Tuesday, December 20, 2011

Keputusan PMR 2011


Salam

Hehehe..dag dig dug di dalam kalbu seramai 481 292 calon PMR 2011 sekarang kan? Hahaha... takpe-takpe. Semua orang dah melaluinya di bumi Malaysia ni. Hanya ada 2 tahun je lagi umur PMR ni. Lepas ni, berkuburlah exam tu. Sebab akan digantikan dengan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS). Jadi berbanggalah wahai pemegang-pemegang sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR) sekalian.

Tak perlu nak cerita panjang. Keputusan PMR 2011 akan diumumkan di Putrajaya pada 22 Disember 2011 iaitu hari Khamis. Pelajar-pelajar bolehlah mendapatkan keputusannya di sekolah masing selepas jam 10.00 pagi. Harap semuanya berjaya mendapat keputusan cemerlang. Selain itu, pelajar-pelajar juga bolehlah juga membuat semakan keputusan melalui mySMS di talian 15888 yang BAKAL diaktifkan bermula jam 10 pagi Khamis ini (22 Disember) sehingga 12 tengah malam pada 28 Disember ini. Maklumat lanjut mengenainya, boleh didapati di laman web a.k.a portal KPM

Ini cara nak guna my SMS tu

Sebelum pergi ambil result tu, pastikan anda semua berpakian kemas dan sopan sebelum memasuki pagar sekolah. Pastikan rambut anda kemas dan pendek, serta jangan sesekali memakai jeans. Hurmm... dah bagi peringatan ni. Jangan tak ikut pula.

***Love & Faith : Cikgu Tie***

0 comments: