Sunday, November 21, 2010

Rindu bila tidak bersama..

Salam..
Hehehe.. Post ala-ala gatal skit hari ni. Actually, Cikgu Tie sedang dalam mood cuti. Kali pertama nak merasa cuti panjang sejak bekerja sebagai guru tetap. Sebelum2 ni, CT kena jaga bebudak asrama nak menduduki SPM dan SPTM..atau dalam masa yang sama, CT juga "mengambil upah" menjadi pengawas peperiksaan. Apa2 pun terjadi, CT nk enjoy puas2 cuti kali ni dengan harapan berat badan tak naik. Hehehehe...

Baru jer x sampai seminggu merasai nikmat cuti, CT dah hampir tewas ni. Rasa macam bosan teramat sangat. Maybe.. becoz CT menjauhkan diri dari blog atau dunia2 internet kecuali....

Hehehehe. Punyer lah malas nak berblogwalking dan say hi n hello kat rakan2 blogger. Padahal.. renovation blog "life of Cikgu Tie" bukan siap lagi pun. Pemalas betul!
    Rupa2nya.. Hati ini rindu sangat kat students di sekolah. Tambah2 lagi students 5 Ekonomi. Maklumlah, bakal menduduki exam SPM minggu ni. Ada yang siap sms.. minta CT datang ke sekolah dan buat kelas. Padahal, Paper math minggu depan... bukan minggu ni. Yang hantar SMS, sms lah. Yang dok bagi Private messages dalam FB pun ada. Ada plak yang ajak chat bila dah tepu otak belajar. CT layan jer lah.. Bagi up mood skit. hehehe

     Tapi bila petang semalam, rasanya kerinduan ini memang agak terubat sedikit lah. Apabila terpandang call dari Azizul Hakim. Ni Students CT yang selalu senyum. Call pun sebab mintak CT balik Pekan. Dan yang tak boleh blah tu, bukan dia sorang yang bercakap ngan CT. Ramai my Students yang dok satu umah (sedang buat group discussion) berpassing h.p untuk bercakap. Memang terubat lah rindu. Ada yang mintak datang cepat lah, doakan jawab exam lah, ada yg mtk dibelikan keropok lekor lah dan macam2 lagi. Ayat yang tak boleh tahan... "Hati2 drive balik pekan... tapi cepat2 lah balik" hahaha

     Suatu benda yang CT agak terharu semalam apabila kawan2 Azizul bagitau yang semalam birthday Azizul. Happy birthday Azizul. Dan diaorang call pun sebab Azizul dapat panggilan percuma. Maknanya.. Azizul meletakkan CT dalam senarai 8pax nya?? uuuhhhh.. jarang2 ada students sanggup buat camtu. Baik letak no telefon kawan2.. kan? Apa2 pun, CT sentiasa doakan students CT dalam 5 Ekonomi terutamanya dapat menjawab dengan cemerlang dan hati yang lapang. Hehehehe.. tetiba terasa bersemangat nak kembali mengajar!

     Malam semalam plak, kedatangan adik comey memang mengejutkan. Hahahaha.. first time CT leh terkejut dan kaku time jupe orang. Memang cayalah cucu cicit pahlawan melayu terakhir ni. Tapi.. untuk yang selanjutnya.. ada bran ka adik comey? CT dah tarik diri.... hehehe.. 

      Dengan kata lain.. semalam merupakan hari melepaskan rindu ajer lah. Terubat sedikit kerinduan apabila mendengar suara2 manja my students dan adik comey. huhuhu.. Semoga Allah sentiasa memberikan kebahagiaan kepada kami especially CT lah.. hehehe.. dan harap2nya, my students utk tahun depan..sebaik my students pada tahun ini.

p/s : Pukul 4 pagi..dikejutkan dengan berita kematian ayah salah seorang guru di sekolah CT. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin..

-------Love & Faith : Cikgu Tie--------

2 comments:

SafaRi09 said...

CT aka Z: lama ko cuti ex...kat aku x rindu ker?

RozectLyantie said...

Riey: aku memang rindu sokmo2 ke mung..