Tuesday, November 2, 2010

Ke Kiri atau Ke Kanan..langkah tetap sumbang (Mujur ada blogger.com)

Salam..
     Pepagi lagi CT dah nak mengarut. Bukan aper..sekadar meluahkan apa yang terbuku dalam hati dan bermain dalam fikiran. Nama pun "Life of Cikgu Tie". So, takkan semua nak bercerita tentang kerja sebagai seorang "CIKGU" kan..! Nak jugak bercerita sebagai seorang "TIE" hurmmmm.. Kali ni dok memikir Ke Kiri atau Ke kanan..langkah tetap sumbang.. cam gambar kat bawah ni..tengok kiri, tengok kanan..barulah melintas. Tapi masa melintas tu, betul2 ke kita selamat??


    Sebenarnya benda yang ada dalam hati, adakalanya tak sama dengan yang ada dalam fikiran. Sebab itulah kecelaruan sentiasa wujud. Dan kesudahannya..apa yang terlafaz pula tidak sehaluan dengan keputusan hati dan akal. Ada masa, akal yang menang. Ada masa, hati plak menang. Tapi ada masa akal dan hati kita tak menang langsung, tapi orang lain yang menang. huhuhu..Tapi tak apa lah... kita pun sedar, "juara tak semestinya menang dan mengalah itu tak beerti kita gagal" 

     Ada masa, kita hanya ikut jer peredaran dan ketentuan. Bak kata orang2 tua "Just Follow the Flow" hehehe.. Tapi, kalau dok mengikut jer..dan sampai ke sudah apa yang kita nak tu tak dapat, camner plak erk? Aduhhh.. pening juga nak fikir kan. Nak ke kiri, tak boleh. Nak ke Kanan, boleh ker? 

      Tengoklah gambar hiasan kat atas tu, beban yang di bawa memang sah2 dah banyak. Pastu kena fokus betul2. huhuhu..ala2 nak test lesen motosikal tu. Kalau terjatuh ke kanan, sah2 basah atau tenggelam. Kalau jatuh ke kanan, rasanya motosikal dan buah durian tu jatuh ke mana?
      Mujur gak ada blog ni. Bosan dan stress leh lepas ngan bloqwalking. Dok hai sana..hai sini.. tup2 mengantuk dan boleh tidur jer. Walaupun tak lena sangat. Sekurang-kurangnya kita tak ganggu atau kacau hidup orang lain. Rasanya tak ada lagilah blogger yang "menjerit" pada Shoutmix bloq CT sebab pergi tinggalkan jejak atau klik2 nuff yang ada. Kalau ada yang buat cam tu, huhhh..siaplah blogger tu kot! hahahaha.. Rakan blogger.. X kenal pun...tapi selalu menziarahi. Majoritinya..teramat sibuk dengan kerja/belajar, tapi tak pernah abai rakan2 dalam blog. Dan sering membuat entry untuk tatapan dan bacaan rakan2 maya mereka. hurmmm... sungguh berbeza dengan alam nyata.Tq So much buat orang yang create blogger.com ni. Setakat ni CT tak pernah pening lagi menumpang dalam dunia "blogspot" ini. Hehehe..
  
Ok lah.. sampai sini sahajalah CT dok mengarut di pagi2 hari ni. Huhuhu.. miss u adik! ahaakss..
----- Love & Faith: Cikgu Tie -----

2 comments:

THE GREEN said...

Salam..

saya just blogwalking..baru tahu pasal blog ni..

blogwalking ni sbnrnya x la bosan sgt..bila tgk blog org lain, at least dpt tgk idea2 yg ditulis tu n apa yg menarik yg dipost oleh penulis blog tu...

Anyway kalau ada masa, silalah menjelajah ke blog saya.

regards,
BLADE EDGE

RozectLyantie said...

wslm..
setuju sgt tu..
BW leh memberi manfaat dan ilmu2 baru.
pastu..leh jumpa kawan2 baru yang bykkkkk idea!

thanks for coming... nnt sy jelajag tanah awk plak