Thursday, March 21, 2013

Update Status : Tentang aku jer

Salam....
Waka-waka, aku sangat berdebar-debar menunggu keputusan SPM yang akan diumumkan pada hari ini. Teramatlah gementar mengalahkan pelajar-pelajar yang akan mengambil keputusan mereka hari ini. Zaman sekarang agaknya, budak-budak tak kisah sangat pasal keputusan peperiksaan. Redha aje dengan sebarang keputusan yang mereka dapat. Agak-agaknya, tak ada rasa bersalah pun kalau result yang dapat tu teruk. Huhuhu... ini yang aku rasa jer. Tak semestinya tepat dan tak semua pelajar ambil enteng dalam hal-hal keputusan ini. Mungkin budak-budak zaman sekarang ni tak tahu menilai erti rasa susah dan tangggungjawab  sebagai seorang pelajar. Huhuhu... mujur aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Tahu menilai nikmat  kejayaan dan sakitnya kekalahan.

Oh ya, sajer nak listkan apa yang aku buat sekarang ni

  1. Masih mengajar di sekolah yang sama. Dah masuk tahun keenam di sini. Aku seronok sangat berada di sini walaupun ada masa stress sangat-sangat sebab banyak sangat kerja yang mengejar.
  2. Masih mengajar subjek Matematik SPM dan Komputer dalam pendidikan.
  3. Masih menjadi guru penasihat untuk dua jenis sukan kegemaran aku iaitu Hoki dan Bola Jaring. Cuma aku tak aktif dah dengan sukan Petanque. Tak kisah lah kan. Dua sukan ni pun dah ok.
  4. Oh ya, benda yang paling best bagi hidup aku adalah, Aku dah menjadi pelajar semula. Ambil jurusan Pentadbiran Pendidikan. In Shaa Allah, dalam tahun 2015 nanti, dapatlah Sarjana a.k.a Master. 
  5. Teramat seronok untuk bangun awal setiap hari Sabtu, drive ke KPTM dan belajar. Terasa hidup ini begitu bermakna. Tambahan pula, tajuk proposal aku telah diterima. Alhamdulillah.
  6. Oh ya, dah hampir sebulan aku menjadi pemilik Galaxy Note II. Memang best sangat. Hik3... itu pun nak cerita.
K lah, got to go now.. sampai ketemu lagi ya!

~love & faith : Cikgu Tie
Read more »

Tuesday, February 5, 2013

Surah An-Nuur Ayat 3

Assalamualaikum..
Malam-malam sjak kebelakangan ini, rutin tidur aku kembali terganggu. Sebabnya? Sebab buat masa sekarang ni, aku sedang menyiapkan jadual waktu Kedua bagi sesi persekolahan tahun 2013 ini. Dateline hanya ada 3 hari jer lagi. Pening kepala dok pikir dan bina jadual yang lebih bagus dari yang sebelumnya. 

Alhamdulillah, sepanjang tak tidur sangat ni... ada gak kawan-kawan yang sudi jadi peneman. Contohnya "adik comel" yang kembali aktif mengusik kepeningan aku terhadap kerja. Hahaha.. terima kasih ya. Cerah lah sikit mata ini nak smbung kerja. Hehehe.. Kawan2 lain, ada jugak jadi peneman. Terutamanya rakan-rakan di facebook,

Hurmm.. bak kata pepatah, berkawan biar seribu, berkasih biar satu. So, x salah kan kalau kita berkawan dengan kawan2 baru atau lama. Janji tak buat benda salah atau bertentangan denganAgama Islam. Jodoh itu pasti ada... huhuhu. Justeru, telah ditinggalkan ayat in untuk kita (Surah An-Nur) ayat ketiga yang bermaksud


"Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina
 atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin 
dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian
 itu terlarang kepada orang-orang yang beriman."
Read more »

Monday, December 31, 2012

LAST POST FOR 2012


Salam,
Hurmm... Feeling sad to leave things behind me, but.. feel free and excited to explore the challenges, fates and hopes for the next year. 

Semuanya, hanya dengan izinMu, Ya Allah.


~love & Faith : Cikgu Tie~
Read more »

Monday, October 1, 2012

Terima kasih Hospital Pekan, dan kawan2ku sekalian

Salam,
Aisehhh.... Cikgu Tie demam lagi lah. huhuhu... Alhamdulillah, sakit ini datang sebagai peringatan dan ujian Allah. CT terima dengan redha. Moga diampunkan dosa2 kecil mahupun besar yang telah CT lakukan. Hari ni hari ketiga dah CT demam. Pagi2 selepas solat subuh dan berpakaian kerja, CT sempat singgah di Hospital Pekan (Unit Kecemasan) untuk dapatkan Injection. 

Mujurlah sampai2 je, kawanku yang baik hati Muhammad bin Abd Rahman 'handle' masalah aku. Kebetulan dia masih on shift pada masa tu. So, dapatlah disegerakan pemeriksaan dan injection yang aku nak tu dari Puan nurse yang comel dan baik. Lupa CT nak cam nametag yang dipakai, padahal... CT memang tengok sangat2 lah.

Secara jujurnya, CT amat bertema kasih dengan kecekapan dan kelembutan pegawai2 kesihatan yang ada sewaktu CT dirawat antara jam 6:43-7.04 pagi pada 1 October 2012. Jasa baik kalian, hanya mampu diucapkan dengan jutaan terima kasih.

Huhuhu... walaupun dinasihatkan mengambil MC dari kawanku Muhammad, aku terpaksa menolak. Sebabnya, ada tugasan yang perlu dilaksanakan. HUuhuhuhu... tapi, pagi2 tu, aku ponteng perhimpunan dengan jayanya dan menumpang tidur di Asrama. Tq ya Puan Penyelia. Terima kasih juga pada kawan2 yang bertugas pada minggu ni iaitu cik wawalofa dan kak rasyidah. Huhuhu, tak perasan lak bertugas minggu ni. Hanya mampu menunggu sebelum majlis bermula jer. Bila pengacara naik stage, CT pun terbang. hehe..

 Lepas tu... dari kul 9.30 pagi, hingga jam 3:30 petang, Badan ini mampu bekerja (Mengajar) dan kemudiannya memberikan LADAP FROG VLE kepada guru2 dan PPM dari Kelas Pendidikan Khas. Mujurlah slot petang, Ladap untuk guru2 Mentor ditangguhkan pada hari esok, So, dapatlah CT balik dan rehat dan tidur lagi. Kuat betul tidur kan? Tapi, terima kasih pada rakan2 guru dan PPM dari KPK.. enjoy je korang dengan LADAP tu, Cikgu2 mentor, terima kasih kerana postponed kan LADAP kita k.

K.. lah, sampai sini je dulu. Tetiba rasa cam pening2 plak. Selamat berbahagia semua ya. Senyum Sokmo k!

Read more »

Thursday, September 27, 2012

FROG VLE

Tetiba ajer nak menaip kat blog ni. saje nak release tension dan penat sejenak. huhu...kalau nak share ngan orang lain, bimbang orang lain tak ada masa untuk kita, so... kita teruskan di sini. hehe.. ok, dalam minggu ni, aku sering tidur awal aje. Malas nak pikir hal kerja. Tapi, malam ni x bolehlah tidur awal. keje skit lagi.. hehe sambil2 nak menukar template blog. kih3.. macam sibuk sangat kan?
    Minggu ni rasa nak enjoy jer, Tup2, nak kena buat LADAP untuk semua guru, Nak bawa semua dan  guru students, memang susahlah. So terpaksa pecah sikit2. Kerja sebagai kawan/mentor lebih sesuai untuk guru2 membuat rujukan. So, sekarang aku sebagai guru ICT sekolah terpaksa lah menghadap guru-guru dan menjalani latihan ladap. Petang tadi, dari pukul 3-5.30 petang aku berjaya siapkan latihan model 1 tk semua guru.Walaupun ada juga cikgu yang dijadualkan bengkelnya hari ini, tapi tak datang.. biarkanlah kan? Demam FROG VLE ni memang akan makan masa yang agak lama kerana projek ni utk suatu jangka masa panjang. Tahniah pada cikgu2 di seluruh negara ini yang berani untuk melompat keluar dari tempurung pendidikan 'cara lama'
       
   Ma dan abah,... miss u ... huhuhu.. Nak miss orang lain, nanti orang cakap memain plak kan? ngantuk sudah, Nite everybody

P/s... nanti saya story mori lagi k (pasal FROG VLE)
Read more »

Wednesday, September 12, 2012

Ku Akui - Hafiz (Lyric)


Salam.. lagu ini aku nak dedicate khas pada seseorang yang telah bagi 'text' cmni kat aku... 

"Sy cuba nak rasa bahagia ngan awak.
 tp awk seolah2 xhappy kuar ngan sy. 
Tiada senyuman pn mse awk kua ngan sy kn?
 Puas sy cuba hiburkan awk, tp awk tetap x happy" 

Hurmmm.. terasa bersalah sangat2. Inikah harga yang aku kena bayar demi kerjaya aku yang 'biasa2 saje' ni? 

P/s: Awak, maafkan saya!!
Read more »

Tuesday, September 4, 2012

Nekad nak siapkan SSQS hari ni gak

Salam..
Hehehe.. yang sebenarnya, keje ni dah lama diberi. Tapi aku yang lembap ni baru nak key-inn semua data/ maklumat dari responden yang isi borang SSQS yang aku dok agih. Huhuhu, apa nak jadi ngan aku ni. Cuai membuat kerja. Tapi aku memang banyak kerja2 lain k. Mai aku listkan...
  1. Kena siapkan jadual waktu untuk guru yang baru bersalin tu. Sebab takde guru pengganti.
  2. Menyiapkan jadual dan membungkus soalan2 peperiksaan TRIAL SPM. Banyak tu!!!
  3. Menyiapkan kerja2 pengubahsuaian Makmal aku sekarang ni. Tengah2 dok mengubah ni ler makmal ku menjadi permintaan utk Program "VLE" dari JPN. Aku x ingat ape tu VLE, tapi untuk guru-guru ICT dan atau yang mahir/gemar dengan ICT.
  4. Masuk kelas dan mengajar seperti tak ade apa yang berlaku. Buang semua pemikiran pasal kerja2 dan mengajar dengan senyuman. (Budak2, bukannya paham kalau kita tak sharing kan?)
  5. Tup-tup, minggu ni plak start training hockey dah. (Part ni lah yang paling best)
  6. *Ulang dari no 1-5" sehingga rasa sendiri betapa banyaknya kerja aku. hehehe
Aku tak boleh nak kata apa kalau ada yang nak mengutuk saya. Orang yang mengutuk, suatu hari nanti akan merasai bagaimana perasaan dia kalau lepas ni ramai orang kutuk dia. HAhaha... siap bagi cause & Sequent lagi ni. Tapi, biasalah bila kerja. Orang2 sekeliling kita bukannya tahu kita ni dok bersekang mata. Malam tadi, Talian SSQS kena hack lagi. Hurmmm... untunglaa pandai hack kan?

Hurm, cakap panjang macam x guna je. Jomlah teman aku meng-online data plak. huhuhu.. ngantuk seyhhh
Read more »

Saturday, September 1, 2012

Suasana Gangnam Raya

Salam semua..
Suasana raya masih tak habis lagi kan.. Setiap hari ada je open house. Alhamdulillah, hehehe.. dan tak kurang juga yang buat kenduri kawen bila ada cuti macam ni. (Cuti Hari Kebangsaan). Dalam dok boring2 ni, sambil2 tengok live Piala Malaysia Perak vs Negeri Sembilan kat 801, terjumpa lak video yang super duper cute ni kat wall fb students aku. Kagum sangat2 dengan semuanya (dari budak2 kecik hingga ke Nenek) ternyata family ni sporting dan harmoni je kan. Tak caya? Layan lah sama2. Hehehe...

Read more »

Saturday, August 25, 2012

Jom tidur awal..

Salam...
Ngeh3.. macam lah masih awal.. dah a.m pun sekarang ni.
Inilah tabiat waktu cuti sekolah kan..
Hurmm..
cuti dah nak habis lahhhh.......
Tapi buku novel ni belum habis baca,
Kertas jawapan students belum lagi bertanda..
Huhuhu..
boleh sambung cuti sebulan lagi tak??
Sebab aku belum puas
melayan kerja2 "Senang" cam ni lagi..


Selamat tidur semua..
Ya Allah.. jauhkan aku dari mimpi2 itu lagi.
Love u ALLAH

~love n Faith: Cikgu tie
Read more »

Friday, August 24, 2012

DOA TIDUR

Salam..
dh nk masuk kul 3.00 pagi.
Jom tido dengan bersemangatnya

Doa tido untuk malam ni,
"Ya Allah, jauhkan aku dari mimpi2 buruk
seperti mana yang telah hadir sejak kebelakangan ini."

Buat mimpi2 itu..
"Please, stay away from me"


Doa Sebelum Tidur

DOA 1

الحَمْد لِلّهِ الّذِي أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْر

Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.

DOA 2

اَلحَمْد لِلّهِ الّذِي عَافَانِيْ فِي جَسَدِي وَرَدَّ عَلَيَّ رُوْحِي وأَذِنَ لِيْ بِذِكْرِهِ

Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang memberikan nikmat kesihatan pada tubuhku dan mengembalikan kepadaku rohku dan mengizinkan aku untuk mengingatiNya

DOA 3 (Ketika Berbaring)

اللَّهُمَّ رَبِّي بِكَ وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَاغْفِرْ لَهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ

Maksudnya : Ya Allah Engkau Tuhanku, denganMu aku rebahkan sisiku, dan denganMu aku mengangkatnya, sekiranya Engkau memegang diriku maka ampunilah ia, sekiranya Engkau lepaskan ia maka peliharalah ia sebagaimana Engkau menjaga hamba-hamba Engkau yang Soleh

DOA 4

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْلَمْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ لاَ مَلْجَأَ وَلاَ مَنْجَا مِنْكَ إِلاَّ إِلَيْكَ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ

Maksudnya : Ya Allah aku hadapkan mukaku ini kepada Engkau dan aku serahkan urusanku kepada Engkau dan aku sandarkan belakangku ini kepada Engkau dengan keinginan dan kegerunanku kepada Engkau, tiada pergantunganku dan tempat bergantung kecuali kepada Engkau, aku beriman dengan kitab Engkau yang Engkau turunkan, dan Nabi Engkau yang Engkau utuskan

DOA 5

اللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَاوَاتِ وَرَبَّ الأَرْضِ وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَالإِنْجِيلِ وَالْفُرْقَانِ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ اللَّهُمَّ أَنْتَ الأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ شَيْءٌ اقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ وَأَغْنِنَا مِنْ الْفَقْرِ

Maksudnya : Ya Allah ! Tuhan langit dan bumi, Tuhan arasy yang agung, Tuhan kami, dan Tuhan setiap sesuatu, Yang membelah (Menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan) Yang menurunkan Taurat, dan Furqan (Al-Quran) , aku berlindung denganMu daripada kejahatan setiap sesuatu, Engkau Yang Berkuasa ke atasnya, Ya Allah ! Engkau Yang Pertama tiada sebelum Engkau sesuatu, dan Engkau Yang Terakhir tiada selepas Engkau sesuatu Engkaulah Yang Zahir tiada di atas Engkau sesuatu, dan Engkau Yang Batin tiada sesuatu melainkan Engkau, Langsaikanlah hutang dari kami dan berikan kami kekayaan agar bebas dari kefakiran.

DOA 6

اللَّهُمَّ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّ كُلِّ شَيْءٍ وَمَلِيكَهُ أَشْهَد أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِي وَمِنْ شَرِّ الشَّيْطَانِ وَشِرْكِهِ وَأَنْ أَقْتَرِفَ عَلَى نَفْسِي سُوءًا أَوْ أَجُرَّهُ إِلَى مُسْلِمٍ

Maksudnya : Ya Allah ! Engkau mengetahui yang ghaib dan nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan setiap sesuatu dan memilikinya, aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Engkau, aku berlindung denganMu daripada kejahatan diriku dan kejahatan syaitan dan sekutunya dan daripada usaha diriku untuk melakukan kejahatan atau lindungilah ia ke tempat yang selamat

sumber doa2 ni dari SINI

Read more »

Tuesday, August 21, 2012

Hari raya ketiga dan SSQS lagi..

Salam..
Alkisahnya, sekarang ni dah menghampiri jam 4.00 pagi Hari Raya Ketiga. Tapi aku masih tak tido2. Sebenarnya dok meng-online data untuk pembestarian sekolah dalam http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/index.php tapi malangnya, tak siap2 jugak. Hurmmm.. apa nak jadi pun x tahu lah. Malas gak sebenarnya. Nak beraya je yang aku tahu.

Setakat ni, baru je beberapa responden yang aku key-inn. PKG plak dah hantar e-mel sama ada direct mahupun secara kiasan. Hehehe.. kiasannya seperti menghantar emel 'selamat hari raya'. Padahal, mesej tersiratnya..'sila siapkan keje anda'. Hahaha.. tak baik plak aku pikir camtu kan? Tapi tak ape lah.. sekadar mengingatkan diri aku yang sentiasa lupa ni.

Walaupun tarikh akhir online data adalah pada 9 September, tapi pada facebook PKG tu, hari-hari dok publish sekolah mana yang dah siap isi. Hurmmm.. harap2 sekolah yang dah siap tu adalah sekolah yang bilangan respondannya adalah 30 0rang je. Bukan macam sekolah aku yang kena seramai 62 orang. huhuhu...

Sebagai guru ict yang bertanggungjawab, aku akan jalankan amanah yang diberi. Tetapi, janganlah Incik PKG call untuk remind tentang due date. Huhuhu.. tak suka sangat orang kejar2 aku untuk siapkan keje. Aku rasa cam buat dosa besar dan menyusahkan orang lain akibat dari 'kelembapan' aku.

Oh ya, alkisahnya juga, aku x attend pun bengkel SSQS untuk tahun ni. Sebabnya, aku kena handle "pertandingan nasyid tingkatan 2". Hahaha.. pertandingan itu lebih penting dari SSQS a.k.a. pembestarian pendidikan ini. Nak buat macam mana kan? My incik BOS tak bagi aku keluar dan mintak orang lain tolong gantikan. Lagipun, program ni dah lama sangat planned. So, aku yang menurut perintah je lah. Walaupun, lastly..aku gak yang kena siapkan semua kerja tu cam sekarang ni. Opsss.. jangan salah paham, aku tak kisah pun buat kerja ni. Lagipun..dah bertahun2 aku buat pengisian data SSQS ni. Tak pergi bengkel pun, aku masih ingat steps nya. Kalau pergi hari tu pun, maybe aku akan boring kan.. ngeh33.

Apa yang lebih penting, aku dah jatuh cinta ngan nasyid. Yeke ni erk? Atau jatuh cinta ngan bebudak nasyid? Opss!!! Nanti aku upload gambar dan buat entry pasal bebudak nasyid yang aku uruskan ni k. memang super duper cute sangat diaorang.. Huhuhu.. rasa nak ajer cubit2 pipi diaorang tu semua. hahaha

K lah, sampai sini jer. Nanti aku cite lagi. Bye2.. adios amogos everybody

***Love & Faith ~Cikgu Tie ***
Read more »