Monday, February 21, 2011

Keputusan STPM 2010

Assalamualaikum..
      Hari ni, 21 Februari 2011 akan menjadi detik2 yang amat mendebarkan bagi semua calon STPM 2010 sebab result mereka akan diketahui pada hari ini. Agak2 nya, malam ni... memang tak boleh tidur lena lah baik guru yang mengajar apatah lagi calon2 tersebut. Opsss..sekejap, masih boleh guna gelaran calon2 STPM ke? Sebab diaorang dah siap menduduki pun exam tersebut. Tapi..nak bg gelaran apa erk? Hurmmm..kena tanya guru BM esok ni...

     Bagi guru2 kat sekolah Cikgu Tie, semuanya pakat dok berdebar jugaklah. Tambahan pulak, rombongan dari PPD bersama pengetua2 sekolah terlibat akan berada di sekolah Cikgu Tie seawal jam 8.30 pagi bagi
mendengar pengumuman resultnya! Adoooiiii...Mana nak tahan debarannya...dan mana nak kawal pelajarnya? Huhuhuhu.. Tapi, harap2nya..sekolah Cikgu Tie mampu mengulangi kejayaan tahun2 sudah. Kebolehan dan kemampuan pelajar2 dan guru2 Form 6 memang telah diperakui hebat lah kat sekolah Cikgu Tie ni. Uihhhh..bangga sekejap jadi rakan kerja diaorang! Hehehehe..agak2nya...macam mana lah ya? Try tgk lah nanti ya... kalau ada wakil JPN atau kelibat TV3 tu, maknanya, kecemerlangan terus berulang. Tapi..kalau takde tu, mesti siapkan reason2 yang sesuai secepat mungkin lah.. Itu yang paling tak best tu.

     Hurmmmm..walaupun Cikgu Tie bukan guru Form 6, tapi sebagai warga sekolah ini, Cikgu Tie sentiasa doakan yang terbaik untuk semua pihak..terutama pelajar2. Dan... dalam hati turut berdebar dengan result SPM 2010 yang akan diketahui dalam masa terdekat ni. Dengar2nya, bakal keluar pada 25hb. Entahkan betul, entahkan tidak..masih khabar angin lagi tu. Apa2 pun, Cikgu Tie hanya harapkan yang terbaik
p/s: K lah, nak tidur dulu..Tapi, ni ada nak bagi teka-teki ni."Kenapa bila malam...Cikgu Tie demam erk?" Sila jawab k..huhuuuhu

----love & faith : Cikgu Tie ----

0 comments: