Thursday, December 2, 2010

Bila Pelajar Jatuh Cinta

Salam..
    Di saat Cikgu Tie dok menaip entry kali ni, CT sebenarnya tersenyum2 sensorang. Alkisahnya... tadi dok melayan sorang my ex-student chatt dalam fb. Dah lama tak jumpa dia ni.. CT namakan dia F jer. Awal2 intro lagi dah panggil "Sayang". Mujur lah CT ni dah terbiasa sangat ngan panggilan camtu. Tak rasa apa2 pun masa intro tu. So, sebagai cikgu dia..CT pun menegur dengan hemah sorang cikgu. Tup2 dia tanya, "Cikgu dah kawen?" Dengan jujurnya, CT ckp.. "belum, tolong carikan?"

     Then, sepantas kilat F cakap "couple ngan sy lah" hahahaha..buat lawak lah si F ni. CT pun mengorek
rahsialah.. Rupa2nya..dia baru putus Chinta. Dipermainkan rupanya. Kesian F! Tapi yang paling tak tahan..dia beria2 ajak CT couple ngan dia. Siap leh describe pasal ape dia suka kat CT. Ish3.. teruk bebenar putus cinta si F ni. Sampaikan ambil langkah senang nak cari cikgu dia sebagai ganti.

     Antara ayat dia "Awak ni penyabar..cute..sebab tu sy suka kacau awak. Kalau marah pun, tetap nampak tenang lagipun..awak nampak seorang penyayang" hahaha.. chat pun dah x panggil CT ni dengan panggilan "CIKGU"...tapi siap ber-awak saya jer. Apa2 pun, tinggi betul aras pujian si F tu.Tapi CT rasa semua ayat ni dah ada dalam buku setiap lelaki kot. atau paling tepat.. sebilangan lelaki. Ct belajar dari pengalaman lah. Itu pasal CT berani bg pendapat. hehehehe...sorry kalau salah.

     Hurmmmm... pada pendapat CT, si F hanya memerlukan sesesorang sebagai perawat luka. Lagipun..memang masalah atau konflik biasa seorang anak muda belia. Lama2 nanti.. dia akan tahu erti hidup..ada benda yang kita nak tak semestinya kita dapat. Dan ada benda yang kita tak nak..itu jer yang kita peroleh. Seperti terjemahan ayat ini..

      "dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu..dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu,dan ingatlah Allah jua yang mengetahui semuanya itu sedangkan kamu tidak mengetahuinya"....Al-Baqarah :216




P/s: buat F..bersabarlah! InsyaAllah..awak akan temui Cinta sejati dan "couple" terbaik awak!

----Love & Faith: Cikgu Tie----

2 comments:

CIK IMAKASIHDANI said...

lelaki mmg camtu...kihkih...

RozectLyantie said...

lelaki baru nak membesar gamaknya! hehe