Monday, November 22, 2010

SPM 2010

Salam debaran dan salam kecemerlangan..
Buat semua pelajar atau dengan kata lain, Calon2 SPM dan STPM 2010, Selamat menduduki peperiksaan yang bakal bermula pada hari esok, 23 November 2010. Tapi, Cikgu tie memang cakap terus terang lah bahawa CT memang nervous giller.. mana taknya, ini lah produk pelajar SPM yang pertama untuk CT. Dan yang paling penting, pelajar2 Tingkatan 5 tahun ini merupakan first batch yang CT ajar masa mula2 posting kat sekolah sekarang. 

     Ingat lagi, masa mula2 sampai kat sekolah ni...CT diarahkan mengajar subjek BM dan BI. Memang pening sesangat. Terutamanya bahagian KOMSAS atau Literature. Mana lagi nak handle ULBS atau dengan kata lain.. Ujian lisan. Huhuhuhu...memang pengalaman yang tidak boleh dilupakan lah. Masa CT ajar bebudak yang nak ambil SPM esok ni, bebudak ni kecik sangat lagi. Muka sorang2 tu..jujur bebenar. Dan ada segelintir tu yang comot lagi. hahahaha.. tapi, sekarang tidak lagi. Semuanya dan cantik2 dan hensem2. Siap ada lagi yang datang mengukur ketinggian ngan CT. Nak buat macamana.. CT memang tak berapa Tinggi..hehehehe.

    Apa2 pun.. Selamat Menjawab peperiksaan SPM terutamanya buat pelajar2 5 Ekonomi kesayanganku. Tak lupa buat adikku, Rozelia Azila (SPM) dan Rozelia Aisya (STPM). Jawab elok2. Banyakkan selawat di kala buntu! Hehehe.. your Kak Tie sanggup jadi Supir sepanjang Exam kali ni.. All the best my dear!

-----Love & Faith: Cikgu Tie-----

2 comments:

Rozelia Aisya said...

thanks a lot.. saya dah lepas..tunggu ela jer sorang ag..hahaha

mrbar 745 said...

Dah stop ke blog ni...?