Tuesday, July 31, 2012

Biarkan Ku Terus Bersujud PadaMu Ya Allah

Salam..
Macam mana puasa hari ni? Ada sihat ka? Jangan ponteng k. Huhuhu.. zaman sekarang ni, ada aje orang2 yang layak puasa, tapi tak puasa2 gak. Ada pula, masih kecil lagi tapi nekad sangat2 untuk berpuasa. Dunia yang semakin berubah, atau diri sendiri yang tidak ingin berubah?

Menjadi guru ni membolehkan kita mengenali perwatakan dan personaliti manusia. Al-maklumlah, client bagi guru bukannya seorang dua. Tapi ramai sangat2 dan guru akan berhadapan dengan seramai mungkin pelajar dalam masa sehari. Guru kena kuat. Mesti sepenuhnya bersedia emosi dan fizikal. Sebab bila masuk je kelas, pelajar2 boleh jadi macam2. Mungkin di luar kebiasaan normal dia akibat permasalahan di luar atau dalam bilik darjah. Hurmm.. itu, kalau melibatkan pelajar. Tapi...

Tapi... kalau melibatkan kerja, tak kiralah bekerja sebagai guru, atau kerja apa sekalipun.. pastinya ramai yang berperasaan dan berpikiran cam aku rasa sekarang ni. I mean..
"BOLEH TAK DALAM BULAN RAMADAN YANG MULIA NI,
JANGAN BAGI BANYAK KERJA SANGAT2?"
Hurmm..saya nak duduk rileks ikit berbanding hari biasa. Nak meluangkan masa untk lebih beribadah. Nak menikmati bulan puasa ini dengan tenang tanpa terlalu banyak mengejar dateline. Dan untuk merasai keindahan berada di bulan ini. Boleh tak? huhuhu..jawapan yang pasti.. "TAK BOLEH"

Hukhuk.. Dah namanya kerja, so kena kerja lah ya. Kawan-kawan rapat aku selalu jer cakap "Alah, kata je tak nak buat kerja.. bila kerja datang, siapkan juga" Memang tepat sekali. Nak buat camne, dah amanah orang bagi. Tapi, aku berasa jugak, aku ni asyik demam memanjang je. Sihat sekejap2 je. Mak aku pun dah bising. Dia cakap aku tak pandai jaga kesihatan. Nak jaga macam mana lagi? Hehehe.. aku sihat bila dok ngan mak je. Sebab aku hanya teman mak berborak sepanjang hari. Pastu buat kerja2 yang tidak menggunakan komputer. Dan aku boleh tido sesuka masa yang aku suka.

p/s: Aku ikhlaskan hati untuk bekerja.. (ikhlas, dapat gak pahala kan?)

~love & Faith : Cikgu Tie :)

0 comments: