Saturday, February 26, 2011

Berwaspada sebelum bercakap!

Salam..
Kisah berlaku di suatu pagi yang indah.. berikut perbualannya...

Encik P : CT.. awak pandai subjek ekonomi ya?
CT : Ohhh..pandai. Saya pernah belajar masa Form 6 dulu. (hehehe..Perasan pandai!)
Encik P : Iye ke? Awak dapat berapa result ekonomi masa STPM tu?
CT  : Ehh... dapat A lah..(Agak berlagaknya!)
Encik P : Awak dapat A? Prinsipal A? betul ke?
CT :Yelah..betul. Memang dapat A lah (Berkatanya dengan bangga!)
Encik P : Memang dapat Prinsipal A erk?
CT : Iyer lah.. Encik P nak tengok sijil ke? hehehe (Tanpa sebarang perasaan rendah diri pun.ishh3)
Encik P  : Takpe2.. bukan apa, result Ekonomi STPM baru2 ni agak kurang memuaskan. Cik Z ada bagitau yang awak boleh mengajar ekonomi. Awak boleh lah ya?
CT : hah?? (Alamak! ada kerja tambahan disebalik pertanyaan..huhuhu..nyesal!)

Petunjuk:


        1) Encik P = Encik Pengetua
        2) CT = Cikgu Tie
        3) Cik Z = Watak seorang guru yang pernah maki hamun aku di suatu pagi Jumaat pada 20/1/2010

Note: Mulalah sekarang ni tak senang duduk. Janganlah Encik P serius dalam percaturannya akademiknya. sebab CT memang minat ngan subjek Ekonomi. Minat sangat2 dan memang tak kisah untuk mendidik anak2 pelajar yang ingin belajar. Tapi, masalahnya... Ct tidak mahu berada bawah kepimpinan Cik Z.

Moral of the story: Sepatutnya CT tanya dulu Encik P..kenapa tanya pasal Ekonomi tetiba! Bukan main redah menjawab (dengan bangganya) cam tu jer. So, Jom belajar dari pengalaman

---Love & Faith : Cikgu Tie---

3 comments:

Cikgu Den said...

huhu. kne selalu peka sbb ada orang suka mengambil kesempatan

RozectLyantie said...

Betul tu cikgu Den..
inilah namanya "politik" kat sekolah..
sesuka hati membuat "penamaan calon"

Rozelia Aisya said...

nasib badan tak dapat A eko exam hari tu..result eko budak2 kat sekolah memang teruk.. sorang je lulus yang lain gagal..emm