Wednesday, December 10, 2014

Kepala Kusut (Asigment ohhh exam)

Assalamulaikum..

Wah!! Dalam bertarung membuat assignment yang ada tinggal dua buah jer lagi ni, sempat jugak CT menaip blog. Hahahaha... harap rakan-rakan dalam kumpulanku tidak tahu akan kenakalanku menaip dan update blog ni. Nak buat cam mane, idea tak dataang. mengkaji pula pasal model perancangan kewangan. Nak mencari pun susah, dah dapat... nak fahamkan bahasa-bahasa kewangan terutama istilahnya ditambah dalam bahasa Inggeris. Huhuhu memang nasib ler. Ia tidak sesenang membaca novel atau komik bahasa Inggeris.

Cuti sekolah ni, tak dapat merasa nikmatnya lagi. Tak pelah. Ada 11 hari je lagi untuk menamatkan semester terakhir ini sebelum menduduki peperiksaan comprehensif hujung bulan Januari nanti. Pejam celik... pejam celik.. berlalu jua masa kan. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang diperolehi dalam perjalanan dua tahun ini.

Ok lah... nak menyambung buat asigment. Doakan CT dapat siapkan assigment, (ditemani radio Sinar Malam), dapat jawab exam pada 20 dan 21 Disember nanti dan dapat Skor result yang cemerlang A+++ yer. Hehehe... Jom terus berjuang!!!!


Love & Faith
(Cikgu Tie)
Read more »

Thursday, November 20, 2014

AKHIR TAHUN PERSEKOLAHAN 2014

Assalamualaikum..
Pejam celi, pejam celik dah habis setahun lagi sesi persekolahan. Bila hujung tahun ni banyak benda nak dikejar. Markah exam, laporan itu, laporan ini, SKT, Meeting, meeting dan meeting, tutup buku sana, tutup buku sini, dinner, jamuan, majlis. Huhuhu.. dan lemak juga bertambah sana dan sini. haishh... gemuk semakin menjadi-jadi, Teruk betul. So, azam cuti sekolah ni ialah kuruskan badan... boleh ke tak??

Alhamdulillah, mak pun dah lepas operate untuk kali ketiga.kondisi mak dah semakin baik. semoga mak cepat sembuh dan dapat pulang ke rumah semula. hurmmm... we love you, mum

Hujung tahun ni juga lah sem akhir aku. Harap dapat mengakhirinya pada hujung disember ni dengan jayanya dan menduduki exam CE pada januari nanti. Assignment berlambaaaakkkk sangat2 ni. sape nak tolong??

hujan.. dan hujan.. ngantuk dah. nite all.


Read more »

Friday, October 10, 2014

YA ALLAH..SELAMATKANLAH WANITA YANG PALING AKU SAYANG

Assalamualaikum...

Kekusutan akal dan fikiran telah bermaharajalela dalam kepala otak dan seluruh jiwa raga ini. Fokus untuk melaksanakan rutin-rutin harian hilang sekelip mata. Perasaan macam ni akan wujud bila wanita yang paling aku sayang sedang terlantar kat hospital. Dah seminggu 'check-in'. Tapi hasilnya masih tidak memberangsangkan.

Dahsyatnya penangan kencing manis. Penangan??? PengKAKIan kot yang paling tepat. Kesilapan atau kecuaian terpijak tulang ikan membawa padah. Bisa-bisa dan denyutan-denyutan ganas menguasai kaki. Bila sakit, dia pun mula menangis. Macam kanak-kanak yang lemah. Padahal dialah heroin hidup aku selama ini. Pembakar semangat kami adik-beradik. Pemangkin kejayaan yang kami raih selama ini. Dialah jua pemilik semua kejayaan kami. Tapi... tangisannya begitu sayu. Sebak dada, sakit hati ini melihat kekuatan dan semangatnya yang kendur. 

Pihak hospital dan buat yang terbaik. itu tak dapat dinafikan. Tetapi cadangan memotong kaki tu yang gerun untuk didengar. Sememangnya tiada cara selain potong kaki ke? Arghhhh... memang stress ler. Dan aku buntu.

Ya Allah, tunjukkanlah jalanMu. Berikan kami sekeluarga tabah menghadapi dugaanMu ini. I love you Allah.. I love you Mum.
Read more »

Monday, September 8, 2014

Semester Terakhir Daaaa...

Assalamualaikum..

Haishhh... tak sabar nak menunggu kuliah yang bakal bermula minggu depan ni. Tapi.. yuran??? huhuhuhu.. hurmmm. Semoga aku dapat meneruskan pengajian dan menamatkannya seperti tempoh masa yang ditetapkan.

Bagi semester ini sebanyak empat subjek akan diambil. Semuanya 'kental' dan 'giler'. Kena study dari awal ler. Tambahan pula sem ni satu paper kena ngadap lecturer selama 6 jam satu slot setiap minggu. haishhh.. kena bawa bantal juga lah nanti. hahaha..

Tak Sabar nak kembali belajar. hehe.. semangat sebab sebenarnya aku tak sabar nak habiskan belajar ni. Mesti best sebab lepas ni boleh berjimba2 dengan hebatnya. Hihihihi...


sekian..
Love & Faith
Read more »

Thursday, September 4, 2014

Mimpi bertandang lagi..

Assalamualaikum..
Hohohoi... dah lama x conteng blog. Macam banyak nak tulis. tapi tak tahu nak start dari mana. Huuhuu.. ok alkisah nyer, semua pasal mimpi. Pernah tak korang bermimpi 'sesuatu' atau 'peristiwa' atau 'seseorang' yang sama selama bertahun-tahun? Mimpi yang mula-mulanya dianggap biasa-biasa jer. Yelah..  orang selalu cakap mimpi itu mainan tido. Tapi kalau dah kerap sangat?? Camne tu?

Alkisah, mimpiku ini dah menjangkau 7 tahun. Since tahun 2008 kot. Hahahaha... hohohoho... apakah? adakah? mengapakah? bilakah? bagaimanakah? dan dimanakah??? Hurmmm.. stress juga fikirkan mimpi. Tapi, kalau itu adalah petunjuk yang dicari-cari dan didoakan selama ini. Apa aku nak buat erk?? Asyik dok pikir ajer ni. Gembira pun ya (rupa-rupanya petunjuk Allah itu ada. Alhamdulillah, Allah sayang aku). Tapi kompius.. betul ke? kalau betul, nak buat ape? kalau tak betul.. eh, cmne nak tahu betul ke tidak tu? haishhh...

Misteri menyelubungi diri.
Read more »

Sunday, June 22, 2014

Menunggu Ramadhan

Assalamualaikum. ...
Rasanya ni post pertama CT untuk tahun 2014.  Terasa lama juga tak post ap2 kat sini. Alhamdulillah. .. CT sihat2 ajer hari ni. Sedang menikmati cuti semester untuk melangkah ke sem terakhir program Master. Harap2 result semester 3 yang bakal dikeluarkan nanti semuanya cemerlang.  Hehe.. nak cemerlang sajer kan.
     Tak lama lagi.. ada dalam seminggu ajer lagi untung kita semua berpuasa.  Di hujung2 sebegini.. fenomena biasa yang terjadi adalah kaum hawa sibuk dok ganti puasa. Hehe... ganti sampai habis yer. Mujurlah CT ni jenis ganti puasa di bulan syawal. Sebab kalau "beraya" tu.. masih ada sambutan dan kuih muih untuk dijamah. Hehe...
     Ya Allah. .. rindunya nak puasa n melalui setiap saat di bulan yang mulia itu. Semoga ketenangan dan keberkatan diperolehi serta dapat menjalani ibadah dengan sempurna. Amin


Love & Faith : Cikgu Tie
Read more »