Thursday, November 25, 2010

Asrama tidak menyediakan makanan?

Salam..
Hari ni, suatu kejutan yang tak terduga Cikgu Tie terima. Alkisahnya, pepagi seawal jam 7:13 pagi CT menerima suatu panggilan dari nombor yang tak dikenali. Tapi nak dijadikan cerita, pada masa tu CT sedang menjadi supir (hantar adik pergi exam). So, tak terangkat lah handphone yang tertinggal tu. Nak-nak lagi line Celcom CT memang bersepah dah warga sekolah dan students yang tahu. CT hanya mengagak yang mana2 students CT yang call, so... tak lah CT buat panggilan balas.

     Tup-tup..jam 11.05pagi, sekali lagi CT menerima panggilan dari nombor yang sama. Penjaga salah seorang pelajar asrama yang call dan bertanyakan perihal makanan yang disediakan setiap kali hujung minggu. "dengar-dengar ceritanya, tak disediakan?" betul ke? Hurmmmm... dahsyat betul peruntukan budget tahun ni.
Tak kesian dengan pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan ke? Padahal.. majoriti sedia maklum bahawa tujuan asrama diwujudkan adalah untuk membantu anak2 kurang berkemampuan dan tinggal jauh dari kawasan sekolah.

     Tanpa membuang masa, CT terus call Puan Penyelia Asrama. Dan jawapannya, "YA". Ohhhh.. dahsyatnya!. Sepanjang jadi warden asrama, kali ni memang paling kritikal budget untuk asrama. Tetiba rasa nak mengungkit semua sumbangan pihak tertentu kepada mana2 pihak lain. Walaupun sering membentangkan belanjawan untuk pendidikan adalah antara yang paling banyak..atau selalu sangat dikatakan "pendidikan adalah suatu pelaburan". So, mana semua benda tu? Pelaburan yang sedikit, dapat untung banyak ke? Dah lah hujung2 tahun macam ni merupakan saat pertempuran anak-anak harapan bangsa dan negara. Mana taknya, untuk exam SPM dan STPM tu!.. Ishh..ish..ishhhh..tetiba lak CT jadi emo. Yelah, dah namanya jadi mak kepada anak2 asrama. Apa2 yang berkaitan diaorang, CT memang cepat melatah dan nak marah. Apa yang paling penting, kebajikan dan keselamatan mereka. Itulah yang sering CT utamakan sepanjang jadi warden. 

     Teringat dulu-dulu... CT pernah gak lah tak bertegur sapa dengan Puan GPK HEM sebab dia lebih mengutamakan cikgu2 lain dari kebajikan bebudak asrama. Contohnya, "pada suatu hari tu, CT berada di padang sekolah dan sorang lagi warden berada di luar. Kami ditelefon untuk menghantar pelajar yang sakit di hari dan waktu persekolahan. Alasannya, pelajar yang sakit itu tinggal di asrama. Sepatutnya, guru yang bertugas lah yang bertanggungjawab. Kalau pelajar yang tinggal di luar, kenapa plak tak telefon ayah pelajar je datang ambik dan hantar ke hospital. Pandai plak hantar sendiri?? Apa2 pun, CT dan cik warden sorang lagi terus je ke pejabat dan mendapatkan pelajar yang sakit tu. Mendengar ajer alasan "sebab dia pelajar asrama" Kami terus membidas kata2 tersebut dengan ayat yang tak kurang sedapnya "Takpelah, kami hantar anak kami. Tapi, kami akan pastikan anak2 kami kat asrama tu takkan tolong mana2 guru yang bertugas pada minggu ini dalam apa cara sekalipun" Amacam? Huhuhu.. tapi rupa-rupanya ayat kami tu didengar sendiri oleh guru yang bertugas. Otai tahap kena hormat dan ditakuti semua guru2 baru cam CT lah pada masa tu. Tapi disebabkan CT dan cik Warden sorang lagi tak hafal nama guru yang bertugas, kami boleh blahh cam tu jer. Sehinggalah Cikgu otai dan GPK HEM datang memohon maaf. Bukan bercerita untuk tunjuk hebat.. tapi biarlah kita mempunyai tanggungjawab dan rasa sayang pada anak2 yang dah diamanahkan pada kita.

Berbalik kepada cerita CT tadi, ... apa yang nak berbalik erk? dengan cerita lainnya, esok..pagi2 CT perlu bergerak ke Pekan untuk melihat dan membincangkan permasalah ini. Walaupun CT dan nampak keputusan terbaik, tapi apa2 pun keputusan perlu dibuat secara meja bulat sebelum ianya boleh dibentangkan di sini. Apa2 pun..lakukan yang terbaik dalam peperiksaan SPM dan STPM ya..anak2 ku. Love u So much.............

-------Love and Faith : CIKGU TIE----



0 comments: