Sunday, December 19, 2010

The Malay Chronicles: Bloodlines a.k.a. Hikayat Merong Mahawangsa dari KRU Production

Salam..
       Huhuhu.. Cuti sekolah dah semakin menuju ke penamat. Cepat atau lambat.. 25 Disember 2010 nanti aku dah kena bertolak ke bumi Pekan. Ingatkan Mesyuarat Awal akan belangsung pada 27hb, rupanya pada 26hb. Mujur tak salah tarikh. Thank you pada kawan2 yang beri makluman.. Hehehe..nampak sangat tak Pay attention masa Mesyuarat Akhir baru2 ni..

     Al kisahnya… bukan Cuti sekolah yang menjadi masalah, tetapi kerja2 yang masih tak siap yang menjadi masalah. Jadual Waktu 2011 masih tak siap. Paling tak tahan, selalu sangat ada perubahan. Pening nak kena fikir. Huhuhuhu..inilah nasib badan.

     Dalam dok pening2 ditambah plak ngan rasa serabut yang entah dari mana munculnya, jiwa aku semakin kacau. Daripada dok melayan jiwa yang lara.. baik aku menjelajah dunia siber.. Tup2..terjumpalah Trailer filem baik dari “pakwe” lama aku En Yusry Abdul Halim a.k.a Yusry KRU. Filem epik Hikayat Merong Mahawangsa.


   Tengok pada Trailer ni, aku memang kagum habis lah. Boleh jer Malaysia produce filem yang bagus cam ni..hehehe..memang lah filem ni belum ditayang..tp berdasarkan Trailer ni, Aku yakin sangat lah. Tengok pada Kostum, penampilan, pengcahayaan, bahasa2 yang pelbagai, tempat2 yang cantik dan pelakon2 yang hebat2..perghhh memang tak sia2 lah kalau sesiapa pergi tengok.

      Teringat masa First Time aku dengar pasal Hikayat Merong Mahawangsa ni dulu2. Masa tu, aku di Tingkatan 1 kot. Bila Cikgu Sejarah bercerita pasal buku ni yang menarik sangat katanya, aku terus ke Library… mencari dan mencari.. tapi tak pernah jumpa. Masa di Universiti dulu pun, pernah gak mencari..tapi tak dapat pinjam atau memang tak ada. Aku pun lupa. Al-maklumlah.. ni cerita sebuah hikayat. Yang mana ianya lebih kepada mitos atau rekaan (mungkin benar juga..tapi dah ditambah2 ceritanya) untuk mengagung2kan insan bernama Merong Mahawangsa yang diangkat sebagai  raja. So, tujuan utama Hikayat Merong Mahawangsa ini adalah untuk mengangkat martabat dan kedaulatan raja-raja di negeri Kedah dan juga keturunan-keturunannya.

     Memandangkan sehingga sekarang aku belum jumpa dan baca lagi buku Hikayat Merong Mahawangsa ini, maka usaha KRU production menerbitkan filem sebegini amatlah aku banggakan dan alu2 kan. Hehe.. sebabnya, aku memang suka sangat kalau cerita2 sejarah ni di filemkan. Supaya senang bagi seorang aku ini untuk memahami sejarah..Aku memang tak suka sangat subjek sejarah dari dulu lagi..sehingga sekarang ni pun. Apa2 pun..nantikan kemunculannya. Dengar2 cerita bakal ditayang tahun depan serentak di 60 buah Negara.  Tahniah my “pakwe” dan semua yang terlibat dalam Filem Hikayat Merong Mahawangsa ini.

---Love & Faith : Cikgu Tie ---

2 comments:

ewanthology said...

tgk thriller macam menarik..

RozectLyantie said...

yup... nmpk mcm menarik..