Wednesday, December 10, 2014

Kepala Kusut (Asigment ohhh exam)

Assalamulaikum..

Wah!! Dalam bertarung membuat assignment yang ada tinggal dua buah jer lagi ni, sempat jugak CT menaip blog. Hahahaha... harap rakan-rakan dalam kumpulanku tidak tahu akan kenakalanku menaip dan update blog ni. Nak buat cam mane, idea tak dataang. mengkaji pula pasal model perancangan kewangan. Nak mencari pun susah, dah dapat... nak fahamkan bahasa-bahasa kewangan terutama istilahnya ditambah dalam bahasa Inggeris. Huhuhu memang nasib ler. Ia tidak sesenang membaca novel atau komik bahasa Inggeris.

Cuti sekolah ni, tak dapat merasa nikmatnya lagi. Tak pelah. Ada 11 hari je lagi untuk menamatkan semester terakhir ini sebelum menduduki peperiksaan comprehensif hujung bulan Januari nanti. Pejam celik... pejam celik.. berlalu jua masa kan. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang diperolehi dalam perjalanan dua tahun ini.

Ok lah... nak menyambung buat asigment. Doakan CT dapat siapkan assigment, (ditemani radio Sinar Malam), dapat jawab exam pada 20 dan 21 Disember nanti dan dapat Skor result yang cemerlang A+++ yer. Hehehe... Jom terus berjuang!!!!


Love & Faith
(Cikgu Tie)

0 comments: