Thursday, February 10, 2011

Kerja dan kerja..seronoknya

Salam..
Sambil2 dok merehatkan minda sebelum tido ni, tetiba plak teringin untuk mencatit sedikit sebanyak apa yang aku dah lakukan seminggu dua ni. hehehe... macam diari peribadi plak my blog ni. Ok.. buat pengetahuan semua, sebelum cuti Tahun Baru Cina baru2 ni, sekolah aku menerima 3 orang lagi cikgu baru... aisehhh..maknanya terpaksa generate jadual baru lagi lah. (leh rujuk post2 sebelum ni) So, siang malam lah aku menghambakan diri untuk meyiapkannya. Siap print berkali2 untuk buat pemurnian supaya xde jadual "kejam" diterima oleh mana2 pihak.

     Malangnya, sehingga hari terakhir sebelum Chinese New Year tu, aku masih tak siap memurnikan jadual tersebut. Mulalah tak nak balik kampung. Sebab sah2 dah aku tahu yang mak aku akan muncung jer bila aku tak leh jadi teman borak dia bila aku buat kerja. Makanya, pada hari Rabu (2 Feb) iaitu hari semua kawan2 berlumba2 balik kampung, aku masih melepakkan diri di makmal komputer ditemani Mr Joe bagi menyiapkan kerja masing2.. Oh ya, cikgu2 dan murid2 jer yang cuti. Staff lain still kerja tau! Hurmmmm...tapi mujurlah aku dah janji ngan "Adik Comey" untuk jupe dia di kampung sana. So, Aku perlulah menunaikan janji..dan balik kampung dengan segera. Jalan raya.. tak usah cakap lah. Memang sesak giler!

      Mujurlah Adik Comey pun kebetulan pun sibuk juga. Jadi kami hanya mampu bersembang2 sambil snap gambar beberapa keping sebelum senja melabuh tirai. Yang penting, tak memungkiri janji... hehehe

      Aku hanya sempat lepak kat rumah pada hari Khamis dan Jumaat sahaja. Hari Sabtu, dah bergerak ke Raub untuk menghantar adikku menjalani latihan praktikum di SMK Dong. Pada hari yang sama juga, aku dah bergerak pulang ke Pekan. Tapi sempat lah melepak sekejap di Universiti Malaysia Pahang (UMP) kat Gambang. Ambil2 udara sebelum kembali ke tanah Pekan.

    Hari Ahad, Aku kembali bertungkus lumus meyiapkan dan memurnikan jadual. Walaupun tak banyak sangat masalah yang timbul, tetapi aku berusaha sehabis tenaga untuk hasilkan jadual yang terbaik untuk semua. Hasilnya, aku kembali demam!

     Hari Isnin, (7 Feb) aku minta kebenaran dari En.GPK untuk ponteng Assembly dan mula memprint jadual untuk diedarkan. Sewaktu menyerahkan jadual tersebut kepada En GPK, aku dapat rasakan seolah "beban" berat yang aku pikul seminggu dua tu, hilang! Tapi dalam otak, dok pikir juga..apa aku nak buat selepas ini? Bukan ke best kalau ada program camping kat mana2 hutan di bumi Allah ni? Hurmm...Dah lama juga tak pergi hutan Endau-Rompin...mandi sungai, panjat bukit, jungle tracking and night walk. Night walk kat sana memang best. Sebab jalannya seolah2 kita berada dalam cerita Harry Porter bila daun2 gugur yang terkena cahaya bulan/torch light akan memantulkan cahaya.

    Dalam dok berangan2 nak pergi camping, ada plak sorang kawan baik aku terbabas kereta. Mujur Dia x apa2. Cuma kereta je yang rosak. Tapi, berlaku plak time2 duit takde, memang parah lah. Bukan dia ajer, aku pun parah bila dia pulak nak pinjam duit. Dah kawan susah, kita tolong lah kan. Kalau dah Rim bengkok dan Bumper jatuh. Mana leh nak tengok jer... Tapi aku tak kisah sangat, sebab dia pun akan tolong aku jugak kalau aku susah..InsyaAllah!

     Selasa (8 Feb) Seawal Jam 5.40 pagi aku menerima mesej "bangun subuh" dari orang yang aku tak kenal.. Layan jer lah kan. Sebab dah banyak kali mesej dan call dia x berbalas. Tapi.. boring lah! Jangan lah nak berkawan dengan aku sebab aku ni cikgu. Aku pun manusia biasa juga. Banyak kekurangannya!
      Setiba di sekolah, pagi2 lagi aku dapat surat untuk menghadiri Kursus/Bengkel Pembestarian Pendidikan Sekolah2 Negeri Pahang pada jam 2.00 petang hari ni juga. Apa lagi, aku grab jer lah. Janji leh keluar dari kawasan sekolah for a while. Ala2 percutian 3Hari 2Malam tu (8-10 Feb tu!). Tambah2 plak, boleh cuci mata! hehehe..gatalnya aku. So, sekarang ni aku masih bercuti a.k.a berkursus di sini. Esok petang baru habis.

     Ok lah semua. Dah ngantuk! Entah lah, apa nak jadi sekarang ni. asal malam jer demam datang. Kenapa ya? Bye2 for a while everybody. Miss u!


----Love & Faith: Cikgu Tie----

1 comments:

Cikgu Dahlia said...

ada pemandangan yang best tak kat sana?? heheh
terkejut gak kan malam tu baru cakap, tnghari smlm akak singgah, awak xde..hehe
takpe, kuar sekolah sekali sekala besttttt giler...tapi xbest kalo dapat kerja baru yang memeningkan kepala otak..