Tuesday, September 7, 2010

Watermark menggunakan IrfanView dan Photoshop

Salam semua..
      Ok, pagi2 hari Selasa ni, Cikgu Tie berminat sangat nak share cara2 membuat Watermark. Bukan aper.. untuk keselamatan orang yang selalu berinternet macam Cikgu Tie dan semua. Mula2 sekali, pastikan anda semua "ada" perisian Irfan View. Perisian ni biasanya jadi feberet blogger cam Cikgu Tie. Lepas tu, kalau nak guna Photoshop, mesti ada perisian tu juga.



1. IrfanView
Bila dah ada perisian IrfanView, Klik Open dan select gambar mana yang kita nak.


Kemudian, "drag" tetikus pada tempat yang anda nak letak Watermark anda. Mengikut citarasa anda. 
1) Horizontal: Melintang yang senang dibaca dan dibuat. (digalakkan pilih cara ni dulu ya)
2)Vertical: kalau berminat stail cmni, pastikan anda drag tetikus tu muat2 untuk satu huruf jer, dan memanjang ke bawah. (tak digalakkan kalau anda baru jer nak belajar watermark)



Bila dah Drag, klik pada menu Edit. Menu pilihan akan keluar, jadi pilih lah "Insert Text into selection". So, Pop Up menu cam di bawah akan muncul.


Ok, di sini Cikgu Tie dah buat list 1-5 aper yang perlu dibuat.
1) Taip di ruangan putih tu sumber foto anda.. contohnya www.facebook.com/rozectlyantie
2) Klik pada "Append Copyright" automatik simbol "C" akan muncul menandakan ia adalah copyright dari tempat itu.
3) Klik pada "Text is Transparent" (dicadangkan). Kalau guna Background colour, ia x ubah seperti kita gunakan Perisian "PAINT" masa kita zaman budak2 dulu. 
4) Untuk Text Allignment, pilihlah antara 3 tu..yang mana berkenan
5)Klik "Choose Font". Pop Up menu seperti dibawah kan muncul.

Di sini, anda boleh lah memilih Font, Font Style dan Size. Pada "effects" anda boleh memilih Strikecut atau Underline. Contoh, anda boleh tengok pada ruangan "sample". Colour pun sesuka hati lah nak pilih warna aper. Tak pilih color pun boleh..automatik color putih. Apabila dah siap, klik "OK". Then u ols bolehlah tengok hasilnya...

hehehe.. 







2. PHOTOSHOP
Sekarang ni, kita tgk plak pada Photoshop. Tp malangnya, Laptop ku ini x install lagi Photoshop selepas "corrupt" tempoh hari. So, Kalau sesiapa yang nak belajar tu, Cikgu Tie hanya leh ajar tanpa PrintScreen Interface. 
1) Open Photoshop (contohnya CS3)
2) Open File (Picture)
3) Klik pada "T" iaitu Text. Di panel sebelah kiri.
4) Drag ke tempat yang anda rasakan sesuai.
5) Ubah "Font Size" di panel atas menjadi Saiz yang lebih besar. "Font" n "Font Color" pun boleh diubah
6) Taip lah tajuk Watermark anda. (hehe..Macam nak insert text pada Photoshop ajer)
7) Klik pada Menu Layer > Layer Style >> Outer Glow
8) Pop up Menu akan keluar. Ubah pada Opacity. (Perubahan memang boleh dilihat terus). Bila dah setuju tu, klik Ok atau Done.
9) Klik pada Layer Text yang baru dibuat tadi di panel sebelah kiri (Sepatutnya ada 2 layer ajer.. background dan Text)
10) Change Peratus Opacity disitu.. 
11) Selamat mencuba! Ini berdasarkan steps yang Cikgu Tie ajar pada Students form 2 dalam kelas ICTL minggu lepas... dan sorang student PRO-PS 5K3 semalam..hehehe good job zhd

P/s: Kalau ada masalah atau cadangan lain, sila tinggalkan komen ya!
Love & Faith : Cikgu Tie

2 comments:

Anonymous said...

Prеttу nіce ρost.
I simply stumbled upon уοur blog
and wanteԁ to sау that I have truly enϳoуеd browsіng уοur blοg
posts. In аny case I'll be subscribing in your rss feed and I hope you write again very soon!

My weblog: short term loans

Anonymous said...

I κnοw this web page ρroviԁes qualitу depending articles οr геνiews аnd additіonal ԁatа, is
thегe any other websіte which
offerѕ these stuff in quality?

my web blog payday loans