Thursday, March 21, 2013

Update Status : Tentang aku jer

Salam....
Waka-waka, aku sangat berdebar-debar menunggu keputusan SPM yang akan diumumkan pada hari ini. Teramatlah gementar mengalahkan pelajar-pelajar yang akan mengambil keputusan mereka hari ini. Zaman sekarang agaknya, budak-budak tak kisah sangat pasal keputusan peperiksaan. Redha aje dengan sebarang keputusan yang mereka dapat. Agak-agaknya, tak ada rasa bersalah pun kalau result yang dapat tu teruk. Huhuhu... ini yang aku rasa jer. Tak semestinya tepat dan tak semua pelajar ambil enteng dalam hal-hal keputusan ini. Mungkin budak-budak zaman sekarang ni tak tahu menilai erti rasa susah dan tangggungjawab  sebagai seorang pelajar. Huhuhu... mujur aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Tahu menilai nikmat  kejayaan dan sakitnya kekalahan.

Oh ya, sajer nak listkan apa yang aku buat sekarang ni

  1. Masih mengajar di sekolah yang sama. Dah masuk tahun keenam di sini. Aku seronok sangat berada di sini walaupun ada masa stress sangat-sangat sebab banyak sangat kerja yang mengejar.
  2. Masih mengajar subjek Matematik SPM dan Komputer dalam pendidikan.
  3. Masih menjadi guru penasihat untuk dua jenis sukan kegemaran aku iaitu Hoki dan Bola Jaring. Cuma aku tak aktif dah dengan sukan Petanque. Tak kisah lah kan. Dua sukan ni pun dah ok.
  4. Oh ya, benda yang paling best bagi hidup aku adalah, Aku dah menjadi pelajar semula. Ambil jurusan Pentadbiran Pendidikan. In Shaa Allah, dalam tahun 2015 nanti, dapatlah Sarjana a.k.a Master. 
  5. Teramat seronok untuk bangun awal setiap hari Sabtu, drive ke KPTM dan belajar. Terasa hidup ini begitu bermakna. Tambahan pula, tajuk proposal aku telah diterima. Alhamdulillah.
  6. Oh ya, dah hampir sebulan aku menjadi pemilik Galaxy Note II. Memang best sangat. Hik3... itu pun nak cerita.
K lah, got to go now.. sampai ketemu lagi ya!

~love & faith : Cikgu Tie

0 comments: