Hari ni Cikgu Tie (CT) just nak sharing or giving opinion jer. Sajer jer lah kan.. Satu Malaysia dah kecoh dah dengan kehilangan gadis comel Rozaliya Mat Lazim pada minggu lepas. Mana taknya, gambar siap jadi cover besar suatu akhbar. Dan yang paling best, siap technician kat sek CT beli akhbar hari tu. Apa2 pun terima kasih kat Adik Joe. Boleh gak CT membacanya!
gambar ni dari utusan online
Pagi tadi plak, kecoh lah dengan penemuan awek cun ni di Bukit Bintang. Dalam bilik guru kecoh ajer. bak kata cikgu Zohari, radio ketapang baru dapat berita..Radio teluk dah dapat lama. Hehehe..hanya yang ada dalam bilik guru kami jer yang boleh faham. Tapi kes Rozaliya ni, masing2 berhak bagi pendapat masing2. Rasanya kat mana2 pun orang2 normal x lepas dari membicarakan hal awek cun ni. Huhuhu.. Tapi CT teringin sangat nak tanya.. Seronokkah membuat orang lain susah? Terutama sekali mak ayah yang dok bimbangkan kita.. dan lebih2 lagi pada tunang dia yang rata2 menuduhnya menyorok Rozaliya.
Tapi.. itulah hakikat hidup ini. Lari ke mana pun, ada jer masalah camni akan berlaku. Samada pentingkan diri sendiri atau untuk menyusahkan hidup orang lain...sama-samalah kita fikir. Kat sekolahku yang kecil dengan bilangan pelajar hanya lebih kurang 1311orang pelajar dan 109 orang guru pun sama je. Ada saje manusia jenis macam tu.
CT agak bengang dengan kerja yg baru dapat petang Rabu lalu. Alkisahnya, form 6 nak ubah jadual lagi. Padahal hari Selasa tu baru jer CT siapkan jadual untuk penambahan guru sejarah untuk Form 5. Aduuhhh..Yang paling x tahan tu, akak ni sama lah yang kak Dahlia cerita dlm blog dia. Kalau sudi baca, klik lah pada nama kakak itu ya. Masih terngiang2 lagi suara dia dok mengadu dengan GPK pentadbiran yang "Saya x nak bekerjasama dengan dia lagi...kurang ajar budak tu".. dah tu, what are you doing now, sis? Yang pastinya, marah macam mana pun, CT tetap kena siapkan jadual dia tu sebelum kul 10.00 pagi Jumaat esok. Dah lah bagi allocation yang salah.. bagi hari ni, nak siap esok. Ingat CT ni aper agaknya?? Sis Dahlia plak not around. Agaknya dia pun tak tahu pasal benda ni semua. Teringin sangat CT pun nak tanya pada KAKAK tu..Seronokkah menyusahkan orang lain??
Satu lagi.. haa.. ni citer personal skit. Tentang adik comel yang agak memeningkan kepala. Tp, sebenarnya kesian gak kat dia ni. CT hanya boleh consult without any falling heart..hehee.. mampukah aku?? Alkisahnya, dia dah janji nak datang menjenguk kakak dia ni. Maybe ada miss communicate kat mana2 ntah. Punyalah CT menunggu. tak kunjung tiba. Ada gak hantar sms sekali..tapi tak berbalas.. CT pun malas nak pikir panjang. Walaupun dalam hati dah bimbang.. adakah berlaku apa2 semasa dalam perjalanan. Dah tukar sim.. tapi tak dapat aper2 khabar. Huhhuhu.. lepas telan ubat, CT tertido. Still xde khabar berita. Pening kepala dan demam semakin menjadi2. Tapi masih sempat menengok CHINTA dan ending Siti Kelembai. hahaha..geram gak CT nak tanya dia..Seronokkah untuk melihat orang lain susah?? Macam Si Tarang (catt farish) yang banyak menyusahkan hidup ketururnan kelembai tu. Opss.. rupanya2 CT jer yang x alert dgn kenyataan dia yang dia kena siapkan kerja utk suatu program negeri yang akan berlangsung hari jumaat-ahad nanti. Teruskan usaha anda wahai adik comel.
Rasanya dah jauh sgt dah melayan perasaan ni.. so CT berhenti lah sampai di sini. Nantikan tak siap plak kerjanya.. hehehe..Sory kalau ada pihak yang terluka. LOve & Faith.. Cikgu Tie
0 comments:
Post a Comment