Sunday, October 16, 2011

Cikgu Tie dah kembali... bersama cerita Maxis eKelas

Assalamualaikum...

Wah..wah..wah.. dah lama sangat2 tak kembali dalam dunia blog ni. Rupa2nya dah agak lama Cikgu Tie (CT) tak post apa2 di sini. Last skali pada 25 July.. hurrmmm, lama gak tu. Busy sgt kah CT? Yang pasti, semalam CT baru balik dari bercuti a.k.a berkursus di Peninsula Residence All Suite Hotel, Damansara. Kursus 3 hari 2 malam tu memang best. Al-maklumlah, menjadi antara 30 sekolah perintis untuk Program Maxis eKelas anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan dan KPM bersama tajaan dari Maxis..memang tak terungkap rasa bangga dan gembira tu.

Rasa teruja dengan kursus itu menjadikan CT semakin bersemangat dengan dunia IT ni. Tambahan plak bermula sekarang ni hingga 18 November nanti, warga sekolah yang 30 buah ni akan berjuang untuk memenangi pertandingan.. hurrmmmm, tak dapat hadiah yang RM1000, dapat yang nilai RM10000 pun dah kira ok sangat2 kan? Ahaaakkksss!

Yang paling penting, CT leh kenal ramai lagi rakan2 guru sebab setiap sekolah perlu hantar Pengetua (sekolah CT hantar wakil je sebab pengetua baru jer 2 hari check inn kat sekolah tu), seorang penyelaras (CT lah tu..hehe), seorang guru Maths dan sorang cikgu Sains. Selain tu, ramai lagi yang kita boleh kenal dengan orang2 kuat Program Maxis eKelas seperti Puan Maimunah Mohd Tahir, Mr Soon, Mr T.Kugan (Vice President maxis), Mr Rostam Hashim, tak ketinggalan Encik Junairi Jauhari (Program Manager Maxis eKelas), Encik Azmi, Puan Wan Noraini Wan Daud, dan penceramah yang paling popular a.k.a pakar motivasi yang sangat2 berjaya mengendalikan bengkel MAXIS eKelas, iaitu Dr Ismail bin Zain. Nak tahu banyak pasal beliau, leh rujuk kat biodata dia. Sememangnya Dr Ismail dah jadi Idola CT dah sekarang ni... hehee. Apa-apapun, memang happy lah berurusan dengan mereka semua. Semuanya sempurna jer. Tahniah kepada semua peserta dan Pihak Pengurusan Bengkel Maxis eKelas. Semoga Pendidikan di Malaysia semakin maju dan gemilang.

0 comments: