan "Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tak berguna" kerana berulang kali dia mengatakan dia tak mahu buat benda yang telah ditinggalkan bertahun sudah, tetapi kalau begini jadinya.. mungkin dia akan jadi seperti yang semua sering labelkan. Walaupun dia cuba berubah, namun perubahannya hanya sia2 belaka. Malah mungkin tidak sedikit pun dipertimbangkan atau diendah oleh orang2 sekeliling. Sekali bersalah, selamanya salah.

        Cikgu Tie rasa perkara sebegini bukan sahaja berlaku pada pelajar Cikgu Tie ini sahaja. Tetapi berlaku secara meluas di luar sana. Dalam diri setiap individu yang pernah berbuat salah akan memegang kata2 "Belajar dari kesilapan" tetapi kita yang tidak bersalah kononnya akan menganggap mereka sentiasa bersalah. Seolah kekesalan dan pembetulan diri pesalah sudah tidak berguna lagi. Sedarkah kita bahawa semua "pesalah" tersebut mengalami masalah jiwa akibat rasa bersalah yang begitu dahsyat. Setakat manakah jiwa "pesalah2" tersebut mampu menanggung bebanan perasaan yang dialami dan ditanggung.

      Buat semua yang membaca entry ini, sama2 lah kita renungkan diri dan menginsafinya. tidak mahu mengatakan siapa yang salah dan siapa yang benar. Hanya Allah yang mengetahui semua isi hati setiap hambanya. Cikgu Tie hanya hamba Allah yang lemah.


Sekian sahaja. Love & Faith.. Cikgu Tie

0 comments: